Saturday, May 26, 2012

Selamat Hari Lahir "AS" ♥♥♥

Posted by Cik Sue at 12:13 PM 8 Komen Yang Terbaek
Salam pagi Sabtu untuk semua pengunjung blog ini.  Hari ni just nak share ceritera dari HKS, semalam 25 Mei 2012 merupakan birthday anak aku yang sulung Anom Suraya Roshidi, pejam celik pejam celik rupanya dah anak dara dia. Cepat sungguh masa berlalu. Masa sekarang bukan berjalan dah tapi berlari laju di atas  tracks paksinya. Andainya masa itu bole dibeli dengan timbang kilo di supermarket aku ler orang pertama yang line up pi beli, mengimbas semula masa² yang berlalu. Rasa mcm baru sebentar tadi  semalam aku menyuapkan makan, menyalin lapin, melihat dia bertatih lalu berjalan dan berlari. Sedar x sedar dah jadi anak dara uhuhuh. Terasa yang aku nie sudah muda belia tua. ^-^!!.  Anyway sempena ulang tahun kelahiran Anom yang ke 13 tahun, mama dengan bengkak baik hatinya open table malam tue. ^-^ hahaha!!! So apa lagi jom kita pi makan steak kat Stable Steak House at Kampung Baru. Aku nie walaupun 12 tahun dah memerap menetap kat Kampung Baru tapi ini le kali pertama aku  makan kat sini. Setahu aku ler owner tempat ni kawan kepada Pak Encik tapi sekarang x tahu leeee aku. Apapun idak ler aku bertanya,  lagipun aku bukannya  Yang Berhormat jaga kawasan kena tahu semuanya kan...kan..kan...
 Entrance yang menyambut kedatangan pengunjung...
 Birthday gurlzzzzz....Anom Suraya Roshidi 
 Make a wish before u blow the candle dear....♥♥♥
 Sayang Kakak....poraaah ciiit!!!
 Actually malam tadi we a decided to celebrate birthday together with "Abang Beso" coz dia punya besday same month with Anom, but last minute "Abang Beso" have to attend important meeting uhuhuh...X ada rezeki "Abang Beso" nak celebrate together with us, so Arissa  take over blow the kuih cake  and make a wish for him laaaa... Anyway to "Abang Beso" Happy Belated Birthday wish you happy always...
 Decoration dalaman Stable Steak House....Nice
 Bun and Butter...Lembut dan rasenya masam² manis...
 Bismillah jemput makan sume...
 
Tuuu dia besday gurlz punya pinggan chicken chop
 
Chicken chop hegenya cuma 15 hengget jeee...Mmg berbaloi!!
Mama cepat ambek gamba adik nak masuk dalam pesssebukk....Ek eleh!!!
 Sayang kak long, kak Nyah x sayang jugaaaak. Anom, Arissa and Alliya
 
Dan kenyang kan...Jom kita balik, layanzzzz  masterchef celebrity superSpontan kat Astro warna 132...heheheheh!!!!  Once again  I wish U...Selamat malam ulang tahun kelahiran yang ke 13 tahun, semoga Anom Suraya akan  menjadi anak yang solehah,  anak yang berguna pada keluarga, agama, bangsa dan negara. I LOVE YOU....♥♥♥...
(\ _ /)

( = ' _ ' = )

( " ) _ ( " )
^^^^^^^^^^^^^

Thursday, May 17, 2012

Sepetang di Padang Hoki

Posted by Cik Sue at 9:36 AM 1 Komen Yang Terbaek
Selamat hari Khamis rakan² yang singgah di blog HKS, arini aku nak share cite pasal anak dara aku yang sekarang nie tengah kemarok main hoki. Teringat la plak zaman aku sekolah dulu, aku pun main hoki gak sampai peringkat negeri. X pernah² sekolah aku pi sampai peringkat negeri, heboh sekampung menggalahkan menang trofi ABP la plak ^-^. Mana idak selalunya peringkat sekolah pun  payah nak lepas, ini kan pulak nak pi peringkat Negeri. So alang² menyeluk pekasam bak kata orang bior ler sampai ke pangkal lengan, sempena hari guru semalam, aku nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Hamdan Hashim kerana berjaya membuka mata aku dan rakan² mengenali sukan hoki. Cikgu memang TERBAEK!! Dulu masa zaman aku sekolah main hoki pun kat padang bola yang rumputnya idup segan mati x mahu tapi budak² sekarang nie cukup bertuah betul. Berlatih pun kat padang hoki bercarpet,  kayu dan bola hoki pun disponsor. Aku dulu baru bukak mulut nak beli kayu hoki, mak aku terus bagi ceramah percuma aduhaiii!!! Iyea la kat kampung aku mana le ada G.S. Gill or Al Ikhsan yang mak aku tahu kedai Ah Seng kat pekan Kuala  jeeer.  Moh ler kita layanz anak² bermain hoki............

Alliya Sofea dengan kayu hokinya yang jambu sponsor by CBN...

Cik² penyibuk Anom & Arissa... 
 Gaya seorang pemain hoki amatur....
 Pasukan lawan dari Klang..X tahu apa nama sekolahnya
 St. John student menentang Boys Klang...Comei jer tengok anak² nie bermain
Team CBN 1  vs Klang Girls School -
Apa pun nak ucapkan terima kasih kepada Pak Encik yang sudi melayan kerenah anak² walaupun keletihan sebab baru jer abis tournament ping pong, tetap berbesar hati menunggu Alliya abis latihan hoki. Gud jobs...!!! Hehehe...Petang tue aku tengok ramai parents yang datang menemani sambil memberi sokongan moral kepada anak². Beruntung betul anak² sekarang bukan sahaja pihak sekolah malahan parents juga turut serta take part dalam memastikan kejayaan mereka dalam bidang sukan. Sanggup tunggu sampai petang. Masa aku dulu x ada maknanya mak aku nak tunggu aku tepi padang, kalau tunggu tepi pandang pun confirm ngan rotan kat tangan hahaha.  Sekarang nie Xtvt petang Sabtu dan Ahad aku bertukar 90°. Kerana anak terpaksa la mak bapak berkorban. Alahai anak omakkkkk...♥♥♥...


 ( \ - / )
(= •-• =)
     ( " ) - (  ").....

Monday, May 14, 2012

♥Terima kasih♥

Posted by Cik Sue at 1:38 PM 2 Komen Yang Terbaek
Ibu...Ibu...Engkaulah RATU hati ku
Bila ku berduka engkau  hiburkan selalu
Ibu...Ibu...Engkaulah RATU hatiku
Tempat menyatakan kasih wahai Ibu..

Itu antara bait² lagu  Ibu dendangan Arwahyarham Tan Sri P.Ramlee. Sampai sekarang masih lagi segar kan. Oppsss!! Selamat hari Isnin kepada semua pelawat² yang singgah di sini. Minggu ini agak banyak ceritera dari HKS heheheh!! Untuk permulaan, hari ini aku share cite pasal hari ibu. Actually, hari² yang aku lalui adalah hari Ibu. Selalu kena buat keje 3M, serupa macam budak sekolah punya formula bezanya aku nie, memasak, membasuh, mengemas, melipat hahahah terlebih sudah!!! Semalam aku betul² terkejuzzz. X sangka dapat kad "Selamat hari Ibu" dari my Charlie's Angles. Malam sebelumnya depa 3 beradik buat derk jer ngan aku. X nampak pun ada tanda² yang deme 3 beradik nie nak buat surprise uhuhuhuh. Sebabnya Pak Encik sudah bagi warning jangan mengada² nak berparty sambut hari Ibu...Uhuhuhuh...X per...x per...Sabo..Sabo!!!
Esoknya ahad, masa tengah dok sapu umah tetiba jer mata aku tertangkap ke meja consul tepi pintu, nampak mcm lain jer meja nie why..why..why??...Tup...tup ada sekeping kad hari IBU...Aduuhhh!! Apaan yang benar ini!! Oh tidak!!..Tersentuh hati daku!! Terkejut Maimun hahaha....X sangka deme 3 beradik buat kejutan dan yang buat aku lebih terkejuz siap ada hadiah lagii alahai tomei²...Yang nie aku tahu mesti keje ayah deme laaaa....Tapi sungguh aku x sangka mereka ber 4 termasuk le Pak Encik telah berkomplot untuk mengenakan aku ciiiss!!...Moh ler kita layanz gambo² kad  from my Charlie's Angles to  mama sue....zaaaazzzzzzzzz

Deme letak kat sini, kekononnya surpriseeee...hahaha
Lukisan ala² Flinstone...♪♫♪♫
Terharunyaaaaaaa...Nak nagisssss
(Thanks Kak Ngah lukis nie untuk mama,mmg every year dia nie ambik kontrak melukis...)
 
Siyeesss aku sangat² terharu...

 Buat anak² mama Anom Suraya, Alliya Sofea dan Arissa Syaqina, terima kasih walau hanya sekeping kad tetapi membawa berjuta makna untuk mama. Terima kasih bagi hadiah yang merveles hahahah...Untuk Pak Encik thanks a lot for the lovely gifts (pandai buat surprise yeaaa!! Selalu² ler buat...hahahah) Alamak lupa nak upload gambo adiah leeeerrrrr...Sorry next time l tunjuk erk...Masa dah time nie, kena pi dulu insyahAllah kita jumpa lagi jika masa mengizinkan. Terima kasih daun keladi, sebab sudi singgah sini...♥♥♥ Uolzzzzzzzzz...

Friday, May 11, 2012

Selamat Hari Ibu

Posted by Cik Sue at 6:46 PM 3 Komen Yang Terbaek
Selamat menyambut hari Ibu kepada semua ibu² di luar sana. Kepada pembaca blog aku yang bergelar ibu "Selamat hari Ibu" berbanggalah kita kerana kita adalah ibu yang Terhebat untuk anak² kita. Walaupun aku tidak mempunyai ibu lagi tetapi aku tetap nak mengucapkan terima kasih pada mak yang selama ini telah bersusah payah membesarkan aku adik beradik. Semoga roh mak sentiasa dicucuri rahmat. Hargailah kasih ibu sehingga kehujung nyawa. Buat Ibu mertuaku Puan Romi Hj Tohir, terima kasih kerana telah melahirkan anak yang baik dan menjadi suami yang baik kepada aku. Terima kasih kepada semua ibu² kerna telah menjadi ibu yang TERBAIK....Selamat Hari Ibu....♥♥♥
 

HidUp KeNA sLamBer Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei