Wednesday, December 31, 2014

Selamat Tahun Baru 2015

Posted by Cik Sue at 5:12 PM 1 Komen Yang Terbaek







As the NEW YEAR going to start
I  wish may the good times
live on in our memories
and may we learn lessons
from the troubling times
that will make us stronger and better than ever
In Shaa Allah...

HAPPY NEW YEAR 2015!




^_______^
Cik Sue







Tuesday, December 2, 2014

Cerita MAHA 2014

Posted by Cik Sue at 1:26 PM 2 Komen Yang Terbaek
Assalammualaikum, Hai gurlz how are you? Hopefully you all semua sihat. Bulan  baru semangat pun baru☺☺☺. Just nak share cite about MAHA last week. Berapa kali nak update n3 but memanjang tersekat di skala 6 ☺☺☺. So today dengan gigihnya aku buat n3 nie. Minggu lepas kan ada Malaysia Argriculture, Horticulture & Argotourism shosw kata pendeknya MAHA (20-30 November 2014) Yang benornya aku belum pernah sekali pun menjejakkan kaki ke MAHA☻☻☻.  Started from 1999 until 2014 ni lah baru terasa nak meneroka ke MAHA. Tak tahulah kurang berminat or kurang ilmu pengetahuan tentang MAHA. Tapi bila aku tengok member office aku En. Mona Bijan begitu teruja setiap kali adanya MAHA. Akhirnya terjebak jugak le aku nak ke MAHA. Elok jugaklah menambah pengetahuan pasal tanam²an kan. Agroteknologi Pemanking Tranformasi, gitu nokk!! Semangat berkobar² aku nak ke MAHA, sementelah anak² pun sedang bercuti sekolah maka marilah anak² kita secara jemaah ke MAHA tahun ni. Tahun ni budget lari, jadi kita bercuti di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) udah le, cehh! Omputih  skit bunyinyakan ☺☺☺.
First sekali anak² aku memang blur tahap babun. Iyealah x pernah lagi didedahkan dengan tempat ni, walaupun dah berlangsung bertahun² dari zaman Pak Lah jadi PM kan. 3-4 kali dok menanya. MAHA tu mcm mana? Apa yang ada kat MAHA tu? Ntah la nak yang mak ko tahu, ada jual pokok bunga, bunga orkid, pokok buah²an dan mcm² pokok lagi. Ada produk² IKS dan macam² ada. Agaknya lah. Alalahai anak² hoi mak ko pun x tahu MAHA tu mcm mana. Mak pun first time nak masuk MAHA. Nanti yea Nak, kita tengok sesama apa itu MAHA. Let's go babe☺☺☺ ...
check it out


Baru sampai  blur lagi, nampak orang tunggu tram kami pun tunggu le, actually we'r don't no nak ke mana pun. Bak kata Pak Incik la, ke mana harus ku bawa kaki ini? ☻☻☻. Hokay kita redah kasi pecah☺☺☺tapi ingat jangan redah kasi pengsan plak...Muka² teruja first time naik tram. Ingat nak naik kete bajak tapi ramai nau orang yg dok menunggu, so kita naik tram je la☺☺☺ .
Tempat pertama kami tuju adalah Laman Padi, kekunun nak tunjuk pada anak² mcm mana rupa pokok padi. Yang benornya x tahu mana nak hala ☺☺☺. Cik Senah cakap pokok beras...Aduhai ko ni Nak, dulu kan dah pernah tengok pokok padi ni masa cuti di Langkawi. Boleh pulak ko habaq ini pokok beras. Menangis Mak Nak hoi, So kat laman padi x ada yang menarik, cuma adalah 2-3 orang makcik dalam dewan yg sedang mendemo cara² membuat bedak sejuk, lepas tu makcik tu soh le  aku try. Ok layan kan je la.   Pusing² sat kat area laman padi sambil tengok mcm mana padi diproses menjadi beras. Anak² ini pelajaran yea jangan taw makan je. May be masih awal pagi lagi so x  banyak le xtvt. Sorry no picture at Laman Padi.




Ini di Laman Perikanan ☺☺☺. Kat sini ada kolam untuk kaki pancing memancing udang, untuk anak² pun ada disediakan xtvt menangkap anak ikan. RM 3. Ko sauh je le brapa banyak ko nak. Cuma maknya je la x larat nak  menunggu. Sib baik Cik Senah and the gang x moh buat xtvt nie kalau x, menguap le aku ngan Pak Incik...Aku ingat MAHA ni pameran yang jalan dari pangkal ke hujung kendian pusing balik hujung ke pangkal abis laaa ☺☺☺ ghopernya☺☺☺  ☻☻☻...Memang kurang pengetahuan le aku ni about MAHA. Thank you En. Mona Bijan sebab beria² nau suro aku pi sini. Ini je la pic yang sempat aku snap...2 ekor anak jaws ☺☺☺..


 Ko dah kenapa Kak Ngah!!! Alahai yang si rabbit tu diam pulak ♫♫♪♪  ...

Aik ghopernya Cik Senah ni penakut nak pegang rabbit. Hok alooh!! Tadi kemain excited lagi  ko erk!!       

Next pit stop kami di Laman Penternakan. Memang seronok la kat sini lebih² lagi anak²☺☺☺. Ada arnab, untuk masuk dalam kandang arnab ni seorang dikenakan bayaran sebanyak 3 hengget. Bayo lagi ☻☻☻. Duit sesaja bukan dulu free ke ☺☺☺. Anak² lah yang paling seronok di sini. Tengok Cik Senah takut² la plak nak pegang rabbit. Main le puas² nak oi 3 hengget je pun☺☺☺ ... mak ko nak cuci mato sat. Area ni  lama sikit, saja aku biarkan dorang bermanja² dengan rabbit, sambil tu aku dengan Pak Incik ronda² sekitar.  Ok dah puas jom kita sambung expedisi yang seterusnya...
Kereta Lembu ni mengingatkan aku pada kampung halaman. Rindunya pada Melaka. Paling x bole blah bila anak² tengok lembu tu kencing, aisyeee...Cik Senah kata lain kali pakaikan la lembu tu pampers x la lembu tu malu ☺☺☺, Cik Senah oi la cik Senah suka hati dia je nak kata apa... 
Kak Ngah dengan mascot Farm best (betol ke!). Moooooooo!!!  comei je kan. Tersepit anak aku...Geram plak aku tengok tetek lembu tu ☺☺☺...
Pak Incik pun sama. Alah² so sweet bila anak orang bandor try nak pegang ayam jantan ☺☺☺ , lain le aku nie jgn kata ayam jantan, lembu jantan pun takut nak melintas depan aku... "I'm proud to be a Kampung Village"...peace yoooo! 
Laman Jentera. Aduhai banyak nau laman nak kena singgah ni...Bakat dah ada, bole le jadi petani moden. Malangnye jam 12.45 tghari,kami kena bantai dek hujan ☻☻☻. Atě kena cepat cari tempat berteduh. Alololo kalau bumi dah menangis mana lagi mau pegi deee...
Before hujan sempat lagi ke Ladang bunga matahari, oleh kerana matahari hari ini, berselindung disebalik awan yang golap maka bunga matahari pun menunduk malu persis si gadis pinggitan ☺☺☺....


One happy family but masa ni Cik Senah dah start engine buat hal...Dia x moh jalan, x moh ambik gambar, semua dia x moh buat. Muncung dah panjang sedepa...Dah tau dah confirm lapooo la tu, tapi Gang Cik Senah makin excited nak meredah MAHA ☻☻☻
Akhirnya Cik Senah termakan jugak pujukan The Gangs, Cik Senah with parrot, senyum sikit cik Senah..☺☺☺
She loves animal...eeeeeerrrr...X sangka aku, dia ni berani pegang binatang ni. Geli geleman aku. Steady K.Ngah!!! Lepas dari sini, hujan turun bagai tiada penghujungnya. Berjalan le kami One happy family dalam hujan. Rasa macam dalam drama tamil je sekaki payung share berlima tamil sangatkan ☺☺☺ ...Nak ke laman pavillion negeri² tapi hujan makin lebat. Terpaksa la kami tukar plan☻☻☻  . Memang x boleh nak ke mana² la jawapannye. Klau gini le gayanya kena tukar tajuk cite, percutian singkat dalam hujan ☺☺☺, oleh sebb hujan akhirnya kami decide balik je la. In Shaa Allah jika diizinkan oleh 'DIA' kami akan datang semula.
Sebelum balik singgah di Dewan A, meninjau² apa yang patut dibawah pulang. Mak oi mangga sekilo 7 hengget, hhurrrmmm...no comment la. Sambil berjalan sambil menjeling kot² ada yang berkenan dihati ni. Sudahnya sampai ke hujung dapat jagung bako je ☻☻☻...Dalam gerimis hujan dah basah lencun kami anak beranak perut pun dah menyanyi macam²  ☻☻☻ versi lagu. Maka aku pun full stop je la kat sini. Kaki pun dah kejang dengan lenguhnya dengan kuyupnya. Moh le kita balik anak² .....itu le cite kami sehari di MAHA. Happy dapat pi MAHA tahun ni. In Shaa Allah, panjang umur next MAHA bole le explore lagi. Banyak tempat yang x berkesempatan untuk sampai. Rugi sebab x sempat nak ke Tapak Pameran Pavillion Negeri-negeri ☻☻☻. 
Alamak terpanjang pulak kali ni. Menjana idea betol balik dari MAHA ni kan ☺☺☺, kalau ikut banyak lagi nak story tapi cukup la ni. Apa pun memang best jenjalan ke MAHA. Next two years, Cik Senah pun dah beso and hopefully dia x la buat perangai ☺☺☺.
Stop here. Hope see you soon gurlz...

(\_/)
(=.=)
(")_(") .... ^____^
Cik Sue ♥♥♥

Thursday, November 20, 2014

Telur oh Telur...

Posted by Cik Sue at 5:10 PM 3 Komen Yang Terbaek
Waduh² tetibaje rasa macam angin puting beliung dari Utara akan sampai ke depan pintu blog aku nie. Ate macam mana tu. Maka rajin²kan lah jari jemari aku supaya lemak berkrim tidak disukai ramai itu terhapus. Kalau dah angin puting berliung sampai parah le jawapnya. Silap haribulan tutup terus blog aku ni. .☺☺☺.
Hokay ari nie nak cite pasal telur. ☺☺☺, macam dah x ada cite lain plak nak dikisahkan. Telur pun boleh kan? Telur ayam yea uollz.  Last week aku pi pasaraya fresh Segi, fresh la sangat, misinye hanya untuk mencari sepapan telur. 2 hari berturut² aku pergi mencari telur ayam tapi hampa.☻☻☻ kenapa susah naw nak dapat telur ayam ni yang ada telur masin dengan telur burung puyu yang beso ceconet je. Kalau buat telur dadar berapa butir nak kena guna telur puyuh ni.☺☺☺  Sebab apa erk. Agaknya musim cuti sekolah ramai orang kawen kot. Tidak pun ramai orang buat kueh. Sekarang nie kalau kita tengok kat FB ramai orang tengah gila buat apam. Macam² versi apa ada kan ☺☺☺. Seronok tengok berkaler²  apamnye. Maka hujung minggu yang lepas bersama dengan Pak Inchik meredah pasar semata² mencari telur. Pegi pasau Pudu, dah plak ada Operasi memburu PATI. Kosong pasau Pudu ari tu. Aduhai mana lagi nak dicekaukan telur ni woi! Nak ke  Chow Kit memang x lah, hujung minggu nie. Confirm jem. Malas betul nak meredah jem. Kadang²  tu pelik kan Kuala Lumpur ni hujung minggu pun boleh jem, orang KL memang x reti dok umah kot ☺☺☺. Berpusing² la kami semata² nak mencari  sepapan telur ayam. Akhirnya berjumpa jugak kami dengan telur ayam di pasar Kg Pandan. Omak aiiik terkojut  den, pasai apa mahei benau telur ayam nie ☻☻☻, 3 minggu lepas baru beli sepapan, x sampai pun 12 hengget now dah 13 hengget dalam masa 3 minggu...☻☻☻..Oh telur mengapa begini. Eh!sekarang ayam  makan corn flake or chips more erk? ☺☺☺  X caya...Jom kita sama²  check out gege telur ayam minggu ini.... 


 See...Gred C dan Gred D ☻☻☻....

 Haa!! Percaya x..Gred A now RM 12.90 lebih dari harga minyak pulak naiknya ☻☻☻...

Agaknya x lama lagi telur ayam akan jadi makanan exclusive, hanya orang kaya je yang mampu beli dan makan  telur ayam, kalau takat rakyat marhaen macam aku ni jangan kata telur ayam telur semut pun belum tentu mampu. Apa yang mampu ambik bau je la☻☻☻ . Itu belum lagi  perlaksanaan  6% GST. Janjinya makanan tidak akan dikenakan GST. Ini belum apa² lagi dah naik. Aduhai itu baru cerita pasal harga telur ayam. Belum lagi masuk bab harga barangan yang lain. May be pada setengah² orang tidak menjadi hal pun, tapi bagi aku rakyat marhaen ni memang terasa sangat la. X tahu la macam mana akan datang. Semua barang naik hampir 10% tapi bila  mintak naik gaji  macam² alasan majikan bagi☻☻☻ . Gaji miskin bandar RM 3,600.00, kalau kurang dari RM 3,600.00 korang agak apakah istilah yang sesuai untuk itu. Masuk angin keluar asap  ☺☺☺☻☻☻.
Cukuplah cite pasal telur ayam. Hope see you soon gurlz ....☺☺☺☺☺☺..


(\_/)
(=.=)
(")_(")

Cik Sue...♥♥♥

Saturday, November 15, 2014

Malang x pernah berbau

Posted by Cik Sue at 3:25 PM 2 Komen Yang Terbaek

Hai gurlz, selamat berhujung minggu. Any aktiviti hujung minggu nie. Haruslah kan banyak yang hendak dilakukan bersama dengan keluarga tercinta, good-good ☺☺☺ Oh my English!. Hari ni nak story semalam punya cerita. Nak dijadikan cerita bersiri, ☺☺☺. Please! bosan dowh! ☺☺☺. Semalam hari jumaat so banyak la aktiviti luar yang dirancang, iyealah rehat 2 jam x kan nak terpacak dalam office je, nak gak la pi cuci mataq. Lagipun one of our beloved friend masuk hospital and kena operation immediately, thyroid 5cm. Dan di hari Jumaat yang tersangatlah indahnya, maka aku pun membawala rombongan Cik Sue ke KPJ Tawakal, sambil niat nak berjimba sekali☺☺☺.
Alhamdulilah kawan aku dah selamat menjalani pembedahan thyroid dan beransur sihat. Aamiin. Semoga Allah swt sentiasa merahmatinya dan cepat sembuh yea kawan!!.  Kita tinggalkan dulu story friend & thyroid nanti  ada masa aku update yo! Janji semua dah selamat, yang x selamat aku nie haa ☻☻☻, Betullah kata pepatah Melayu, malang tidak berbau. Kalau berbau confirm² lah x ada yang kemalangan kan!..Ini la yang berlaku pada aku semalam. Walaupun hanya kemalangan kecil tidak melibatkan patah riuk, jauh sekali melibatkan nyawa manusia. Tapi seriau jugak aku semalam, sebab dalam kereta bukan aku sorang je ada lagi nyawa lain weiii. Walaupun masa kejadian kami dah pun selamat masuk dalam bangunan hanya menuju ke tempat  parking. Parking dalam bangunan paham je la berpusing² nak dijadikan cerita masa tu pulak la hand phone aku berbunyi. Yang aku  pulak satu hal gatal nau tangan nak pick up  walaupun dah tahu pemanduan diri sendiri bukannya tahap² Shucmaker hebatnya. Apalagi sssrreeeeeeeeet...daaaaaasssssssh. Lalu dinding divider tepi parking menjadi santapan peerrggh segaris, hambik ko, sampai pencen ko hengat. Kenangan ☺☺☺.  Cheq kak bos yang sentiasa setia  disebelah aku ni pakat menjerit x hengat. Nasib baik x pecah gegendang telinga aku. X pasal² masuk sepital bukan sebab excident kereta tapi gegendang telinga pecah disebabkan jeritan Kak Cheq Bos yang setaraf dengan bunyi mp.4 kat pusat karaoke keluarga☺☺☺.. Malang memang tidak berbau...☻☻☻. Apa nak buat dah nak kena, redha je la, Pak Inchik maafkan saya, kerana tidak sempurna dan awak bukanlah suamiku En. Sotong, hoi motip!!...☺☺☺

 Sorry yea Pak Inchik tak sengaja, lagipun kejadian ini berlaku disebabkan awak  yang menelepon saya ☺☺☺...so moral off the story ...Awak sambung le sendiri..
 ....Nasib baik lampu signal x ada apa² kalau x fening lagi laaa $$$....

Alhamdulillah, x ada kecelakan yang teruk cuma kereta je yang bercalar sikit. Apa yang penting aku dan kawan² selamat. Aamiin ya rab!. Harap²  dorang x serik  naik kereta dengan aku lagi ☺☺☺. Patutlah kerajaan x bagi memandu sambil bercakap ditelepon inilah akibatnya. Padah kesilapan yang kecil boleh mengakibatkan penyesalan sepanjang hayat ☻☻☻. Nasib baik berlaku dalam bangunan kalau di jalan raya, ☻☻☻ sape nak jawap.  In Shaa Allah, akan aku jadikan satu pengajaran yang paling berguna untuk diri sendiri. No telephone during driving. ☺☺☺. Hopefully akan diingat sampai bila²...Jangan nanti dengan satu kesilapan kecil menyesal tak sudah. Perkara yang boleh dielakkan tapi disebabkan kecuaian diri sendiri kita merana pulak. Namun sekiranya takdir sudah tertulis begitu siapalah kita hendak menolak ketentuan DIA'kan." Kun fa' ya kun..".Cuma sebagai manusia selagi kita bole beringat, beringatlah. Bahaya ada di mana²  yang penting kita kena sentiasa berhati²  dan berwaspada. Beringat sebelum kena. Tapi yang aku nie dah kena baru nak beringat ☻☻☻..x mengapalah jadikan ini sebagai satu pengajaran and may be Allah bagi aku peringatan sebab ada benda yang aku lupa kot ☺☺☺. Aku mausia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan. Ampunkan aku Ya Allah...
Stop here. Hope see you soon and happy weekend gurlz ☺☺☺☺☺☺

(\_/)
(=.=)
(")_(")

Cik Sue 



Friday, November 14, 2014

Saya Suka☺☺☺ Saya Suka

Posted by Cik Sue at 5:07 PM 2 Komen Yang Terbaek
Ini Cerita 2 bulan lepas, perbualan antara 2 orang sahabat sehati berdansa ♥☺☺☺♥...

Satu petang di waktu santai....
Buat apa..
Aku, tunjuk Handphone samsung S3 merah kat dia...
Dia jengah kepala terangguk², macam paham bebenor gamaknya..!!!
Cantik kan..But seriously la saya x mampu nak beli..tengok pun terus kenyang.
Dia gelak..."bole plak mcm tu, order je la kalau suka..(wah! ingat aku chop uang apa!..)
'Gila...Sebulan gaji  saya tu klau nak beli beg nie ! Hilang akal la kalau aku beli.☺☺☺...
Dia gelak sambil geleng kepala...(kutuk aku la tu...X kisah pun!!!)
Dia  selalu ckp  handbag dgn org pompuan mmg x bole dipisahkan...ek eleh!!
Dua hari kemudian...
Buat apa skodeng FB dan blog lagi...Uhuhuhuhu macam taw² jer dia nie kan,  ☺☺☺
Nie saya nak mintak tolong dari awak? Tolong mende? Awak tolong tanya kat FB, brapa hege bag tu..? "Haa! beg mana..?". Haish. Aku ke yang nak kena tanya tuan tanah tu...
Erk! Awak pm sendiri la tauke FB tu...
"X tahu arg mcm mana...Awak tolong la saya..tolong yea..." Dia buat ayat kesian.
Aik org cerdik pandai mcm awak, itu pun x tahu...☻☻☻
Ok la ..Saya tolong tanyakan nanti?..Dalam x rela aku pm gak tuan tanah kedaung.
RM 1300++ gege'nya...Mak ai apa ke  mahei bebenor gegenye nie. Nyampah la kita!!
(Sambil tu dalam hati bercakap "dia nie nak beli tuk sape erk...curious + penyibuk, muahhahaha)
..Ok, bole x awak tolong saya order kan.. "Ok katanya hulala. Hamboi x agak² nak menyuruh aku jugak.  X bole blah and x mampu nak tolong...Suka² je suro aku order untuk awek dia...(Aku agaklah kan sebb mahal confirm la untuk orang yg ter♥♥♥...)
Kouso aku nak order tolong pun aku x nak arg! Sebabnya aku pun minat nau² dengan mende tu tapi mahei serius aku x mampu nak beli, aku beli sembonia pun dah terjelir² lidah ini pulak international punya jenama..Pitammmm.
Kalau dia ckp awak order la, mmg utk awak pun, peerrrggh sat² tu gak aku call tauke beg x payah nak PM² bagai la buang masa je.  (gelojoh x hengat☺☺☺ ) uhuhuhuh.
.."X moh aaarrgh...Awak order la sendiri..." Sambil geleng kepala laju²...
Tak sanggup aku nak order, dah confirm² la yang tu untuk aweks dia kan. Menangis lagu Ahmad Jais aku...Aku order orang lain yang dapat x nak aaargh .☻☻☻
...Nokta...

Sehingga la satu petang yang mengemparkan.
Ada surat berdaftar dari pos laju...mintak ambik barang di Pos laju Tmn Shamelin, pacel katanya. Oit! Betul ke? Salah box kot..cer tgk balik alamat tu..
Haa la, nama aku nie..??? Pelik, aku ada order barang online ke?? Rase mcm x ada  order pun , yang selalu tu skodeng jeee...Biau betul nie.
Ok x per jom kita pi ambik, rugi je kalau kita biaukan ☺☺☺ untung sabut timbul kaan..
Alahai apa benda nie. Tengok detail, memang betul nama aku. Takut plus cuak = risau ntah ke dadah kan, mana la nak tahu orang nak pedajal kita.
X pasal² free aje aku jadi penghuni cell ☻☻☻ ...Nak ambik ke tidak nie..Tetiba..beep...beep
"Ambik parcel kat pos laju ke..!(Opps! Gitu kan..)
"Nak ambik la nie tapi takut plak,  saya x ada pun beli or order apa²  barang kat online..
"La dah nama awak tu ambik je la...Haaa!!  bertambah pelik aku mcm mana dia tahu nama aku kat parcel tu..eerrkkk kantoiii...
Oooh dia punya keje ker, patut la beriya² tanya apa bende yang aku skodeng & warna apa yang cantik ceeh, kalau tahu la, aku up lagi brand yang mahei ...☺☺☺
dan rasanya mmg patut aku  rasa nak pengsan ...OMG!!...
Benda yang aku x pernah terpikir akan dapat...Walaupun before this aku mmg teringin nak beli. But is not my priority...
Terpejam celik biji mata aku nie haaa!.
Eh! betul ke nie atau aku hanya bermimpi di siang hari. Al maklumla belum pernah lagi aku terima hadiah mahal mcm ni yang selalu biasa² je paling surprise pun bff bawak pi makan restoran Wong Solo Ayam Penyek☺☺☺ terima kasih kawan² semua, Love you all...beep...beep whatsupp masuk lagi
Suka!!.ringkas je, tapi bunyi  mcm perli plak☺☺☺. X kisah la apa² je. Janji aku suka ☺☺☺ aku suka. Gila ko x suka...Omg..betul ke..betul kee...(tahap nak guling² mcm cite  hindustan)
Surprise birthday present...Sebaris ayat kat skrin handphone aku baca. Oh erk, kata dia la, tapi kata aku! ☺☺☺ x yah le nak tahu sangat!. ☺☺☺
And I know  dia adalah salah seorang silent reader blog ini and of coz dia baca n3 ni kan ...☺☺☺
Thanks you a million to you...X tahu macam mana nak cakap, terkejut...Memang menjadi la surprise' ni walaupun selepas 2 bulan birthday aku. ☻☻☻.
Last 2 years I get Hp samsung SIII red color... and this year merah lagi Mak Ngah oi! ☺☺☺
Dia nie suka merah ke!!! ...Orang memberi kita merasa. Suka². Klau nak harapkan poket sendiri memang non hadonya la☻☻☻.  Kira menjadi sangat suprise awak tahun nie walaupun terlewat tapi masih berbaloi kan, serius mmg ada elemen terkejut di situ.  ☺☺☺.
 Speechless terus aku.
I really appreciate what you done for me...terharu sungguh.  Sayang awak ketat² ♥♥♥ taw !!! And once again thank you so much!!! I owe you..Terima kasih banyak² air laut , umpama my dream come true la  ☺☺☺☺☺☺...


...Terima kasih daun keladi, tahun depan buat lagi ...
☺☺☺



(\_/)
(=.=)
(")_(")

Cik Sue...


Monday, November 10, 2014

Acar Timun punya cerita...

Posted by Cik Sue at 2:34 PM 1 Komen Yang Terbaek




Right after n3 sengal dan sedih, maka lepas ni kalau bole  aku x nak cite yang menyengal² dah. So today kita nak bercerita pasal hujung minggu yang lepas. Amacam hujung minggu korang panas hangat ke? Apa yang hangat pastinya kerusi panas Maharajalawak, ASK 2014 @ realitinya di sini, inilah Akademi Fantasia..☺☺☺. Seriously aku memang x layan Akademi Fantasia ni, dolu² jaman Zahid, Mawi, layan la jugak now may be faktor umur buat aku dah x layan program² begini. Sekarang ni lebih banyak tengok program kerohanian mcm Pencetus Umah, Ana tanya Ante jawap ☺☺☺ aceh wah!!. Semalam masa program AF berlangsung anak² dara pinggitan yang berdua tu dok layan atê nak tak nak terpaksa le aku pun Termelayan sama. Before program kan ada red carpet, speechless ko bila Michael Ang ckp direct, no tapis², dia pertikaikan  mcm mana Si Aman tu bole ke final and siap si Afny tu tepuk²la belakang si Michael .."Memang dia nyanyi x sedap beb!!! ☺☺☺ kan..i agree with you Michael. Tapi dah rezeki dia siapa kita untuk mempertikaikan. Alhamdulillah dapat second place. Abis dah kuar ayaq mata. Haruslah anak² ayam kat luar tu vote kan. So drama Queen. Stop story about AF, x best mana pun kan. Jom kita "story of my life ☺☺☺."
Hujung minggu lepas, segala aktiviti berjimba² di luar kawasan rumah adalah sama sekali diharamkan berikutan cik Senah kena chicken pop.  Gitu!☺☺☺. Keranamu Cik Senah satu rumah terpaksa berkorban. Bila dah dok umah ni pepaham je la kan, tentunya aktiviti makan memakan menjadi sangat aktif ☺☺☺. Maka Mummy Cik Senah pun sibuk la di dapur, ghoper mummy cik senah dah mcm maid indon rumah jiran sebelah ☻☻☻.
Actually,  I just want to share my late mum punya lauk kesukaan. Namanya Acar Timun Ikan Tenggiri. Klau nak lagi best bunyinya orang kampung aku cakap masak acau timun tengirih. Melaka sangat kan!! ☺☺☺. Aku memang dah lama sangat teringin nak makan lauk ni and beside aku belum pernah kenalkan lauk ni pada anak². Aku nak dorang tahu ini antara lauk kesukaan Arwah Wan dorang. Klau dulu aku ni ibarat tuan Jenny the Bottle sebut je confirm dapat makan. Itu zaman Arwah mak masih ada lagi. But now U have to do by your own, sad! Punya lama aku dok mencari resepi and akhirnya dapat jugak alhamdulillah, Maha besar Allah swt. Bukan x ada resepi lain cuma aku nak resepi yang alah² serupa macam arwah mak masak. Nasib baik ada my sis cousin Kak Aslindah Dhalan. Thank you so much Sis Aslindah. Apalagi resepi dah dapatkan moh kita memasak. Teruja tahap langit ke 7. Moga² menjadilah lauk Acar Timun Ikan Tenggiri aku, dapatlah aku lenyapkan sedikit kerinduan kepada bonda yang tercinta ☻☻☻.

...merveles x, singgah tengok yea kengkawan ☺☺☺...


Nampakkkkkk!!....Selera x tengok lauk Acau timun ikan tengirieh aku. Berpoluh² jugak la aku. Baru ko tahu yea! Dulu ko tahu order je. Alhamdulillah percubaan pertama yang tidak menghampakan masih bole dibanggakan ahaks!. Walaupun tak sama macam Arwah buat, sedikit sebanyak ada gak rasanya.Apa yang sama, timunnya ke rupanya ke @ rasanya ke?.. Cuma kaler acau aku  nie mcm kurang kuning je. Takpe nanti aku tanya sifu ☺☺☺. Perbaiki skill. Kalau dulu arwah masak lauk ni, aku orang pertama yang complain sebab aku x suka lauk ni berempah, but now Allah swt  maha adil DIA  bagi balik pada aku. Padan muka aku kan! Kini lauk ni lah yang aku rindui. Kalaulah Arwah masih hidup tentu arwah ghumbira tengok aku dah so-so dalam dunia masakan. Maklumlah aku ni bukan le jenis yang suka nau ke dapur. Selalu tu memang kuat mengulat, tahan perut tunggu orang masak, baik nau le perangai aku kan  ☺☺☺. Seriously I missed so much my mother's cooking, oh no...no...not about only my mum cooking, but everything about her I missed so much ☻☻☻. Masih terbayang² diruang mata nie kelibat arwah di sana sini. Doa aku semoga bonda tenang di sana & ditempatkan bersama orang² yang beramal soleh. Aamiin. Stop..Stop x moh la sedih² kan nak makan acau timun nie masin plak nanti terus potong moodkan. Ok lah aku berhenti tang ni dulu yea, nak lunch acar timun ikan tenggiri. Ok girlz hope see you soon ... ☺☺☺


(\_/)
(=.=)
(")_(")

Cik Sue.... 

Friday, November 7, 2014

Cabaran & dugaan...

Posted by Cik Sue at 3:22 PM 2 Komen Yang Terbaek

Hai and Assalammualaikum good day peps!! Sihat semua. Nampaknya azam baru aku nak tulis yang good² je may be x kesampaian☻ . Aku hanya insan biasa, gituuu! Ini gara² semalam punya  cite, memang x ada niat pun nak tulis " office story so annoying' kan  but when I kenangkan semula sakit hati  sungguh, so aku nak tulis jugak ahaks!! Actually, bukanlah hal beso sangat pun cuma dari x ada cite aku nak update dan sementelah aku plak tengah bersemangat  nak update nie baik le aku buat n3kan, nanti kalau dah diserang  penyakit Malas alamatnya makan tahun lagi le nak update blog. ☻☻☻
Sometime, umur bukanlah penanda kematangan  seseorang itu betul x. Ada yang age dah nak senja tapi perangai masih macam tu jugak. Klau bercakap dia je yang betul orang lain semua salah. Al kisahnya semalam, masa kami ni satu office  tengah rancak bercerita pasal  kenaikan harga barang, penurunan harga minyak dunia tapi kat negara kita minyak x turun, pegi pasau harga barang semua mahal ya ampun, tetiba datangla seorang 'hamba Allah' ni yang memang terkenal dengan sifat bagus² dah nama pun bos kan confirmlah kena tunjuk bagus especially pada anak² buah yang kekununnya bengong padahal anak buah semua taraf education first class☺☺☺. Iyealah bila dah bos bercakap kita pun respect la, tapi yang x sedapnya dia cakap benda yang salah satu opis dengo bila kita lawan, dia bole plak pusing cite kata kita yang cakap and lagi buat aku terbakor  macam burger bako abang burn bila dia cakap...
"Mulut you ni jahat, I x kata mcm tu you yang cakap..." Hamboi kemain bangga dia sound  aku macam tu. Ya Allah sedangkan satu office belum pekak lagi. Confirm² jiran kiri kanan aku dengo apa yang ko cakap, lepas tu ko kata aku plak yang cakap. So annoying. Klau x dipikirkan yang yang bercakap tu orang tua tapi berlagak muda tunggu ari  nak pencen memang aku tenyeh² mulut longkah dia. But I still respect him as a bos. Dalam hati tuhan je yang tahu tahap mendidih. Aduhai!! Kot iyea pun  ko nak mengampu management  supaya sambung sampai 60 tahun agak² la, lagipun memang sah² confirm yang awak tu sambung sampai 60 tahun.  Ya Allah! aku pohon keampunan dariMU ya Allah!. Senang je yea, nak memburukkan orang, bagi depan², hanya kerana aku ni seorang Ahli Majlis tertinggi dot..dot..dot. "Jadi awak fikir awak boleh nak merendah² saya...Podaah!!! Ini cucu cicit Hang Tuah tau patang dicabar. Peerrggghh!!!




Salah ke kalau kita mengakui kesilapan kita sendiri lagipun takda la sampai  masuk jail kan. Mulut dengan perbuatan kadang kala tidak selari. Tapi x mengapalah, sebagai hamba Allah aku dahpun maafkan dia. Cuma mungkin aku agak ter'emosinal' sedikit. Yealah boleh depan² kita dengan bos beso pun ada dia cakap "Mulut you jahat..." Siyes masa tu aku rasa nak lempang je mulut dia, tapi memandangkan dia orang tua aku ambil pendekatan berdiam diri. Kalau ikut darah aku  yang muda belia nie (cehhh muda ke, BSB sila jangan muntah yea!☺☺☺) nak aje aku lawan. Haish panjang dah nie aku membebel. Ntah apa² le aku nie baru je on button dah  buat n3 sengal. Hhhmmm..Apa pun x bole ☺☺☺.
Ok girls enough for today, takut plak melalut jauh, lagi bertambah dosa aku nie ☺☺☺ nak mintak maaf bukannya senang kena tunggu raya tahun 2015 itu pun kalau umur panjang, ☺☺☺. (Eh x kan raya baru bole mintak maap!..)  Beso harapan aku akan terus bertabah. In Shaa Allah, semoga Engkau mempermudahkan segalanya. Bukan mudah untuk menjadi baik kerana banyak sungguh ujian dan dugaannya. Ok guy stop here, hope see u soon ☺☺☺


(\_/)
(=.=)
(")_(")
Cik Sue.....

Thursday, November 6, 2014

Santai Sehari...♪♫♪

Posted by Cik Sue at 12:36 PM 5 Komen Yang Terbaek
                


Assalammualaikum, ok kita pendekkan je cite kita. Sesuwaikan tajuk kat atas tu kan, so ari ni kita SANTAI SAJA, may be for salam perkenalan. ☺☺☺ nak kenal apanye poyo jeee ko cik sue oi☺☺☺ . Kalau nak diikutkan kata hati aku ni mmg banyak benor ceritera nak dikhaborkan tapi tak taw mana 1 nak didahulu dan dimulakan. Setahun punya coverage. Sel ² aku pun belum lagi dapat berhubung dengan baik.  giler ko☺☺☺! Kiranya masih tahap honeymoon lagi ler. Rasanya mcm nak buat rangkuman je One year stories best ever after. Ceeeh! Tu la kan. Actually, aku pun x taw mcm mana aku bole lap sampai setahun x update,nak kata aku ni buzy bukan YB. Cuma baru² ni bila aku terserempak dengan kawan lama, dia terus bertanya, soklannya lebih kurang mcm nie le bunyinya...
"Hidup kena slamber dah mati ke?"..Agak kasor kan bunyinya tapi mmg standard la orang Melaka kalau tanya mcm tu. Kalu lemah gemalai itu bukan Melaka laa☺☺☺ ...No big deal pun.
Terkejut aku x sangka selama nie ada peminat ghopernya. Lepas tu dia sambung lagi,
"Wei tulis le balik blog, suka nau baca blog ko sampoi sama cam ko gak, bahasa ko nokk..." Ek eleh ko, agak² le kan. Tapi bila di fikirkan balik,why not aku sambung balik kan sebab permintaan memang ada cuma tahap malas aku sudah sampai ke 7 petala langit da. Bukan saja kawan lama aku tapi anak² pun selalu tanya, x sangka rupanya depa pun rajin menyinggah ke blog emaknya. Alahai anak omak.
"Mama nie bila la nak update blog, kalau mama malaskan, mama cite je la pasal brithday kami or mama tulis cite keluargaku"... hamboi ko nak oii, kemain lagi permintaan yea. BSB pun selalu bagi aku galakkan cuma setiap kali BSB cakap macam masuk angin kuar asap je. Bukan setakat aku malas nak update nak BW pun aku malas. Punya la BSB tu gigih meng'update' jangan kata singgah lalu pun corner ke lain ..Uhuhuhu!!. Tapi bila dah berdas² kena aku gagahkan jugak le mencuri masa untuk update blog ni. terima kasih kepada BSB dan Layan bluesz yang tidak pernah berhenti memberi galakkan kepada aku untuk terus menulis. Kepada silent readers aku, terima kasih kerana setia bersama, ayat alah retis x hengat (padahal anak sendiri je aduhai☺☺☺)  . Seperti n3 aku yang mula², aku bawak harapan baru, menulis semula tentang yang baik² sajaaa,( but not my promise cuma harapan je kan☺☺☺). Tapi rasanya agak sukar le nak tulis yang baik² je sebab belum apa² lagi hati sudah panas☺☺☺!! .
Oklah cakap banyak plak aku nie, nanti kita sambung lagi yea. Aku tengah gigih ni mencanai idea nak masuk n3 orang tua monopos gggrrrrmmmmmm......Ooopppsss! My memories it's here. Pinjam kak Engku punya ayat OK BAI!..
See U soon..

(\_/)
(=.=)
(")_(")
Cik Sue.... 

Wednesday, November 5, 2014

Come back soon!

Posted by Cik Sue at 6:20 PM 1 Komen Yang Terbaek
     


                              
     Assalammualaikum...

Hopefully may Allah s.w.t always give me a strength to write something good. Yes, it's new come back, new hope and everything new :-). Yeah! rindunya aku hendak menulis di sini. Alhamdulillah Allah s.w.t memperkenankan usaha aku. Setahun sudah berlalu kini November datang lagi. Membawa harapan yang baru. But before tu aku nak kemas blog ni dulu kasi touch up cantik2 haaa!!
Ok guys hope see u soon!

 (\_/)
( =. =)
(")_(")
 
Love 
Cik Sue
 
 

HidUp KeNA sLamBer Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei