Assalammualaikum kepada semua kawan² yang masih lagi mengintai dari celah² kesibukan. Aduhai lamanya x menjengah ke sini. Rindu jangan dikata lagi hari² hati bagai terpanggil² untuk mencoret rasa di sini. Itulah bannyak bebenor halangan dan cabarannya...:-(. Hari ini akhirnya dapat jugak mengemas umah. Oklah hari nie aku x nak berceritera yang basi². Just wanna to share my story about my little kiddo...Diam x diam dah nak masuk tahun satu dah budak nie...Cepat sungguh masa berlalu rasenya mcm baru semalam mengandungkan dia., Ialah betapa seronoknya masa aku pregnant kan dia. Mana tidaknya aku ngan BSB sama² memboyot, sama² sibuk berlawan makan, sama² sibuk memilih baju baby, bersalin pun selang seminggu ajee...Alahai BSB dah beso dah anak kita!!!
Tahun depan 2013 dia akan masuk tahun 1, kali nie no more Convent Bukit Nanas daaah...Aku antar dia ke sekolah Seri Bintang Selatan, masa mohon SK Seri Bintang Utara tapi dapat Selatan. X per la mungkin x ada rezeki di Utara. Sedih jugak terpaksa pisahkan dia daripada kakak²nya. Nak buat macam mana dah dok kat sini kan. Sebagai parents kita hanya memikirkan yang terbaik buat anak² jadi aku rasa inilah yang terbaik untuk dia. Dia nie selalunya memang liat benor nak bangun tido, nak² sekarang nie tengah cuti panjang kan. Tapi malam tadi bila dia tengok aku sibuk gosok baju sekolah, terus dia excited. Kan ker minggu nie banyak school yang buat orientasi tuk murid² tahun 1. So hari ini giliran cik Senah pulak ke hari orientasi. Pagi tadi kejut dari tido je terus bangun x sabo nak pi sekolah or x sabo nak pakai baju baru, kasut baru dan beg sekolah baru...mana² la nak ooi janji ko nak pi sekolah...Cuak jugak nie kang tetiba jer dia buat drama air mata abis la aku...Hahahah!!!
Actually kan aku pun sama excited gak nak ngantor dia ke sekolah pasalnye before this sekolah pompuan kan and CBN punya students standard one x ramai just about 80 per year lagi pun CBN bukan sekolah bantuan penuh kerajaan, sekolah pun lama tapi kali nie aku tengok sekolahnya memang terbaik la siap ada lif lagi, ko hader!!! Masa aku sekolah dulu naik bengkok le badan nie mengangkat beg sampai tingkat atas walaupun sekolah cuma 2 tingkat je. Alangkan bertuahnya budak sekarang nie sekolah ada lif. Kelas ko Senah ooiii....Dah la tu setiap seorang student diberi loker sendiri selama menjadi students di SKSBS jadi x ada isu students x bawak buku ke sekolah. Hamboi² mayak sinang looooo...
Cuma aku kesian tengok dia terpaksa buat semuanya sendiri :-(, nasib baik la dia independents and survival alhamdulilah...Sekarang nie aku plak yang lebih teruja menunggu hari persekolah bermula. Hahahah!!
Cik Senah dalam kelas sedang tekun jawab soalan linus...
Warna-warni minggu orientasi Cik Senah....
Ok lah kawan² dah jauh plak aku melalut bosan kan..Hahahaha. Anyway thanks kerana masih lagi sudi singgah di blog aku walaupun aku nie macam biskut chipmores sekejap ada sekejap tidak. Mungkin ini adalah N3 penutup untuk tahun 2012 cuma satu je harapan aku pada diri aku sendiri, supaya aku tidak terus berhenti berblog heheheh..Semoga tahun 2013, aku akan terus aktif berblog. Amin. Terima kasoh sekali lagi kerana singgah di hidup kena slamber.....Love U ollzzzzzz....Salam 2013...
Selamat tahun baru 2013 dari cik senah in d'houzzzzz jumpa lagi...♥♥♥
1 Komen Yang Terbaek:
selamat tahun baru dan selamat aktif berblog semula cik sue...
Post a Comment