Monday, September 30, 2013

Happy Belated Birthday To Me...

Posted by Cik Sue at 4:29 PM 2 Komen Yang Terbaek



Assalammualaikum kepada semua yang sudi singgah di sini, apa khabar rakan² alam maya aku hari ini, pasti sihat kan. Alhamdulillah syukran kepadaNYA kerana memberi kita kesihatan yang baik. Amin. Lately nie aku agak busy (sejak bila aku nie pernah x busy kan hahahah). Iyealah kan dalam 1 hari ada 24 jam so dalam masa 24 jam tuh macam² boleh berlaku kan. Tengah² baik tetiba boleh plak mood tersentap kuar, tengah² dok bergelak gedik tetiba mood bertukar terasa, tetiba nak jadi gaban plak kan!. Pitam. Kengkadang kita x perasan kita telah tersakiti hati orang lain. Tapi itukan asam garam dalam sebuah kehidupan baru ada pahit dan manisnya. Pengalaman membuat kita menjadi bertambah matang bukan gitu kengkawan. Hahahah!! Gasak ko le Cik Sue oiii...
Dalam kesibukan ini, aku mencuri sedikit masa untuk melahir dan menzahirkan ucapan Terima Kasih aku kepada semua sahabat², kawan², anak² sedara atau sesiapa sahaja yang telah menitipkan ucapan Selamat hari lahir aku pada 20/09/2013 - Jumaat 2 minggu lepas , memandangkan hari ini adalah hari terakhir bulan September. Kalau aku x ambik kesempatan ini maka aku terpaksa tunggu tahun depan. Tahun depan entah ke aku ni sihat ke tidak  lagi nak menaip, ntah ke ada ntah ke idak lagi, semua kerja Allah s.w.t kan. Walaupun ari nie aku memang sibuk bangat tapi aku tetap nak tulih gak ucapan terima kasih aku pada korang. Apa la sangat sekadar satu n3 ucapan Terima Kasih aku kepada Anda semua yang telah bersusah payah mengingati hari lahir aku (walaupun kat FB dah bagitahukan hehehe).  Walaupun mata bos tengok aku dah macam mata petai  yang jual 3 papan 5 hengget kat Chow Kit tuuu dok menjeling aku, ada aku kisah!!! Nasibla dapat staff macam aku nie hehehe. Tapi aku tahu bos aku tu marah² sayang dengan aku nie. Atê aku kan staff kesayangan dia. Ahaks! Eh! Iyea ker, since when??? Semalam kot!!... Apa pun x bole!. 
Terima kasih kepada semua yang sudi memberi ucapan x kiralah melalui medium apa sekali pun. WhatsApp 12 midnight, Face book all the day, Twitter and what ever laaa!! Sesungguhnya sangatlah terharu, terasa semakin tua dah aku nie, terima kasih kerana masih ada yang yang mengingati. Hadiah!!! Alah x payah nak hadiah² bagai dah tua puuun tapi kan last year i get new handphone Samsung S3 red color. Awesome :-) love it!!! OOpppsss forget about it, it's happen last year ok!!! Apa pun semuanya sudah tertulis seperti kataNYA "kun fa ya kun". Selamat hari lahir kepada diri aku sendiri :-) semoga aku akan menjadi hambaNYA yang terbaik walaupun tidak setanding dan sehebat Siti Khadijah dan Siti Aisyah. Kepada kawan² terima kasih sekali lagi.  Thank you everyone for all the birthday wishes & prayers, feeling great surrounded by nice people like u al and have a nice day...Selamat hari lahir Cik Sue. See U next n3 In Shah Allah....Love Uollz...


~Love~
Cik Sue

Wednesday, September 18, 2013

Selamat Tinggal Sec 14 P.Jaya

Posted by Cik Sue at 6:10 PM 3 Komen Yang Terbaek
 Utusan Media Sales Sdn Bhd - Kewangan  & Pentadbiran 
At Sec 14 Petaling Jaya sentiasa di hati....

 Assalammualaikum, fuuuh!! berpeluh nak menyiapkan n3 kali nie. Beberapa kali tertengguh dek kerana emosi yang tidak menentu. Okay bagi tidak menghampakan permintaan "silent reader" yang minta aku membuat tribute to UTUSAN MEDIA SALES SDN BHD at Sec 14. Tribute ke??? Layan je laa. Yang benarnya daya kekuatan untuk aku menyiapkan n3 kali ini agak terbatas dan terbabas :-). Sememangnya beberapa kali menaip aku terhenti menyenang susah senang di Section 14, Petaling Jaya selama lebih kurang 20 tahun di sini. Emo giloooo's sioot!! Mana x nya seribu satu macam rasa dan rencah ketika aku di sini. Suka duka, masam manis, pahit payau, gembira saling bertaup bersimpul mati dalam diri  aku. And best part di sini lah bertemu jodoh bersama Pak Incik hahahahah!! Poyoooo x...Ada aku kisah, nak gak tulis, tapi jangan kengkawan x tahu yea bukan aku sorang je bertemu jodoh di sini ramai lagi kengkawan lain tau contohnya BSB dan Mr. Brown..hahahaha ada lagi ...Ada 2-3 'silent reader' aku yang bertemu jodoh di UMES. Meriah kan!! Itu  baru bab jodoh belum bab lain² tau!!! Sec 14 nie boleh dikatakan one stop center, everything u can fine at Sec 14. Dah mcm "tag line" plak hahahaha Kedai makan bersepah², mamak conner 24 hours kalau korang ingat kisah pemandu mabuk langgar pembahagian sehingga menyebabkan kematian sorang pelanggan di kedai Mamak Jamal. Sec 14 la tu, lagi satu kes Jaya Supermarket runtuh menyebabkan kematian pekerja indo, Sec 14 la tu, nak ke bank kiri kanan ada bank duit je yang x ada Hahahaha!!! Mc'd, KFC, pizza sebut je nak apa semua ada...Glam x...:-)
Bila memo pertukaran naik kat papan notis semua muka dah macam tertelan ubat gegat  je aku tengok. Especially my bos. Udahlah notis perpindahan naik masa bulan posa, terus potong mood nak beraya. Itu pasal la baju raya aku tahun nie jadi carca marba. Motif...? Sengal la tu ...Hahahah. Aduhai!!
Ramai yang kata aku la manusia yang  paling happy coz new building nearest my house. OMG!! for the first sight maybe i like but dalam hati x siapa yang tahu kan melainkan Allah s.w.t  yang maha mengetahui.  Actually nak kata aku suka sesangat tak jugak nak kata x suka x jugak. Susah aku nak describe my feeling masa tu. Seriously berkecamuk. Suka x suka kehidupan harus diteruskan jugak. Betul x. 20 tahun mengharungi suka duka di Sec 14, P.Jaya adakah dengan mudah untuk aku  melupakan semuanya. But i hope new surrounding can helped me towards a gud!!! betul ke ayat aku tu...Hahahha..
 Jabatan Kewangan Utusan Media Sales Sdn Bhd, seminggu sebelum pindah. Uwaaaaa...bagaimana hendak kubawa hati yang lara ini....
 Ruang santai kami di tkt 5, di sinilah tempat kaum wanita bersantai terutama hari Jumaat. Sambil borak² kosong mengisi waktu terluang sehingga jam 2.30 ptg. Maklum la 20 tahun dah kat Sec 14 tu sampai tumpul idea nak pi mana. last² di sini lah kami melepak. Sambil melepak sambik sok sek sok sek kan..kelas ko Jaaah!!!
 Haaaa...Jangan x tahu ini adalah ruang yang paling disukai oleh kaum wanita tkt 5, klau  dah masuk ke sini, Jangan harap nak keluar awal yea,  paling awal pun1 jam yang lelaki pun sama naik jugak..Ruang Gossssssiiiiiip...!!! Hahahaha terbaik sambil makan sambil bergosip silap ari bulan tergigit lidah. Padah muka ko Jah ooooiii...Really miss this place!!! Uwaaaaaaaa....
 Yang lelaki plak, di sinila tempat mereka melepas lelah...Jari ngan mulut sama naik..Alahai!! Now papan carrom nie dok tersadai dalam store kat CSL...Apa bole buat daaaa..
 Miss a lots this road....hahahah hambek ko sampai jalan pun ko nak rindu gak ke...Agak² laaa wei. jiwa kacau mcm nie laaaa.. Sometime aku skodeng Mat² Bangla or Nepal balik dari korje saja cuci mata mana nak tau kot² ada yang rupa cam Salman Khan ke Amir Khan ke Hahahaha...Pitam!!!
 Panorama dari tkt 5 bangunan UMES di Sec 14. Aduhai i really² miss this place. Andai dapat ku undurkan putaran waktu pastinya aku tidak ingin semua ini berlaku...Peerrrrgghhhh mmg sengal kan...
 Muka x bole blah kawan aku sorang nie. Dia la orang yang paling² x suka nak pindah...Packing barang pun macam nak masuk dalam kargo nganto ke Zimbawe jeee.."Tuhan tolong lembutkan hati aku, untuk terima ini seadanya..." Klaula BSB ni ada kuasa magis confirm dia akan berhentikan masa supaya semua ini tidak terjadi...BSB redhakan semua ini, kerna setiap apa yang terjadi ada hikmah yang tersembunyi, In Shah Allah ada jalannya...Peace yoooo!!! Kot yea pun ko mara jaga le sikit meja aku tu wei!!...Heheheh!!!
 Klau tadi ada orang yg paling x suka sekali nak pindah  kali nie lain plak ceritenya, My bos la orang yang paling excited gila nak pindah, x sabo², pagi notis naik tenghari terus berkemas, Iyealah 20 tahun dah mengharungi jammed kat Federal kali ni nak rilex la plak atê umah ke opis sepelaung jeeee...Akhirnya dapat jugakla apa yang diimpikan oleh yea En. Norman. :-)...
Motif gambar umah nie. Jangan x tahu owner umah nie suka komplen, kami warga UMES memang band Nyonya nie. Ada je yang x kena, yang bole layan dia cuma Mr.Norman sorang jeeee...Lagipun Nyonya nie "Intanku Kesepian"....ngengengeeeeeee
Kotak Parking 38 memang selalu jadi rebutan tapi sorry haaaa walaupun x ada tulis nama aku tapi pada dasarnya ini tempat aku yang punya...Depan mummy belakang combi punya noooo!!!! Saman MBPJ bila mau bayaaar haaa...Kasi tunggu MBPJ buat sale 50% off, baru kami datang bayoooo...Ahaks!!

Fuuuhhh gila panjang n3 aku kali nie. Gitu le bila dapat aku melempiaskan segala yang terbuku selama sebulan nie. Wah!! Pejam celik pejam celik dah sebulan kami warga UMES pindah ke Chan Sow Lin. Memang lain benor suasana kerja di Sec 14 dengan di CSL nie. Klau dulu  kat Sec. 14 kami² je bila dah dok satu bumbung dengan mak bapak nie lain plak kerenahnya. bak kata arwah pakcik Astro tu macam² adaaaaaaa... Seribu satu macam daaaa!! Kalau ikutkan ati aku nie aku mmg nak tulis macam² tapi disebabkab kesuntukan masa ini je la yg dapat aku hasilkan buat pembaca senyap aku. Kepada yang singgah di blog aku nie terima kasih tidak terhingga kerana terus membaca coretan merapu aku nie. Terima kasih kerana masih sudi lagi singgah di sini. terima kasih jugak kerana terus menyokong aku (ada keeer,,,) Love Uoolzzz...Ocne  again thank you so much my dear friends semoga ALLAH s.w.t  terus memberkati persahabatan kita di sini amin......Sayang awak semua and Assalm.................


~Love~
Cik Sue

 

HidUp KeNA sLamBer Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei