Monday, September 30, 2013

Happy Belated Birthday To Me...

Posted by Cik Sue at 4:29 PM 2 Komen Yang Terbaek



Assalammualaikum kepada semua yang sudi singgah di sini, apa khabar rakan² alam maya aku hari ini, pasti sihat kan. Alhamdulillah syukran kepadaNYA kerana memberi kita kesihatan yang baik. Amin. Lately nie aku agak busy (sejak bila aku nie pernah x busy kan hahahah). Iyealah kan dalam 1 hari ada 24 jam so dalam masa 24 jam tuh macam² boleh berlaku kan. Tengah² baik tetiba boleh plak mood tersentap kuar, tengah² dok bergelak gedik tetiba mood bertukar terasa, tetiba nak jadi gaban plak kan!. Pitam. Kengkadang kita x perasan kita telah tersakiti hati orang lain. Tapi itukan asam garam dalam sebuah kehidupan baru ada pahit dan manisnya. Pengalaman membuat kita menjadi bertambah matang bukan gitu kengkawan. Hahahah!! Gasak ko le Cik Sue oiii...
Dalam kesibukan ini, aku mencuri sedikit masa untuk melahir dan menzahirkan ucapan Terima Kasih aku kepada semua sahabat², kawan², anak² sedara atau sesiapa sahaja yang telah menitipkan ucapan Selamat hari lahir aku pada 20/09/2013 - Jumaat 2 minggu lepas , memandangkan hari ini adalah hari terakhir bulan September. Kalau aku x ambik kesempatan ini maka aku terpaksa tunggu tahun depan. Tahun depan entah ke aku ni sihat ke tidak  lagi nak menaip, ntah ke ada ntah ke idak lagi, semua kerja Allah s.w.t kan. Walaupun ari nie aku memang sibuk bangat tapi aku tetap nak tulih gak ucapan terima kasih aku pada korang. Apa la sangat sekadar satu n3 ucapan Terima Kasih aku kepada Anda semua yang telah bersusah payah mengingati hari lahir aku (walaupun kat FB dah bagitahukan hehehe).  Walaupun mata bos tengok aku dah macam mata petai  yang jual 3 papan 5 hengget kat Chow Kit tuuu dok menjeling aku, ada aku kisah!!! Nasibla dapat staff macam aku nie hehehe. Tapi aku tahu bos aku tu marah² sayang dengan aku nie. Atê aku kan staff kesayangan dia. Ahaks! Eh! Iyea ker, since when??? Semalam kot!!... Apa pun x bole!. 
Terima kasih kepada semua yang sudi memberi ucapan x kiralah melalui medium apa sekali pun. WhatsApp 12 midnight, Face book all the day, Twitter and what ever laaa!! Sesungguhnya sangatlah terharu, terasa semakin tua dah aku nie, terima kasih kerana masih ada yang yang mengingati. Hadiah!!! Alah x payah nak hadiah² bagai dah tua puuun tapi kan last year i get new handphone Samsung S3 red color. Awesome :-) love it!!! OOpppsss forget about it, it's happen last year ok!!! Apa pun semuanya sudah tertulis seperti kataNYA "kun fa ya kun". Selamat hari lahir kepada diri aku sendiri :-) semoga aku akan menjadi hambaNYA yang terbaik walaupun tidak setanding dan sehebat Siti Khadijah dan Siti Aisyah. Kepada kawan² terima kasih sekali lagi.  Thank you everyone for all the birthday wishes & prayers, feeling great surrounded by nice people like u al and have a nice day...Selamat hari lahir Cik Sue. See U next n3 In Shah Allah....Love Uollz...


~Love~
Cik Sue

Wednesday, September 18, 2013

Selamat Tinggal Sec 14 P.Jaya

Posted by Cik Sue at 6:10 PM 3 Komen Yang Terbaek
 Utusan Media Sales Sdn Bhd - Kewangan  & Pentadbiran 
At Sec 14 Petaling Jaya sentiasa di hati....

 Assalammualaikum, fuuuh!! berpeluh nak menyiapkan n3 kali nie. Beberapa kali tertengguh dek kerana emosi yang tidak menentu. Okay bagi tidak menghampakan permintaan "silent reader" yang minta aku membuat tribute to UTUSAN MEDIA SALES SDN BHD at Sec 14. Tribute ke??? Layan je laa. Yang benarnya daya kekuatan untuk aku menyiapkan n3 kali ini agak terbatas dan terbabas :-). Sememangnya beberapa kali menaip aku terhenti menyenang susah senang di Section 14, Petaling Jaya selama lebih kurang 20 tahun di sini. Emo giloooo's sioot!! Mana x nya seribu satu macam rasa dan rencah ketika aku di sini. Suka duka, masam manis, pahit payau, gembira saling bertaup bersimpul mati dalam diri  aku. And best part di sini lah bertemu jodoh bersama Pak Incik hahahahah!! Poyoooo x...Ada aku kisah, nak gak tulis, tapi jangan kengkawan x tahu yea bukan aku sorang je bertemu jodoh di sini ramai lagi kengkawan lain tau contohnya BSB dan Mr. Brown..hahahaha ada lagi ...Ada 2-3 'silent reader' aku yang bertemu jodoh di UMES. Meriah kan!! Itu  baru bab jodoh belum bab lain² tau!!! Sec 14 nie boleh dikatakan one stop center, everything u can fine at Sec 14. Dah mcm "tag line" plak hahahaha Kedai makan bersepah², mamak conner 24 hours kalau korang ingat kisah pemandu mabuk langgar pembahagian sehingga menyebabkan kematian sorang pelanggan di kedai Mamak Jamal. Sec 14 la tu, lagi satu kes Jaya Supermarket runtuh menyebabkan kematian pekerja indo, Sec 14 la tu, nak ke bank kiri kanan ada bank duit je yang x ada Hahahaha!!! Mc'd, KFC, pizza sebut je nak apa semua ada...Glam x...:-)
Bila memo pertukaran naik kat papan notis semua muka dah macam tertelan ubat gegat  je aku tengok. Especially my bos. Udahlah notis perpindahan naik masa bulan posa, terus potong mood nak beraya. Itu pasal la baju raya aku tahun nie jadi carca marba. Motif...? Sengal la tu ...Hahahah. Aduhai!!
Ramai yang kata aku la manusia yang  paling happy coz new building nearest my house. OMG!! for the first sight maybe i like but dalam hati x siapa yang tahu kan melainkan Allah s.w.t  yang maha mengetahui.  Actually nak kata aku suka sesangat tak jugak nak kata x suka x jugak. Susah aku nak describe my feeling masa tu. Seriously berkecamuk. Suka x suka kehidupan harus diteruskan jugak. Betul x. 20 tahun mengharungi suka duka di Sec 14, P.Jaya adakah dengan mudah untuk aku  melupakan semuanya. But i hope new surrounding can helped me towards a gud!!! betul ke ayat aku tu...Hahahha..
 Jabatan Kewangan Utusan Media Sales Sdn Bhd, seminggu sebelum pindah. Uwaaaaa...bagaimana hendak kubawa hati yang lara ini....
 Ruang santai kami di tkt 5, di sinilah tempat kaum wanita bersantai terutama hari Jumaat. Sambil borak² kosong mengisi waktu terluang sehingga jam 2.30 ptg. Maklum la 20 tahun dah kat Sec 14 tu sampai tumpul idea nak pi mana. last² di sini lah kami melepak. Sambil melepak sambik sok sek sok sek kan..kelas ko Jaaah!!!
 Haaaa...Jangan x tahu ini adalah ruang yang paling disukai oleh kaum wanita tkt 5, klau  dah masuk ke sini, Jangan harap nak keluar awal yea,  paling awal pun1 jam yang lelaki pun sama naik jugak..Ruang Gossssssiiiiiip...!!! Hahahaha terbaik sambil makan sambil bergosip silap ari bulan tergigit lidah. Padah muka ko Jah ooooiii...Really miss this place!!! Uwaaaaaaaa....
 Yang lelaki plak, di sinila tempat mereka melepas lelah...Jari ngan mulut sama naik..Alahai!! Now papan carrom nie dok tersadai dalam store kat CSL...Apa bole buat daaaa..
 Miss a lots this road....hahahah hambek ko sampai jalan pun ko nak rindu gak ke...Agak² laaa wei. jiwa kacau mcm nie laaaa.. Sometime aku skodeng Mat² Bangla or Nepal balik dari korje saja cuci mata mana nak tau kot² ada yang rupa cam Salman Khan ke Amir Khan ke Hahahaha...Pitam!!!
 Panorama dari tkt 5 bangunan UMES di Sec 14. Aduhai i really² miss this place. Andai dapat ku undurkan putaran waktu pastinya aku tidak ingin semua ini berlaku...Peerrrrgghhhh mmg sengal kan...
 Muka x bole blah kawan aku sorang nie. Dia la orang yang paling² x suka nak pindah...Packing barang pun macam nak masuk dalam kargo nganto ke Zimbawe jeee.."Tuhan tolong lembutkan hati aku, untuk terima ini seadanya..." Klaula BSB ni ada kuasa magis confirm dia akan berhentikan masa supaya semua ini tidak terjadi...BSB redhakan semua ini, kerna setiap apa yang terjadi ada hikmah yang tersembunyi, In Shah Allah ada jalannya...Peace yoooo!!! Kot yea pun ko mara jaga le sikit meja aku tu wei!!...Heheheh!!!
 Klau tadi ada orang yg paling x suka sekali nak pindah  kali nie lain plak ceritenya, My bos la orang yang paling excited gila nak pindah, x sabo², pagi notis naik tenghari terus berkemas, Iyealah 20 tahun dah mengharungi jammed kat Federal kali ni nak rilex la plak atê umah ke opis sepelaung jeeee...Akhirnya dapat jugakla apa yang diimpikan oleh yea En. Norman. :-)...
Motif gambar umah nie. Jangan x tahu owner umah nie suka komplen, kami warga UMES memang band Nyonya nie. Ada je yang x kena, yang bole layan dia cuma Mr.Norman sorang jeeee...Lagipun Nyonya nie "Intanku Kesepian"....ngengengeeeeeee
Kotak Parking 38 memang selalu jadi rebutan tapi sorry haaaa walaupun x ada tulis nama aku tapi pada dasarnya ini tempat aku yang punya...Depan mummy belakang combi punya noooo!!!! Saman MBPJ bila mau bayaaar haaa...Kasi tunggu MBPJ buat sale 50% off, baru kami datang bayoooo...Ahaks!!

Fuuuhhh gila panjang n3 aku kali nie. Gitu le bila dapat aku melempiaskan segala yang terbuku selama sebulan nie. Wah!! Pejam celik pejam celik dah sebulan kami warga UMES pindah ke Chan Sow Lin. Memang lain benor suasana kerja di Sec 14 dengan di CSL nie. Klau dulu  kat Sec. 14 kami² je bila dah dok satu bumbung dengan mak bapak nie lain plak kerenahnya. bak kata arwah pakcik Astro tu macam² adaaaaaaa... Seribu satu macam daaaa!! Kalau ikutkan ati aku nie aku mmg nak tulis macam² tapi disebabkab kesuntukan masa ini je la yg dapat aku hasilkan buat pembaca senyap aku. Kepada yang singgah di blog aku nie terima kasih tidak terhingga kerana terus membaca coretan merapu aku nie. Terima kasih kerana masih sudi lagi singgah di sini. terima kasih jugak kerana terus menyokong aku (ada keeer,,,) Love Uoolzzz...Ocne  again thank you so much my dear friends semoga ALLAH s.w.t  terus memberkati persahabatan kita di sini amin......Sayang awak semua and Assalm.................


~Love~
Cik Sue

Tuesday, August 6, 2013

Selamat Hari Raya 1434H

Posted by Cik Sue at 8:38 AM 2 Komen Yang Terbaek

Assalammualaikum dan selamat berpuasa hari yang ke 28. Semoga semua amalan kita diterima olehNYA. Kepada para pembaca blog Hidup Kena Slamber, aku ingin mengucapkan Selamat menyambut hari raya Aidil Fitri Maaf zahir dan batin. Kepada yang memandu untuk pulang ke kampung halaman, selamat  memandu dan berhati-hati di jalan raya. Selamat Hari Raya.....

Monday, July 22, 2013

Ramadhan Ku

Posted by Cik Sue at 3:11 PM 1 Komen Yang Terbaek
Assalammualaikum dan Salam 13 ramadhan. Diam x diam dah separuh perjalanan ramadhan tahun 1433H  ni kan. Alhamdulillah ALLAH s.w.t mempermudahkan segala urusan aku di bulan yang mulia ini. Lama jugak x update blog lately nie agak busy, sampai ada sorang 'stalker' nie terlepas cakap ngan aku,  nape lama bebenor x update blog...Walaaa x sangka blog aku ada 'stalker' gak peeeewwit. Hari nie nak cite pasal persiapan raya , dah dekat nak raya nie kan confirm la kita dah  prepare sikit² kan..Aku??? Jom ikuti perjalan ramadhan ku kali ini....
Tahun nie aku memang kurang buat preparation  for raya dan rasanye ini adalah kali ke 3 aku langsung x buat apa². Tahun pertama dulu masa arwah mak dan akak pergi 2006. Masa tu  mood aku ke laut dalam terus. Satu benda pun aku x buat, baju pun pakai raya yang tahun lepas je. Mood  beraya jadi zero mungkin masa tu kalau diukur melalui temperature suhunya menjadi  -20° beku. Selalunya aku la orang yang paling busy call mak dan akak tanya nak beli  langsir, sarung kusyen, lapik meja even lapik kaki depan bilik air pun aku yang tentu kan. Dan semua tu menjadi rutin kerje aku setiap kali nak sambut hari raya, and the best part aku ngan arwah my sis akan shopping barang rumah mak sama², sambil tu aku selalu menyelit barang aku gak but arwah my sis x pernah berkira, dia bayar je walaupun dia tahu barang tu aku punya dah kata adik bongsukan kalau aku x paw bukan si bongsu la namanya  hahaha!! Yeah I really missed that sweet time with her!! Ya Allah kuat kan aku Ya Allah!! Bila arwah ber 2 dah x ada aku rasa sangat² sepi dan kosong. Aku cuma ada mak je sebabnya my dad pass away since aku dalam kandungan mak lagi, so hanya mak je la tempat aku bermanja dan mak lah segalanya buat aku. Bila mak pergi pada 8/03/2005 ibarat separuh nyawaku turut pergi.  Setiap kali datangnya ramadhan aku jadi terlalu rindu tradisi kami berbuka puasa beramai² masa nie bukan hanya keluarga kami  je tapi semua sepupu² sepapat cucu cicit mak turut sama memang meriah sungguh masa tu, tapi paling x best masa nak kena kemas kan. Masa nie aku le yang suka menggelak hahahah and my mum mesti backing aku kalau aku x nak kemas. A'te anak mak kan hahahha..Really missed that time!!! Ya Allah kurindu suasana yang hilang.. kurindu wajah yang pergi.
Bila mak dah x ada persiapan raya aku pun jadi huru hara,sampai ke baju anak² pun aku x beli. Memang sedih gila masa tu aku jadi down abis. Tapi iyealah yang pergi tetap pergi sebagai anak dan adik aku hanya mendoakan yang terbaik untuk arwah. Kemudian  tahun 2010 pun x ada preparation untuk raya. Masa nie plak carca marba jadinye. Baju anak² main beli ikut dan je, baju Pak Incik plak bukak cupboard okay mari kita tengok baju Melayu mana yang dah lama x pakai sib baik la dia pun x banyak songeh. Hahahah!! Tang aku plak nasib baik la ada insan yang sudi menaja baju raya aku (peerrrgh pakat mcm retis plak!) alhamdulillah ada la baju baru. And once again tahun nie x prepare jugak, ntah kenapa plak tahun nie aku x terasa nak bertema bagai, klau x dulu, x bole blah mesti nak sedondon bagai di pagi raya ayoyoyoyyo....Kali nie lantak ko le janji hado heheheh bole..Agaknya faktor umur dan keadaan menyebabkan keghairah untuk hari raya tu semakin menipis, mungkin la kan  taaaapi kalau dah namanya pompuan kan kata x raya tu mmg tipu la, alih² dalam sibuk x ada tu aku tengok ada gak aku jubah baru, hahahahah mak oooiii sempat gak sambar jubah. Alhamdulillah lepas tu ada plak yang sudi berzakat dengan aku nie kata anak yatim piatukan  haruslah ada yang sudi menghulur. Amin dapat la lagi sehelai jubah. Ok itu bab baju, sekarang masuk bab kuih raya plak. Kuih raya pun sama kekononnya x nak order banyak tapi bila orang order aku pun sama naik bila dikira² balik hamboii listing dah mcm taukeh kuih raya plak aku nie. Apa daaa...Hahahha...
Tahun nie sama seperti 8 tahun yang lepas, pagi raya haruslah beraya dengan my MIL and FIL dulu, lepas solat sunat Aidil Fitri baru le aku and family balik Melaka. Kalau ikut anak² memang la dorang x nak raya kat KL katanya hari² dah dok KL raya pun di KL bosan!!  Tapi dah Atuk and Nenek sebelah ayah ko ada lagi nak oii  elokla kita dahulukan mereka. Hahahaha!!! Mama nie teringin gak nak jadi menantu mithali.. hehehe Aduhai...
Oklah cukup sampai sini aku membebel kang lelebih terbatal plak puasa aku x pasal² dah bertambah puasa ganti aku sok. Kepada pembaca yang singgah lalu di sini terima kasih kerna membaca. Andai kata ada tercuit dihati aku pohon kemaafan. Istimewa untuk 'stalker' yang dah x jadi 'stalker' tu ini lah ceritera aku di bulan ramadhan, In Shah ALLAH jika ada kelapangan sebelum raya aku akan update lagi...Selamat berpuasa..Semoga jumpa lagi...ASSALAM  love uollzzzzzzzzzzzz.....

Hehehe...ehsan dari pakcik google....

 ~Love from~
    Cik Sue


Tuesday, July 9, 2013

Salam Ramadhan 1433H

Posted by Cik Sue at 6:36 PM 1 Komen Yang Terbaek

Assaalammualaikum, alhamdulillah ramadhan datang lagi. Kepada kawan² semua aku mengucapkan "Selamat menjalani ibadah puasa. Moga tahun ini lebih membawa keberkatan dan kerahmatan buat kita semua. Salam Ramadhan 1433H...♥♥♥..."

~Love~
Cik Sue

Thursday, June 27, 2013

Sport Day Convent Bukit Nanas 1

Posted by Cik Sue at 6:43 PM 1 Komen Yang Terbaek



 Assalammualaikum dan selamat petang. Alolo...kan dah kata aku terlena sekejap. Mood nak update blog x mari lagi. But I have to do, promise is promise kan!!. So today I' m happy to share story about sport day CBN 1. Tulah hari tu berjanji sakan tapi bila  sampai masanya nak update penyakit M datang menyerang. Alololo so sad...Last saturday nak x nak terpaksa gak pi CBN 1 punya sport day, ialahkan ini kali terakhir aku menghadiri hari sukan CBN memandangkan yang Alliya now standard 6,  next year dah form 1. Owh! cepatnya masa berlalu. Mak dah tua Nyah ooiii.. ●_●. Hari tu memang kami sekeluarga awal, sebabnya  parade bermula kol 8 pagi katanya so this time aku x nak terlepas parade sebab last kan, after this x tahu bila lagi dapat tgk parade kat CBN, walaupun cuaca berjerubu tapi kami tetap bersemangat...Kami ingat kami dah awal jam 7.25 pagi dah terpacak di CBN rupanya dah ramai daaah...X caya tengok je la deretan kereta tuu..!! Hampeeh!!!...Terpaksa la menapak. Tu dia deretan kereta dah berbaris panjang auwww.  Jom follow aku skodeng CBN 1 sport day...

 Before kita bersorak bagai baik kita isi perut dulu...seriusnya Pak Incik bincang apa tu...
 After breakfast kami pun pi cari Alliya, rupanya dah siap masuk barisan nak mula parade dah..Wala lawak la rupa ko K.Ngah...Misai kontot mcm Hilter laaaa...hahahha
Are you ready girl... Parade for Tun Fatimah Houz....
 Puteri² pembawa sepanduk rumah² sukan...Tun Fatimah, Dang Anum, Tun Teja dan Mahsuri...
... cumei kan "So sweet"...●_●
 Pakaian bagi Parade setiap team houz...memang terbaik la...Cumei kan rumah Mahsuri punya dress up ala²  bug bunny cuma bunny'nya color blue hehehe...Rumah Dang Anum seperti biasa la meletoops!...Siap dengan persembahan "Opp gangnam style"...hambik ko bergegor pakcik Askar nak menilainya...Dan apa yang menariknya tahun nie Parade diadili oleh Pasukan Tentera Darat Di Raja Malaysia. Ko hadoooo..!!☺☺. Disebabkan tahun nie x ada cheerleading, makanya acara perbarisan dimestikan membuat persembahan beragam...Masa parade x sempat nak snap pic sebab Cik Senah buat hal gggrrrmm...
 Yang ini aku mmg x bole blah...Last year dia dok mengangkut bear beruang pi sukan, tahun  nie dia angkut  tweety bird and color book pulak daaa ayoyoyo...●_● pengsan!!! Siap dia bantai  main pondok² kat tepi padang!!! Anak sape la nie...Pak Incik tolong jawap!!!
 Tahun nie x ada cheerleading tapi ada persembahan "Mass Drill" dari puteri² CBN 1 sempena dengan SUKMA...Risik² rupanya dorang x sempat nak training for cheerleading disebab sibuk dengan latihan untuk SUKMA. Oooo gitu kisahnya. Seriously sukan tahun nie agak hambar sebab x ada cheerleading. Selama 8 tahun di CBN, tidak pernah lagi acara cheerleading ini di tinggalkan dan satu²nya acara  paling ditunggu² oleh semua yang hadir. Sangat teruja dengan  cheerleading nie, maklum la aku dulu sekolah kampung, mana la orang kampung aku tahu menahu pasal cheerleading nie...Jangan kata nak buat nak sebut pun, ntah  tahu ke idak (masa tu la but now orang kampung aku dah gedevan yea) hahaha...
Senang diri luruskan tangan arahan dari komander pasukan Tun Fatimah harus diikuti ...Smile U on camera!!!
 Anom and the gang tetap memberikan sokongan cuma tahun nie ahli kurang pasal dah ramai adik² dorang ke form 1...Port yang sama saban tahun kan..!!!
 Ayah over la tuwww..Pak Incik pakai baju kuning tanda sokongan kepada pasukan Tun Fatimah...
 Mommy and Arissa  inter frame gak....
 Motif.. Jerubu daaaa!!! ...
 Alahai behave'nya' puteri² Tun Fatimah nie...Dok diam dalam khemah...Kalau kat SKSBS ari tu berterabur macam anak ayam jeee...OOppsss!!!
...Urban x gaya Mak....Urban tu ape??? X ada kena mengena okay, kihkihkih sengal...As usual nak jugak inter frame bersama budget feeling² pulak daaa...☺☺☺

Cuma aku x sempat nak snap gambar Alliya lari disebabkan cuaca yang berjerubu maka aku duduk di dalam khemah secara jemaah heheheh. That's why a lot of pic   x cover so sad dah la tahun akhir. Tahun nie team Mahsuri makan spaghettispaghetti okay, team Tuan Fatimah plak colonel burger  from KFC  hamboi mewah sungguh makan korangkan erk!. Team Tun Teja dan Dang Anum aku x sempat nak jeling. mata dah berair kepala dah berpusing. Berakhirlah sudah temasya sukan sekolah anak² aku, cuma si kakak je aku x pi, alah dah beso kan lagipun sekolah Menengah punya sukan x semeriah sekolah rendah. Budak sekolah rendah cumei² ☺☺☺....Seronok tengok dorang rasa nak cubit² je pipi deme nie. Tahun depan x ada la lagi story pasal sukan CBN daaah...
Terima kasih kepada tenaga kerja dan puteri² CBN kerana sukan yang sangat meriah ini maka dengan ini secara rasminya aku menutup temasya sukan Sekolah CBN 1 hehehehe! Apa pun CBN THE BEST.. Again congrat to all CBN team, moga CBN 1 terus maju jaya dalam apa juga bidang yang diceburi.  Terima kasih juga kepada semua yang singgah di sini. Harap kita akan berjumpa lagi sayang awak semua...♥♥♥


~Love~
Cik Sue

Saturday, June 15, 2013

Hari Sukan Sekolah Cik Senah - SKSBS

Posted by Cik Sue at 3:48 PM 8 Komen Yang Terbaek
Assalammualaikum dan Selamat petang semua. Lama plak menyepi kali nie kan hehehe. Bukan apa lately nie aku agak buzy body sikit sebab my office nak renovation moving out uhuhuhuhu. Mood aku dah ke laut China Selatan  nie ialah kan lama aku kat sini, alih² nak kena pindah :-(. Ok x moh suka sangat cite pasal pindah la maybe kalau aku rajin next  n3 will be update :-).
So ari ni aku nak share cite pasal Joyah sport Cik Senah punya hari sport day. Dah lama x update pasal Cik Senah nie ngeeengee!!! Seriously aku mmg sangat teruja nak pi sport day at Cik Senah  School coz ini adalah first time aku attend sport day sekolah  SKSBS, walaupun ini adalah kali ke 13 SKSBS buat sukan ayoyoyo (the previous sekolah nie adalah Bukit Bintang Girl School now ada 2 Seri Utara and  Seri Selatan)ate dah Cik Senah sekolah di  sini kan. Seperti biasalah la kalau x laju lambat bukan Cik Sue namanya hehehe, dari jalanraya dah nampak padang sekolah SKSBS meriah dengan kehadiran parents. Sampai je kat  Padang, semua rumah sukan dah get ready nak mula parade mengelabah babun Cik Senah sib baik jumpa gang yang sama² lewat, ada kawan aahaks!!!. Kalau nak diikutkan memang lain sangat dengan hari sukan di CBN, nie bukan nak compare pun just review jeee hahaha. Kalau kat CBN mmg meriah la dengan parents yang mmg sporting, siap ikut tema baju sukan rumah anak² and sama² take a part dlm umah sukan anak² di SKSBS nie aku tengok parents datang pun simple je tak adalah nak melawan bagai. Makanan yang pihak sekolah supplied pada murid pun simple cuma air kotak laici jenama yeos dan biskut tiger. Kalau kat CBN paling low class pun KFC nookkk!!!. Persembahan pun dasyat ada cheerleading team terbaik laaa tapi di SKSBS juga ada persembahan silat but seriously very good bila aku tengok anak² di SKSBS boleh bersilat bangga aku!!. Tapi x kisahlahkan ikut kemampuan jangan plak kita under estimate pada kemampuan orang lain. Lain sekolah lain caranya kan. Apa pun tahniah kepada Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Selatan kerana berjaya menganjurkan suka sekolah dengan meriahnya,. Tahniah kepada pasukan rumah yang menang dengan gaya. Rumah sukan Cik Senah hhhmmmmmmm!!!! Copy ayat retis Malaysia..."No comment"...Dalam sungai ada buaya, paham² je la yeaaa!!! hahahaha...Jom kita ronda² Sport day Cik Senah...Zzzzaaaaz
 
 Rumah Wira angkasawan aka rumah hijau...
 Rumah Waja bererti  sebuah rumah kereta Merah...Hehehe!! Simple sungguh kalau kat CBN la rumah merah nie lah yang paling tak vogue sesangat..Siap ada lagu gitu!!!
 Ini rumah Satria perkasa hitam hehehehe...Rumah Biru daaaah..rumah yang menang bergaya. Semua acara balapan dorang sapu bersih  guna vacuum cleaner setitis habuk pun x tinggal...uhuhuhu
Haaaa....Ini la rumah sukan Cik Senah...Putra medical centre dalam kata lainnya rumah pesakit Kuning. Kalau nengok kan namanya bukan main GAH lagi tapi hampeeeh bergaya.. Tarik nafas dalam² and lepas...Last place okay..No 4 huahuahua!!!! Letih aku menjerit mcm orang gila meroyan kat tepi padang tu terlompat² bagai kera kena belacan uhuhuhu...Mak over excited :-). X per tahun depan cuba lagi yeaaa anak² rumah Putra...Do the best  Putra can do it ,go Putra go..
  Cik Senah datang awal lambat maka duk belakang yea!!! Dah mcm mandur je Cik Senah ooii..
 Parade berarak keluar padang and sebahagian parents yang hadir  di Sport day SKSBS
 Cik Senah and the gang get ready nak berlari 80m...
 Pemandangan biasa pada hari sukan...Mereka yang berbaju mandi sukan hikhikhik...
 Mari kita sama² bersorak ghumbira memberi sokongan kepada pasukan masing²....
 Cik Senah tengah tunggu gilirin nak ke tandas berlari...dup dap dup dap jantung cik Senah...:-)
 Sok sek sok sek...Cik Senah : "nanti awak jangan lari laju sangat yea...bagi la kita menang"...
Kawan Cik Senah : " Kalau kita bagi awak kalah menang awak belanja kita mkn selama sebulan yeaa"...
Hamboiii x agak² sampai sebulan anak saper la tu...:-)
...Sila jangan merasuah rakan anda!!!!..
 Aik pasal apa semua pandang tepi...Ini acara lari pandang ke tepi ke??..Alahaaai malangnye Cik Senah dapat tempat pertama ke empat nye dalam acara larian 80m nie..Ok Cik Senah sila cuba lagi tahun depan yea...Makanya kita akan kerap membuat larian amal sambil bershopping guna duit ayah hahaha...Pitam!
Mummy Cik Senah pun nak inter frame juga...hahahaha..Dah kalah mari kita balik tunggu pun Cik Senah bukan dapat hadiah kereta besoooo...Walaupun Cik Senah x menang tapi Cik Senah tetap maintain senyum janji Cik Senah happy...

Berakhirlah hari sukan Cik Senah. Minggu depan hari Sukan Sekolah kebangsaan Convent Bukit Nanas Satu. Minggu depan jom kita skodeng hari Sukan CBN plak hahahah...Dengar² tahun nie x ada persembahan dari cheerleading...kenapa...kenapa..kenapa???..Hhhmmm minggu depan kita akan tahu jawapannya...mengapa dan kenapa. Harap² minggu depan aku x  tidor sibuk and mood  jugak tidak ke laut China Selatan so bole la cover story Sport Day at CNN CBN plak...Hehehehe. Salam Sayang untuk semua yang singgah di blog Hidup Kena Slamber..muahmuahmuah ...♥♥♥....


Love from 
~Cik Sue~

Monday, May 13, 2013

Detik 12 malam

Posted by Cik Sue at 9:52 AM 9 Komen Yang Terbaek
Assalammualaikum...Hai guys! cik sue in the  houz  kembali bersiaran lagi. Hamboi galak la plak semenjak 2 menjak nie meng'update' kan!!! Hehehe gitu le tengah ada semangat nie bior kan je le teman nak bercerite kang dan datang angin malas makan tahun le blog aku nie bersawang (menunjukan aku banyak masa terluang yea hahaha) Ok stop membebel! Hari nie nak share cite apa yea..Apa yang hot hujung minggu lepas. Dah tentu la  Hari IBU kan ..Rasenye semua dah tahu kan semalam 12/05/2013 adalah hari IBU. Menurut Ustaz Azhar Idrus melalui laman sosial beliau telah menyatakan bahawa hari ibu yang jatuh pada tanggal 12 Mei ialah hari Mother Crurch/Ibu Gereja Kristian. Jadi sendiri mau ingatlah yea. Tapi kita nie orang Malaysia bila kuar iklan kat dalam paper, majalah, nak plak kat tv mula le tergedik bagaikan, walaupun dah tahu sah2 salah. Haish!! Pak Encik  awal² dah bagi peringatan kepada anak² no more "mother day" tahun lepas pun macam tu gak dia dah ingatkan kami awal² uhuhuhu. Kata Pak Encik kalau nak mother day bole je but no on 12/05/2013 lain hari yea...Ok tolong jangan mendurhaka yea!! Bagus jugak Pak Encik tegas dalam hal nie, kalau ikut aku ..Mak ok je Nyah hehehehe..Gedik's tua x sadar diri tol laa ahaksss!!!. Alhamdulillah anak² pun positif dalam hal nie. Maka tiadalah xtvt yg menarik pada 12/05/2013 selain memenuhi jemputan kenduri kahwin.
And the best part malam tadi my kiddos x tido walaupun jam dah kol 11.30. Pelik plak aku, bila aku tengok si Kak Ngah dah 18 kali menguap tersenggut² menahan mata yg berair...Si kakak steady lagi melayan ipad..Si adik je yg mmg matanya x  bole tahan dah tertonggeng tido siap buat peta  bagai hahahah...Ate yang ber2 nie apa kes??? Heloo sila tido ye esok nak school, bole ke bangun? Akhirnya terlentuk juga la si Alliya atas sofa...Jam 12.15 pagi Pak Encik kejutkan si Alliya suruh masuk bilik tetiba je minah nie menggelupur semacam geledah beg sekolah, apalagi aku ngan Pak Encik pakat gelak la ingat dia mengigau nak pi sekolah awal pagi..Rupa dia cari ....cari...cari apa yeaaa taraaaaaa............
  

Ya Allah!!! seriously  aku sangat terkejut ...Dia hulur kad  dengan mata pejam sambil dia peluk aku dia cakap "mama k.ngah memang tunggu kol 12 mlm (dah pagi nak!!!) sebab k.ngah nak bagi mama kad yang k.ngah buat tuk mama. Ayah ckp x bole raikan hari ibu semalam tp hari lain bole, jadi hari ni 13/05 bole kan mama! Mama selamat hari ibu k.ngah sayang mama. Love U mama (sambil peluk & cium pipi aku kiri kanan) Ya Allah terharunya aku...Ok sangat terharu. Sedar x sedar meleleh air mata aku. Aduh!! Dia nie bab² touching memang terbaik la, memories to be a remember. Anak² nie sangat la jujur dalam kata² mereka nak plak di pagi ari dalam keadaan mamai  alahai sweet la sangat. Ahaks!!!
 Mmg setiap tahun Si Kak Ngah nie kejenye ambik tender buat kad x kiralah kad hari ibu ke or kad harijadi sebab hobi dia melukis yang berdua lagi tu tukang sign jeee laaa...♪♫♪
 Kepada anak² mama terima kasih, mama sayang kalian semua...anak² mama adalah nyawa mama, tanpa kalian bertiga sunyi dan sepilah hidup mama. Doa mama hari² untuk kamu bertiga agar menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia dan akhirat. Bagi mama hari² yang mama lalui ada hari IBU untuk anak² mama.Amin LOVE u my kiddos Anom Suraya, Alliya Sofea & Arissa Syauqina Roshidi. Terima Kasih Sayang ....♥♥♥



~Love~
Cik Sue

Thursday, May 9, 2013

Pesta BUKU

Posted by Cik Sue at 9:48 AM 3 Komen Yang Terbaek

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Hujung minggu yang panaskan...Penuh debaran dan aksi hahahah. Pada yang menang tahniah diucapkan semoga terus berusaha menjadikan Malaysia Negara yang  maju tanpa meminggirkan nilai agama. Kepada yang kalah plak terimalah dengan hati yang terbuka dan berkerja keras lagi. Ok lah kita tinggalkan kisah yang lalu. Ari ni nak cite pasal pesta buku antarabangsa Kuala Lumpur 26/04/2013 - 05/05/2013 bertempat di PWTC. So cuti hari buruh  lepas sempatla melayan kerenah my charlie Angle's yg nak  ke pesta buku, itu pun selepas  depa merenggek². Lagipun tahun lepas aku x sempat bawa mereka pi. Maka tahun nie suka ke tidak  kena bawa juga kerana xtvt ini mmg termasuk dlm senarai lawatan wajib kami sekeluarga setiap tahun. Akceli mood aku dah ke laut,  jadi biarkan lah gambar yang bercerita ahaksss....;-)



Nak sampai ke PWTC mmg hazab la kan , nk cari parking lagi 1 hazab kan, so kita masuk je  parking yang nie 10 hengget... boleh laaa kita layan kan jee...
Terbaik laaaa depan pintu masuk terus so x payah pening2...Kita jalan dari atas turun ke bawah...Selalu dari bawa naik ke atas kali ini kasi tukar laaaa... aik mcm biasa ku dengar ayat ini tapi di mana yeeaaaa ooooppps nokta.
Sebahagian penggunjung....Kali nie aku pi ramai student, ialah kan hari cuti umum, mmg ramai sungguh orang....
Pintu masuk ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013...Ini di tingkat 3 kalau x silap aku....
Tu diaaaaaaaa....Mcm ulat taik , punya la ramai umat Muhammad ya rasulallah...Berjalan pun senggol²an laaaa...Masa nie aku sibuk la nak cari Alaf 21..Kaki Novel..NB Kara...JS dan Karya apa ke nama lupa plak yg satu  nie heheheh. Tapi punya la ramai orang mmg x hengat. Rasenya dekat 6-7 kali jugak la kami dok turun naik  turun. Hahahah...

Memandangkan aku dah ada gang membeli novel maka aku lepaskan si kecik tu dgn Pak Encik..Fuuhh!! sib baiklah Pak Encik ok nak handle si kecik tu kalau x mau berpeluh gak aku. So masa aku dgn si Kakak tengah layan novel kat booth Kaki Novel aku tengok (sempat jeling tuu!!) Pak Encik bawak ci Kecik ke booth sebelah, mula² ingatkan badut pakai rambut kaler purple rupanya itu pengasas Matematik EZ...Uollz pernah dengar x pasal Matematik EZ nie...Aku tengok mmg bagus cara pembelajarannya. Tapi tulah pasal anak aku baru tahun 1 jadi x boleh nak joint bengkel Matematik EZ nie kalau x mau aku antar. Si Arissa tengah try jawab soalan matematik x sangka aku bole plak dia nak menjawabnya..... 

Muka mmg x bole blah dah penat 4 jam tawaf tanpa henti...Dia sudah buat perangai laaa...Kakak and Kak Ngah happy dah dapat buku masing²...Ok dah penat kan jom kita balik layan buku citeyang kita beli tadi hehehehe.....
Hasil tangkap tahun nie mmg kurang memuaskan atas beberapa faktor demografi hahahaha. Sebb mengapa aku x beli novel dgn byk tempat penyimpan sekalian novel² ku sudah sangat terhad  nak² plak skrg nie anak dara yg 2 tu turut berkongsi minat yang sama...alahai anak mak!!! Yang kat atas salah satu hasil tangkapan aku novel Nazurah Aishah nie aku beli sebab aku dah follow cite nie dr blog dia...Novel nie aku menjaring di Jemari Seni, lepas tu aku tunda pukat kat Kaki Novel dapat le hasilnya x sempat nak upload pic heheheh...Kat situ pukat tunda aku mengena 2 naskah, 1 utk si kakak "chees" dan 1 utk si Mak "Giler Kau?"..Mmg giler punya le tebal m/s 1166  ko mampooo hahaah brapa lama  mau habis daaa...Uhuhuhu. Dan beberapa hasil tangkapan utk si Kak Ngah dan Adik  yang mengunakan jala dan pancing....Kali nie x ada aksi sign 'men'sign dengan writer. Malas nak tunggu ramai benor nak singnature.."lain kali laaaaa"....Heheheh
Kepada Pak Encik terima kasih banyak kerana sgt sabar melayan kerenah 4 orang gegurlz dalam hidup anda...Thank you so much....Kepada BSB, u shoud go pi tempat mcm nie elok untuk ilmiah anak²..Confirm lepas nie si Qistina tukar "ambition" hehehe....
Terima kasih kepada semua kerana membaca tulisan ini sampai titik nokta akhir. Sayang awak semua. Terima kasih banyak jumpa lagi...


-Love-
Cik Sue
 

HidUp KeNA sLamBer Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei