Friday, May 27, 2011

Akademik

Posted by Cik Sue at 8:44 AM 7 Komen Yang Terbaek
Assalammualaikum & selamat hari Jumaat kepada semua rakan² blogger yang cantik manis. Heheheh. Hadoyaiiii lama betul aku x bersiaran, nak hupdek story mory no time uhuhuhu, since my office tengah develop new system and aku plak kena take part, so hari² terpaksa balik lewat. Balik umah plak dah letih yang terbayang dimata daku hanyalah bantal dan tilam jer zzzz huahuahua. 2-4 arini nie plak, tenet kat opis buat hal sekejap ada sekejap ghaibbb..Aduh!!!! Hendak buat lawatan ke Vlog kengkawan pun asyik tergendala, Alahaiiii. So today apa cite yea! cer cite..cer cite..Hahahaha..Nak cite ape yea??? Alahai tetiba bengap la plak heheheheh. Ceeeh! Hujung minggu aritu aku ke Jusco Setiawangsa Au2 Keramat, niat dihati nak membeli grocery. Masuk jer pintu anak aku terus tunjuk kedepan. Wei pehal la plak budak nie??? Ek eleh!! Oh iyea lupa plak yang Aeon Setiawangsa adalah penaja utama rancangan realiti nie. Masa nak masuk parking pun dah ada promo, masuk dalam Aeon lagi la sana sini promo tentang rancangan realiti nie. Nak x nak aku pun singgah gak ler ...Jom kita sesama menjengah ke sini.....
Menuju puncak gemilang cahayaaaaaa. Bersama janji azam sejati..Pasti berjaya!!
Tengok dalam TV cam beso jer tempatnya bila tengok kat sini, laaaa kecik jer ghopanya...
Pintu masuk ke Akademik...Aikkk mana pi semua orang nieeee..
Banner kata² semangat untuk peserta AF di gantung di luar pintu masuk utama Akedemik
"Go Fina Goooo..."(tapi aku tatau mana satu Fina nie hehehehe)
Sekaaaali tue ini daaaaaa!!!!...
Sorry yea Arissa ini AF yang terakhir, no more AF...Amiiiiinnnn...

Seriously, untuk musim yang ke 9 nie aku lum pernah tengok konsert deme lagi and peserta²nya pun, sorang haram aku x kenal. Dulu² suka gak nak tengok sape masuk, sape kuar tapi sekarang nie langsung x ada hati nak tengok. Agaknya faktor umur kot sebab sekarang nie aku lebih suka layan Maharaja lawak hehehehe apa pun x boleh!! hahahah...Apapun all the best la pada semua peserta. Satu harapan, satu tujuan mengubah impian menjadi realiti...Owh!!!

Friday, May 20, 2011

Singgah jap...

Posted by Cik Sue at 8:42 AM 11 Komen Yang Terbaek
Selamat pagi sayang..heheheh wah² bukan main lagi yeaaaa!! Opppsss sebelum tue assalammualaikum kepada semua rakan² blogger yang cantik menawan. Arini just nak share cite pasal pasar malam...Selalunya pasar malam yang paling forfular kat Jln Tar jer yang aku tau!. Menarik, tertarik memang the boom hehehe. Kali nie aku terjah Pasar malam di Setiawangsa Au2 Keramat. Sejak awal tahun lalu, kalau malam minggu memang di sini ler tempat aku merambu, ala² berdating gitu! Ahaks! Pasar malam nie sama jer cam kat Jln Tar, biasa la jual baju, permainan, makanan dan macam² ada. Sambil jalan², kami jeling² naik juling mata hehehehe. Akhirnya kami singgah satu gerai brother yang jual mee dan sup. Terliuq la plak bila tengok sup dari periuk beso yang berasap². Jap erk nak pk sat orang diet leh makan sup kan..kan..kan..Hehehehe. But seriously soup brother nie memang marvellous 100% recommended. Betul x cik rin. Lagi satu yang buat aku berkenan, pasal semua peralatan yang digunakan nampak berkilau² naik silau biji mata aku hehehehe..Tapi x tahu ler kalau berkilau kena sinaran lampu neon kiri dan kanan...ahakssss
Tokeh gerai yang pemalu...Hmmmm!!
Pilih..Pilih..Pilih..klau BSB yang order mehoon sup kuah lebey!!! Ahaksss jgn mara yea BSB!!
Tuuuuuu dia daging, ayam , limpa, perot apa lagi aku pun x tawwww....heheheh
Mari rapat mari!!..mee sup ada, mehoon sup ada, kueh teow adaaaa..macam² ada...
Lepas membeli belah kami lepak sambil makan bekalan yang dibeli (uuiiisk ayat poyo..!!) di Jusco Setiawangsa sambil melihat ayor pancut dan lampu² alah² I-city...uhuhuhu
makan apa tue nak sikit bole!!
Apa motifnya ambik gambor pelestik nie..?? Motifnya...Sengal!!! Ahaksssss

Acually pasar malam nie bersebelahan dengan Jusco Sertiawangsa di Au2 Keramat. Dulu Jusco nie tidak lah seforfular mana pun tetapi sejak dua menjak nie dah jadi TERsangat la forfular..Sebabnya jeng..jeng..jeng..lain kali ler aku cite sebab apa yea!! Tapi rasenya ramai dah tahu sebabnya kan. Wokey ler kengkawan tue haaaa bos aku dah menjeling kang x pasal² juling terus jadi macam Fatimah Juling plak heheheh. Terima kasih kerana sudi membaca coretan merapu aku di hari jumaat ini. Panjang umur kita jumpa lagi yea...! InsyahAllah. Sayang u ollz...♥♥♥ ...

Wednesday, May 18, 2011

Pusat Sains Negara

Posted by Cik Sue at 2:14 PM 10 Komen Yang Terbaek
Hadoyai lama bebenor awokk idak mengemas rumah, atenye arini awokk cuba ler nak mengemas bagi cantik umoh awokk nieee. Ahaksss!! Hujung minggu lepas sempat ler awokk membawak Charlies Angels berkunjung ke Pusat Sains Negara, itu pun setelah beberapa kali tertangguh heheheh. Sibuk benenor bebudak nie nak menengok Dinosaur. Al maklum laaa zaman deme mana ada dinasour. Ate zaman aku ade ker dinosaur???? Confuse plak aku nieeeee. Apa pun moh ler kita layaaannn charlies Angels CS ke Pusat Sains Negara....zzaaaazzzz
Kedatangan kami disambut mesra oleh 'emooooo' - Iiiissskk mana pulak si Nemo nie nyorok...uhuhuh
Sebagai bukti kami di sini...Ek eleeeehhh...poyosssss!!
Jeling² nape takut jaws makan keeeerrr...
Arissa & Alliya...before kebaaaabooooommmmm.....
Ada sesape nak buat model iklan ubat gigi x??..ape ker namanya dinosaur nie, x hengat laaaaa...

Ateeee tingginye leherrrr....
Bebaik Kak Ngah kang kena ngaaap ngan dinosaur!!
Awat jauh sangat kak ngah!!. X ada maknanya dinosaur tue nak makan hang...
Wah! tadi bukan main berani lagi kome ber 2 yea, pas tue menangis la pulak. Hadoyaiii itu pun takutt...
Model bagaimana arus elektrik dialirkan ke KLCC dan sekitarnya
Do re mi...banyak ler ko punya do re mi Cik Anom Suraya oiiii!!
Arissa dah macam Little mermaid di dasal laut...hehehehe"maaaa abik gambar atek kat cini"...alahai anak omak!!
Pak encik sedang melayan charlies angles... Anom nak tembak dinosaur ker tue??
Lepas tue kami sesat kat sini...Uhuhuhuhu....Seharian di PSN memang sangat teruja dan menyeronokkan walaupun kaki nie rasa mcm nak tercabut, jalan pun dah mcm kingkong jer, lelebih lagi melayan kerenah charlies angels. Kalau x ditahan mau abis satu PSN nak di redahnya. Alahai nak oii cukup ler tue esok² kita sambung lagi erk, tapi esok² tue bila lagi yea?? Hehehe. BSB cepat bawak anak² ke sini boleh kita share cite, kan ker ini first time kita ke PSN heheheh..Itu pun sebab anak² nak pegi kalau x jangan harap la nak sampai ke PSN..Teruknya aku nie erk!!!..Heheeheh what ever la janji aku dah sampai ke PSN. BSB bila lagiii daaa...

Thursday, May 12, 2011

Under Construction..:-(

Posted by Cik Sue at 2:17 PM 5 Komen Yang Terbaek
Gambar ihsan dari pakcik google

Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari Ibu

Posted by Cik Sue at 10:54 AM 12 Komen Yang Terbaek
Assalammualaikum dan selamat berhujung minggu. Tentunya rakan² semua sibuk dihujung minggu ini. Sebabnya!!! Alah x payah lah CS nak bagitau nape, rasenya sudah terang lagi bersuluh hehehe... Hari Ibu laaaaa. Sebenarnya sejarah hari ibu ini bermula sebagai perayaan musim bunga bagi orang² Greece, iaitu sebagai penghormatan kepada Rhea, ibu kepada tuhan mereka, di England ia dirayakan pada hari ahad keempat setiap Lent. Lent adalah masa selama tempoh 40 hari samaada dalam bulan Feb or March. Oleh itu kalau kita nak sambut hari ibu ini, kita sambutlah kerana ibu kita bukan disebabkan perayaan mereka yea kengkawan!! Heheheh. Betapa indahnya perasaan menjadi seorang ibu, tidak tergambar dengan ungkapan kata². Tapi bila anak dah beso x mendengo kata bole jadi heart attack dibuatnya. Olalalala!!! Ada yang bole meroyan tahap superwoman!! Tetapi itulah hebatnya kuasa seorang IBU! CS terpikir macam mana ada insan yang bergelar ibu sanggup membuang dan mendera zuriat mereka. Tidak terpikirkah mereka yang di luar sana masih ramai lagi orang yang tidak ada mempunyai anak sedangkan mereka senang² membuang anak ditepi longkang menjadi habuan makanan semut. Uhuhuhu....
Kepada mereka yang bergelar MAK, IBU, MAMA, UMI, dah yang seerti dengannya, CS ingin mengucapkan "selamat menyambut hari IBU semoga kita semua akan menjadi ibu yang terbaik untuk dicontohi oleh anak²....untuk arwah Mak Puan Hajjah Rabiah binti Md Lajam. Terima kasih di atas segala pengorbanan yang telah emak lakukan selama ini untuk membesarkan kami walau tanpa ayah di sisi, sehingga kenafas terakhir emak. Semoga emak tenang dan ditempatkan bersama orang² yang soleha dan dirahmati OlehNYA. Hanya doa yang mampu CS titipkan pada Hari yang istimewa ini. Istimewa juga untuk ibu mertua CS, Puan Romi binti Tahir, semoga sentiasa beroleh kesihatan yang baik dan lindungi selalu OlehNYA. Kepada yang masih mempunyai emak hargai dan jangan sesekali menyakiti hati mereka walau sebesar zara sekalipun. Ingatlah segala pengorbanan mereka kepada kita. Semoga kita juga akan menjadi anak yang baik kepada ibu kita. Sekali lagi CS ingin mengucapkan "Selamat hari ibu kepada anda yang bergelar IBU..."....Sayang uollzzzzz.. ♥♥♥...

 

HidUp KeNA sLamBer Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei