Tuesday, April 6, 2010

badai cinta semalam (episod akhir)

Posted by Cik Sue at 10:14 AM
Setelah seminggu peristiwa aku terpaksa mendengar rintihan kawan aku yg angau tahap gadan. Akhirnya aku kini sudah boleh menarik nafas lega. Perkara pertama yg aku lakukan adalah tidak aku hampirinya walau aku tahu saban malam dia ada 'online'. Dia juga tidak lagi memanggil aku di talian, mungkin apa yang di cari telah di temui atau adakah dia sedar akan kehadiran aku dialam bicara tanpa suara. Namum begitu aku tidak kisah, asalkan dia bahagia. Aku juga turut menumpang kebahagiaannya.

Itu cerita minggu lepas, cerita minggu ini...Tiba² dia dtg kpd aku dgn muka mcm pisang kena leyek hancussss..Adus kali nie ape ker hal la plak. Dia panguk kepada dpn meja keje aku, walaupun dia tahu aku sibuk mengejar deadline (im not journalist wokey).aku kerling wajahnya udah sama cam tapai masam."hhmm.."terdgr hembusan dari lubang idungnya. Aku angkat kepala. Dia sengih."pa hal?.."tanpa menandang aku menyoal."bz ek?..""cis..lagi mau tanya kaa"..aku sorong keje² dihadapan kepadanya."hhmmm..byk lagi ker".."woii ko nampak ker x nie..sume kena siap by this week"..Dia panguk kepala memandang keje² aku dgn perasaan yg kosong. Kesian la plak."apa hal..masalah cintaa!! x settle lagi ker?"..sekadar serkap jarang jer. Sebab aku tahu dia akan cari aku bila ada masalah cinta jer mamat nie. "aku nak berceritalah"..aku dah paham maksud dia. "mcm nie la, klau ko rasa ko nak cite ngan aku better ko cite jer. Pasal lepas closing nie aku mmg cbuk. next week training dah mula, next month games. so yes or no.." " hmmm.." dia diam. Tetiba jer dia sambung.." aku online ngan dia"..dalam nada yg cukup perlahan dia bersuara."aku x sangka dia masih sayangkan aku lagi la cik sue.." Senyum sampai nampak barisan giginya yang tunggang terbalik hehehehe..Eleh mamat nie cam gatal jer bunyi ayatnya, tadi bukan main lagi macam tapai masam, ni dah ropu cam beruk dpt cincin, sengih + ketawa. Ewah cam hensem sgt ler tue hehehe..Eh! kompem hensem ler klau x, awek dia x kan jatuh cinta semua yea dak..ahaksss.."Dah tue apa masalahnya.." malas aku nak melayan.
"mcm selasa lepas kita org cite masa aku kat tempat lama dulu, mcm mana dia reject aku.."Sengih. Aku angkat kepala nengok muka dia. Waa la dah mcm remaja 18 tahun yg baru kenal erti cinta. Suka bebenor ler gamaknya. Aku pun sengih gak, ntah apa yg lucunya aku pun x tahu. Sekadar ambil hati kengkawan. Tiba² wajah yg tadi mengambarkan bahagia kini bertukar muram mcm teh yg terlupa isi gula kelat. Udah napa plak ni. "semlm aku putus ngan dia..." "wakakakakak..." cis mulut aku nie tau!!tanpa berselindung terus terburai ketawa dah mcm c Rock dalam rancangan terjah la plak. Adusss hai putus urat kentut aku ngan mamat sorang nie. Aku tahu dia x kisah pun aku gelak kat dia. Iyealah org tengah frust mana nak ambik kesah pun kan?."tapi dia x nak..dia ckp dia masih sayang kat aku"...alahai. Aku sengih simpati."aku nak buat apa sue..""..buat bodo..akakakak..sowey joking maa"..lawak paling sengal rasanya.
"ntah la sue, 13 thn aku simpan perasaan ni. Berkali² aku menafikannya tapi perasaan itu tetap hadir dan tumbuh dalam diri aku. Bodo ker aku nie sue.." bukan bodo lagi bangang + mengong tapi sayangnya kata² itu tersekat dicelah kerongkong aku jer. Klau rasa-rasanya nak mata lembam sebelah ckp ler. X ada penyakit cari penyakit. Sepi..Sesepi hatinya yang kosong tanpa irama lagu. Seribu kepayahan dia menyambung bicara.."rupanya sue selama ini kami menyimpan rasa yg sama. Memori antara kami tidak sedikit pun tercalar oleh masa,aku pun sayang kat dia lagi, tapi aku ckp aku nak putuskan hubungan terlarang ni seblom aku terlanjur mencintainya dgn lebih dalam lg.Itu yg sepatutnya kan cik sue..."Aku angguk kepala, perasaan kesian kian menebal. Hanya dia yang tahu, bila cinta membara. Aduss."aku putus bukan krn benci tetapi krn cinta terlarang. Aku noktakan di sini atas nama cinta"..Hakikatnya ada rindu yang berlagu dalam dada yang bergetar namum pelabuhan kasih karam di hempas badai. Aku terus melongo sib baik x ada lalat kat opis aku, klau x free² jer lunch mkn lalat hahahah..Dgn secebis kekuatan dia menyambung bicara walau ada sendu dihujungnya."Dia kekal dlm hati aku sue..perpisahan ini adalah yang terbaik buat kami. Kau tahu sue, segenap hati aku sudah luluh..hancur..bersepai..akhirnya aku mintak dia removedkan aku dlm FB bahkan dlm hati dia sue...Ada hikmah sume nie kan cik sue"..Aku angguk kepala. Rasanya utk hari ni jer sudah brapa kali aku angguk. Atenye mak dah jadi cam burung belatuk terhangguk²."moga dia mengerti ada cinta dihati ini ,ada rindu yg blom terhenti,ku mohon kasih dalam mimpi yg x pasti, izinkan aku bahagia walau dgn cara yg berbeza "..uhuhuhhuhu..muka dah mcm tapi masam..serupa mcm ayam berak kapur sentap jer..hisk..hisk..hiskk.
Kiranya aku punya kuasa magis akan aku undurkan putaran dunia. Akan aku bagi masa pada kawan aku nie supaya dia bole mengubah Cinta agungnya tue. Tapi hakikatnya aku cuma manusia biasa.
Bila hati telah retak, apa lagi yang tinggal. Hanya sekeping hati yang lara. Bagai pelangi petang yang hilang sinarnya. Dengan langkah perlahan dia berlalu meninggalkan meja keje aku dengan seribu kekecewaan. Mencari sinar yg menerangi kegelapannya. Ingin diusir lara dihatinya agar ia tidak menjadi kudis dalam diri. Andai itu takdirnya biarlah dia kekal dalam hati sebagai satu kenangan terindah menjadi kasih abadi. Rahsia di hati x siapa yang tahu.Biar dalam hati ada taman. Pada kawan aku..Aku noktakan ceritanya disini. So no more sambungan mak dah letih nyahh!!7 hari 7 malam mak cari idea. Pada yang mengikuti cerita ini terima kasih kerana sudi membaca apa yang aku tulis. Walau sesekali terdengar jua kata² berbau sindiran tetapi ianya tidak melemahkan semangat utk aku terus menulis. Kepada mamat dalam cerita, aku ingin merakamkan jutaan terima kasih kerana membenarkan aku melakar ceritanya di blog ini. Walau ada kata² nakal, berkata takut kesian menjadi cinta tetapi selagi kita berpijak dibumi nyata selagi mata aku terbuka luas insyahallah semuanya selamat.
Terima kasih di atas sokongan anda semua..adios..♥♥♥

0 Komen Yang Terbaek:

 

HidUp KeNA sLamBer Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei