Friday, December 31, 2010

♥..Selamat Tahun Baru 2011..♥

Posted by Cik Sue at 10:42 AM 6 Komen Yang Terbaek


Salam pagi Jumaat untuk rakan² blogger serta pada pembaca blog ini. Kurang dari 12 jam lagi kita bakal meninggalkan 2010 yang penuh dengan 1001 mcm kenangan. Ada yang manis untuk dikenang tidak kurang jugak yang masam² manis, payau, kelat dan pahit, yea pelbagai rasa bersatu menjadi teladan dan sempadan kepada kita. Adakan kawan² semua telah memperbaharui azam. Adakah sepanjang tahun 2010 rakan² sume telah berjaya mencapai matlamat azam yang dibuat. Pada aku, azam tahun 2010 masih banyak yang x tercapai, tidak menepati piawaian yang telah diberikan hehehehe. So no more new azam. Just carry jer azam yang x tercapai dek akal tue. Ahaksss. Like international pasport, banyak pages lagi yang belum bercop, means for the next 365 days I have to work harder to achieve the target. uhuhuhuhu...Boleh ker??? Mesti boleh...Malaysia boleh!! InsyahAllah. Yang cemerlang pada tahun 2010 teruskan kecemerlangan anda. Kepada rakan² blogger, teruskan menghasilkan nukilan² untuk kita kongsi bersama². Dan ini adalah N3 pelabuh tirai aku untuk tahun 2010. Sekali lagi aku ingin mengucapkan "SELAMAT TAHUN BARU 2011" kepada semua pembaca, pengujung dan rakan² blogger yang singgah disini. Apa yang diharapkan semoga tahun 2011 bakal memberi sinar baru untuk kita semua serta berharap yang terbaik dalam hidup ini. Sayang uoll's sampai kita jumpa lagi pada tahun 2011. Adiosss senorita...♥♥♥...

Thursday, December 30, 2010

Tahniah Malaysia..

Posted by Cik Sue at 9:07 AM 2 Komen Yang Terbaek
Salam rakan² blogger sume. Rasenye hampir kesemua blogger akan membuat N3 yang sama hari ini. Yea!! Setelah 14 tahun kita menanti saat ini dan malam tadi bersaksikan Stadium Utama Gelora Bung Karno, Malaysia berjaya melakar sejarah. Tahniah untuk Team Bolasepak Malaysia, untuk jurulatih Malaysia K.Rajagobal tahniah kerana telah menaikan martabat sukan bola sepak Malaysia. TAHNIAH MALAYIA..Buah penjaga gol Malaysia Khairul fahmi Che Mat anda adalah wira. Tahniah!!
Ini dia pemenang kasut emas penjaring gol terbanyak- 5 : Mohd Safee Mohd Sali.
"We are the champion"
Inilah barisan yang telah berjuang untuk Malaysia: Khairul Fahmi Che Mat, Sabre Mat Abu, Muslim Ahmad, Gadli Shas, Asrarudin Putra Omar, S.Kunanlan, Safiq Eahim (c), Amar Rohidan, Razman Roslan, Ashari Samsudin, Amri Yahyah, Norshahrul Idlan Tahala, Mohd Safee Mohd Sali, Izzaq Faris Ramlan.

Wednesday, December 29, 2010

Kedah Part 2

Posted by Cik Sue at 8:58 AM 1 Komen Yang Terbaek
Dan seperti yang aku khaborkan, N3 arie nie aku continue semalam punya cite. hahahah. Ini ler pengantinnyer. Majlis mula agak lambat atau orang kat cni memang majlis deme mula kol 2.30 ptg. Sekali lagi perut mak buyung berlagu syahdu. Alahai ciannya kat Nad. Masa nie mood nak bergambar sangat la kurengnyer. Tapi aku pun snap² gak ler sesikit untuk kenangan uhuhuh. Di Alor Setar tema dorang warne kuning. Amboi!! Dah nama pun raja sehari kan, betul la tue!!
Pengantin tersenyum di singgahsana....
Tempat bersantap si raja sehari. Sehari jer yea kome jadi raja jangan plak nak lelebih. After majlis kami sambung ronda² Pekan Alor Setar sempat la pi Menara Alor Setar . Dan yang pasti aku memang dah lama daaaah nak ke sini...Ke mana dan di mana????....Jom kita terjah...

1



2



3



Beralamat di No 18, Lorong Kilang Ais, Tepi Jalan Pegawai Seberang Perak, 05000 Alor Setar Kedah Darul Aman. Akhirnya impian menjadi kenyataan bak kata omputeh "My dream come true". Taraa ini ler tempat yang dah begitu lama aku angankan nak mai. Rumah kelahiran idolaku TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD Perdana Menteri kita yang ke 4. Sangat² teruja bila berada di sini, banyak pengetahuan yang diperolehi tentang Tun Dr. Mahathir. Di sinilah Tun di besarkan dan berkahwin. Tun memang seorang pembela nasib Melayu. Terima kasih kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana telah banyak berjasa kepada anak bangsa Melayu.
Aku pasti ramai taw baca kan so korang baca ler sendiri yea apa yang tertulih kat atas tue..heheheh jgn maraaah cik salmah nanti kena jual!!!...
Di pintu masuk rumah kelahiran Tun Dr. Mahathir
Arissa 'wit' my niece Nadia di hadapan rumah kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohamad. X sabar nak masuk dalam nak tengok kehidupan masa lampau Tun. Rumah ini menggambarkan kehidupan zaman kanak² Tun. Ia telah di baikpulih oleh Arkib Negara pada Mei 1993.
Bahagian depan rumah, mengikut ceritanya, rumah kayu beratap nipah ini telah dibeli oleh ayah beliau, Mohamad bin Iskandar dari seorang penjual yang pada masa itu hendak mengahwinkan anaknya. Semasa dibeli, rumah itu tidak dicat dan mempunyai 1 bilik sahaja mempunyai serambi di bahagian depan tetapi tidak bertangga - sumber dari Arkib Negara.
Eh!!! cam ner plak gambar nie tersesat...Pegang kuat² jgn bagi lepas lagi jenuh kena lari 100m nak kejor dia nie..Langsung x reti dok diam..uhuhuhuh
Tempat padi ini digunakan oleh emak Tun untuk menumbuk padi. Masih berkeadaan baik tetapi perlu dijaga takut lama² akan rosak, sebab tidak dijaga dengan btol uhuhuhuhu....
Ini aku x tahu apa motifnya di letakkan di sini sebab x ada apa² sign pun cuma di tulis "di larang duduk"...
Hanif dan Nadia di hadapan di Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad

Nak gak interfrem..Sebagai bukti yang aku pernah hadir ke sini...Ahakssss

Last sekali aku pun pegi ler nengok kilang ais bersebelahan dengan rumah Tun. Kilang ais nie telah dibaikpulih dan dijadikan muzium. Di dalamnya ada dipamerkan bagaimana kilang ini beropersi dan segala peralatan yang digunakan dulu turut dipamerkan. Tapi pada aku kilang ais nie idak ler begitu mengujakan berbanding Rumah kelahiran Tun. Hampir 2 jam menghabiskan masa di sini, rase sedih plak bila nak meninggalkan tempah ini. Di sebabkan arie masih muda hahahah..Kami pun jalan² ke Mall yang berhampiran dengan hotel. Alor Setar Mall. Agak happening gak orang² Alor Setar nie yea heheheh..

Alor Setar Mall..Ya ampun budak niee aikkk..Masa nie pesta diskaun di sana sini tapi malangnya x sempat nak terjah pasal dia nie dah buat hal lagi huahuahua..Adoyaiii sabar jer laaaaa...Tapi ok gak selamat pulus mak nyah!!!..Kat Mall nie x lama pun, pasal malam ada jemputan dinner dari kawan opis yg duk di sini. Balik hotel bersiap² plak hendak ke rumah En. Fadly di Jalan Mergong. Sori la x ada aktiviti snap gambar. Tapi serius rumah member aku nie memang best depan umah sawah padi..Ya ampun sib baik la malam kalau idak mau malu ...Betapa jakunnya aku!!.Dah tue umah dia betol² berhadapan dengan Tesco Alor Setar.
Esoknya pagi² lagi kami dah check out. Nak balik Kolumpoq takut jalan jem tapi sempat lagi singgah makan di Restoran Nasi Kandar Nasmir, restoran ni memang famous kat Kedah. Dah kenyang kan jom kita pi Pekan Rabu lagi sekali noooo..hehehehe. (cite nie aku update nanti ar itu pun kalau ada kerajinan ler..heheheh)
Sebelum balik Kolumpoq kami singgah di Brand opis aku kat sini. Dah lebih mengujakan opis aku kat Alor Setar nie bersebelahan dengan Klinik Maha. Klinik nie Tun yang punya. Memang dari sampai pak encik sibuk nak carik klinik nie. X dapat jumpa owner'nya gambil gambar klinik pun jadi laaa..Kata IDOLA kan..Nad & Anip di hadapan klinik Maha.
Lagi sekali si kecil aku nie buat hal. Aduhai sepanjang pengembaraan aku ke Negeri Kedah nie si kecil x abis² buat perangai. X bole jadi nak gak interframe kat Klinik Maha nie...Ahaksss. Gitu ler cite aku ke Kedah. InsyaAllah panjang umuq murah rezeki kami ingin ke sini lagi. Dengan ini aku noktakan cerita ke Kedah. Kepada pembaca blog aku terima kasih kerana terus membaca tulisan² aku dan terima kasih sekali lagi kerana terus menyokong aku di dunia blogging ini. Sayang uolls sampai kita jumpa lagi...Adiossss senorita...♥♥♥...

Tuesday, December 28, 2010

Sehari di Pekan Rabu

Posted by Cik Sue at 7:05 PM 3 Komen Yang Terbaek
Hai kawan² blogger sume. Mesti ada yang tengah sibuk membuat persiapan untuk anak² ke sesi persekolah minggu hadapankan? Hujung minggu yang sibuk jugak. Iyea la hujung minggu la dapat bawa anak² kuar berjalan. Hari biasa sibuk memanjang menggalah kan PM la plak. Adoyai. Hujung minggu lepas aku sempat la ke Negeri Jelapang Padi itu pun sebab majlis bertandang, Kan ker minggu lepas buat di rumah my cousin kali nie giliran pihak lelaki la plak. So sebagai ibu saudara yang paling sporting (perasan btol ler) walaupun penat minggu lepas x abis lagi aku gagahkan jugak ler untuk pergi majlis di pihak lelaki. Cadangnya mola² nak naik bas jer so leh bawak anak² sekali but last minutes persatuan saudara² ramai plak yang ada hal. Iyealah kan musim orang kawen x kan nak tinggalkan jiran tetangga yg tgh wat keje kawen semata² nak gi ke Kedah. Dah la minggu lepas miss dorang punya majlis.Uhhuhuhu. So hendak x nak deme sume tugaskan aku jadi wakil persatuan saudara² hehehehe...and at last aku tinggalkan budak 2 beradik tue kat umah baby sister, sib baik la dorang pun x banyak kerenah kalau tidak jenuh ler nak menjawab terutama dgn yg no. 2 tue!! Uhhuhuhu. So kami memulakan perjalanan pada hari Jumaat selepas 'pak encik' balik dr solat jumaat. Ghoper²nya sungguh jauh negeri Kedah, ek eleh! cite cam aku gi negeri Nagasaki jer kan poyo lerrrr, hehehe almaklumla selalunya aku balik kg kat Melaka jer perjalanan x sampai pun 3 jam. Uissskk pejam celik pejam celik x sampai² hadoyaiii, masa nie ler aku terpk camner ler BSB, Cheq and Iza balik kampung. Patutla deme balik kg setahun 3-4 kali jer. X mcm aku balik kg setahun 20 kali hehehehe. Ini bukan lagi punggung jer yg kematu, 1 badan dah kebas. Alahai baru ler mak taw Nyah!!!..Nak plak bawak c kecik aku tue, rasenye klau ler aku nie padi dah lama jadi beras hancusssssssssss..huahuahua. Kami sampai di T-Hotel jam 10.00 malam masuk bilik terus memasing terbongkang mcm kingkong daaaa ^_^. Tengok tilam dan bantal dah mcm nampak buger jer apa lagi zzzz. Sib baik gak before gi cheq dah buat survey utk aku so senang kijer. Sepanjang perjalan x ada aktiviti klik-klik gambor pasalnya no mood. Mood x sabau nak sampai ke Kedah jer..Ahaks. Esoknya pagi² kami dah kuar dari hotel untuk aktiviti jalan² carik makan..Jom kita layazzzzzzzzzz....
Pose dulu walau perut udah menyanyi lagu keroncong untuk ana..Alahai muka suci murninya memasing yea!!!.
Akhirnya sampai gak aku kat sini. Tapi yang x bestnye sat² hp aku berbunyi..antara ayat yg favorite kat hp aku.."ko tolong belikan akak kuih goyang..."Huahuahua..Sat lagi tit..tit..tit "Eh! Kawan akak pun kirim pulut itam 4 bungkus..." Btol la akak aku nie, dia canang satu opis la plak adoyaii. Alahai Akak sepupu ku sayang kat K.L x ada jual pulut itam ker kak oiii!!!...
Kedai makan di Pekan Rabu, but masa nie banyak kedai tutup lagi sebabnya terlalu awak kata depa la. Selalunya depa start berniaga jam 12.00 tengahari..Alahaiii...
Sib baik la ada pakcik yang berniaga kueh, nasi lemak, nasi kerabu, bihun alahai mcm lagi laaaa..
Acara wajib ambik gambor si kecik nie.."ok ma ciap..ambik gambor atek cam nieee..." Cehhh!!!
Nasi kerabu orang Aloq Staq..not bad laa sama jer rasenye x ada beza pun..hehhehehe
Kuih nie pelik sikit tapi bila aku tanya kat pakcik yang berniaga tue dia pun x tahu nama kuih nie, cuma pakcik tue kata kuih nie sama mcm murtabaq tapi rase kuih nie agak tawar sedikit tue pasal la kat atas kueh nie ada sos..Cheq hang taw ka apa nama kuih nie. Pada keseluruhannya kuih nie best la gakkkk ahaksss.
Bahulu kuih tradisinol. Tengok tue panas lagiiii...Dah lama aku x tengok org buat bahulu. Dulu arwah mak aku tiap² tahun mesti buat kuih nie masa raya. Alahai sedih la plak tetiba teringat arwah...
Bahulu yang dah siap untuk dijual..
Aik mak buyung nie pun sama naik gak..beli jangan x beli Nad..X cukup cashier kat sebelah jer tue..uhuhuhuuh....Aksi Nadia my niece and Arissa.
Uiisskkk bukan main cantik dan comei tauke kedai nie. Moh kita pose sekali heheheh...Kat kedai nie ler kami pakat borong sume barang..Lagi pun adik manis nie bagi gege yang sangat special..Mekasih yea dik, insyaAllah kalau akak mai Aloq Staq akak carik kedai adik lagi. Mak buyung nie x abis² dok rasa dodol. Belinye idak hehehhe..Sungguh tragisss. After ronda² di Pekan Rabu kami balik untuk bersiap ke majlis persandingan Amira dan Firdaus di Jalan Tangjung Bendahara ...Halamak gang, aku stop dulu yea bos dah jeling sat lagi ada masa aku sambung next episod..Apa la boss nie x sporting tawwww..heheheh jangan mara bos tapikan bos bace ker apa yang aku tulih nie...Ada aku kisaahhh!!

Laa..UdAH Se-1 ker...♫♫

Posted by Cik Sue at 3:58 PM 0 Komen Yang Terbaek
Waduh-waduh bikin kpala aku pusing lagi gitu ghayanye. Enggak ada kerja lain rakanku Tanter BSB ini, sekarang lagi mau ngantar 'homework'. Yea, Tanter BSB lagi gitu kerajinan untuk menjawab soalan GA. Aduh!!! Hahahah..Sory terlebey sudah!. Balik dari bercuti bukak² blog jer dah menunggu homework dari teman tapi mesra BSB. Kali nie tajuk GA :Blog Teman Udah Setahun. Uiissk udah setahun ghopenye blog deme yea!! Same ler kite hehehe. Banyak benda yang kita belajar dari blog nie kan. Ada orang suka dan x kurang juga yang x suka ,tapi yang herannya x suka tapi baca jugak. Apa kes! Itu ler realitinya. Apa pun teman nak mengucapkan ribuan terima kasih ler pada http://sparklemaneh.blogspot.com/2010/12/blog-teman-udah-setahun-ga.html serta selamat ulangtahun yang pertama dan terima kasih sekali lagi kerana sudi menganjurkan pertandingan ini. Selain memanjangkan tali siratulrahim dapat ler kita semua berkongsi pengalaman x gitu kengkawan. Pada my pren BSB harap² kali nie kita leh menang yea!! ^_^...

Ok..Tajuk GA nih...
Blog Teman Udah Setahun GA

Terma & Syarat :

1. Jadi follower? I fooolloow...
2. Buat satu entry utk GA nih..Bisa diatur buk..
3. Jgn lupa tampal gambar lilin kat atas tu dalam entry..kalo rajin,..buh la kat tepi blog korang...dah tempek pun..
4. Jgn lupa buh link url entry korang kat ruangan komen entry GA teman nih...senang teman nk chk penyertaan..wokey siap...
5. Sekiranye penyertaan kurang dari 5 orang..secara otomatiknye DIBATALKAN GA teman nih...Halamak!!! x ada can la nak menang tudung..uuisskk x bole jadi nie panggil sume blogger joint contest nie..
6. Jangan lupa TAG 3 orang kawan utk join GA nih & pesan dgn diaorg..buh nama korang utk jadi refferel diaorang...1) White House 2) Mem Besau 3)Cheq

Award dari Kak Yan's

Posted by Cik Sue at 2:06 PM 3 Komen Yang Terbaek

1. Ucapan anda
Dah kompem ler nak ucapkan terima kasih, tochai² and thank you

2. Berikan 4 ciri lelaki / wanita idaman anda untuk dijadikan suami / isteri -
Kalau nak ikutkan nak yang mcm Park Yong Ha idak pun mcm Lee Jun Ki's ker dalam drama Hero tue hehehe..Tapi apa² pun aku menerima 'pak encik' seadanya diri dia, baik dan buruk.

3. Berikan 1 tips untuk mengekalkan hubungan dengan pasangan anda -
Kepercayaan dan keikhlasan kami.

4. Pernah anda terjumpa doa pendekat jodoh dan putus cinta -
Pernah tapi booo layan ..Apakah motifnya klau ku layan..ahaksss

5.
Letakkan 10 link pilihan anda dan beritahu mereka bahawa mereka telah memenangi award ni -

  1. Fad - Be simple Beb
  2. Cik Rien - White House
  3. Sheila - Mem Besau
  4. Aida - luvelymummy
  5. Zurina - Zurinashapie
  6. Izmee - Compirasy layan bluesz
  7. Ieta - the heart of my life
  8. ida - ainadecopage
  9. Ina - Cheq mai Kolumpoq
  10. Iza - Yong SS
kepada kengkawan sudi² ler mengambil tag nie yeaaaa...Sekian sayang uolls muah..muah..

Wednesday, December 22, 2010

BOnuS oh bOnUS!!

Posted by Cik Sue at 5:41 PM 6 Komen Yang Terbaek
Halooo..haloo..Haloooooooo aik ada orang ker x nie? Apasal cam x der orang jer kat cni yea?? Mana pi sume orang nie. Owh! Shopping erk. Taw la sekarang nie YES!! Ooopss bukan Yes 4G tue yea jgn silap plak kengkawan. Ini YEs yang alaaah yang tue..yang dok pegabih duit tue..'Year End Sales' laaa apa lagi. Semalam masa drive sowang² nak gi opis aku dengar ler Sinar FM topic pagi semalam memang 'hot' gara² BONUS..! Rupa²nya 1001 macam cite di luar sana. Itu cite di luar sana malas ler aku nak pk, ini plak cite dari opis aku. Selalunya management akan bagi memo awal bila bonus akan dibayar, so seperti biasa la bila masuk Disember jer memasing dah ada listing. Tue dia panjang 2 muka depan belakang hahahah, tapikan taun nie deme buat sengapp jer..Hadoyaiii mak dah fening nie...Listing dah 3 kali bertukar. Tapi bayang B x nampak lagi. Alahaiiii..Cam ner nie nak beli baju sekolah yang tajuknya canggih!! Uhuhuhu. Kalau kata ATM kat bank tue bole cakap confirm ATM tue akan cakap.."Aik dia nie lagi..udah² ler tue x payah nak check dah confirm x adooo pun.." Wakakakaka. Memang nak makan penerajang ler ATM tue jawapnye..Halamak dah jadi 'vandalism' la plak huahuahua...X kan ler takat x dapat B dah nak jadi 'vandalism' plak hadoyai aik. Sengal jer kan..kan..kan..hehehehhe. Itu ler betapa besarnya kuasa dan pengaruh duit terhadap kehidupan manusia, apatah lagi di zaman yang serba mencabar nie. Semuanya nak kena bayar sampai masuk toilet pun nak kena bayar, kalau murah x per gak nie ada yang sampai 5 hengget laaaa aikk. Awat mahel sangat. Apa ayor dalam toilet tue guna air suling dari Gunung Himalaya ker??. Kalau mcm tue murah ler, pasal cost nak bawak air tue jer dah brapa kan? Hahahah.. Alah kalau takat bersih jer, tandas awam kat Jln Tar tue pun bersih gak makcik cleaner tue jaga. Aikk apa motif cite pasal toilet plak nie. Eh eleh!!...lain kali dah taw toilet tue 5 hengget pi jer toilet yang gegenya 20 sen...Apa la sengal sangat..Ceeehhh!!!..
Aku rasa muka aku dah sama cam cartoon kat atas tue. Pening + mabuk tapi bezanya cartoon tu mabuk cinta, yang aku nie pening + mabuk tunggu B yang tidak di ketahui akan statusnya..Huahuahua..Agak² ar kan kalau ler B kuar minggu nie mau muka bebudak opis aku mcm cartoon tue gak blink² + berbunga² uuisskk!!. Confirm Bagan Lalang 2 minggu berturut². Tapi apakan daya makcik dan pakcik lum kayo. Alahaiii Sabo yea kengkawan. Tapi ada ker tidak B tue hidup mesti diteruskan. Dan seperti dijanjikan olehNYA selagi umatNYA berusaha selagi itulah pintu rezeki akan sentiasa dibuka. Tak gitu BSB!! Cukup ler takat nie, tetiba jer aku rasa sebak la plak. Poyo arrr..hehehe maap ler yea kengkawan ter'emo' sikit. Bukan apa merapu sekejap just nak release tension dan ini ler salah satu cara untuk aku melepaskan kesesakan nafas aku. Merepek..meraban..merapu..Sib baik ada gak yang sudi nak bace erk!.hehehehe mekasih yang sudi singgah dah baca N3 merapu nie..Tochai-tochai..thank you..vanecam..1 Malasyia..Hadoyai merapu tahap gaban nie..Sorry ar yea. Aku blah dulu ler kang x pasal² korang kata aku nie giler plak.hehehe..Jumpa lagi insyahAllah. Salam untuk semua. Sayang uolls..muah..muah..muah...♥♥♥...

Tuesday, December 21, 2010

♥ AMieRa's WeDding..♥♥♥..

Posted by Cik Sue at 4:13 PM 2 Komen Yang Terbaek
Salam sweet sour teman² blogger semua. Lamanya tidak bersiaran, windu rasenye hendak mencoret rasa di sini ^_^...Hujung minggu lepas aku agak sibukkerana menghadiri majlis pernikahan dan persandingan anak saudara aku di Wangsa Maju. Walaupun banyak bicara hendak diluah tapi mood untuk menulis sangat la 'zero uhuhuhuh...So jom ler kita terjah gambor² yang sempat dirakamkan tapi sayangnya gambar persandingan di Kampung Pengantin tidak sempat aku rakamkan alahai mak sibuk Nyaaahhh....
Majlis berinai..heheheh la anak sape nie...
Ini ler dia tukang buat inai, namanya halamak lupa arrr...I'm sory tapi kedai dia kat Plaza City One Jln Tar.. Nama kedainya kalau x silap la yea:SHREEYAASHA Hair & Beauty Herbal Centre.
Taaaraaa..itu dia inai di jari telah siap tunggu masa jer nak kering...nice
Pose dari bakal pengantin dan Arissa...
Hokey sekarang kaki plak yea...
Bersama adik pengantin perempuan..En. Boboy
Keluarga dari Melaka..Farah, Fatin, Nadia dan Hanif sedang menjamu selera...makan..makan..
Laaaa aikkk keluarga nie sibuk jer nak interframe gakkkkk...hahahahah..
Sedang di solek oleh mak andam..Auntie Midah..Eh!! btol ker nama mak andam tue erk??..Sehari seblom majlis mak andam nie sibuk dgn shooting di RTM, rancangan live bersama Zamzarina "Apa Kata Wanita"..Sib baik x arie ahad yea long klau x m.sue jer la yang tepek muka ko tue heheheh....
Hantaran dari pihak perempuan..Merah itu menawan....
Dia niekan memang x reti dok diam...Hadoyaiii dia minum kat pelamin plak daaaaaa.....
Orang kuat majlis..Si Hitam Manis Aleesya, Mak Long, Mak Lang dan Angah Boboy...
Mak Lang 'wit' my daughter Anom Suraya Roshidi
Heheheh..alahai makcik² nie pun sibuk gak nak interframe...
Orang kuat majlis Mak Long and Mak Ngah Anie...
Pihak pengantin lelaki datang dari Sg Petani Kedah..Halamak jiran cheq la nooo...
Debaran seorang lelaki...menunggu untuk di ijabkabulkan dengan chenta hati
Membaca taklik selepas sah acara ijabkabul...
Seri pengantin..Nurul Amira Lop Khairul Azman
Termeteri la ikatan sah sebagai pasangan suami isteri antara Ahmad Firdaus Hamid dan Nurul Amira Lop Khairul Azman pada 19 Disember 2010 jam 11 pagi. Doa dari M.sue semoga Mira akan menjadi isteri yang soleha, dan moga² rumahtangga yang dibina ini akan terus mekar, segar mewangi. Amin.
 

HidUp KeNA sLamBer Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei