Sunday, February 28, 2010

Hobi Oh Hobi

Posted by Cik Sue at 10:12 PM 0 Komen Yang Terbaek
2 buah buku yang baru di belikan oleh Cik Ee. Bagi menambahkan lagi kesesakkan buku yang dah sedia ader. Thank Cik Ee bagi buku nie hehehe...Cik Ee nie ler yang selalunya update buku2 cite untuk aku, dia juga la yang ghajin g belikan untuk aku. Dia gak penyokong aku selain daripada hubby aku....Thank U very much Cik Ee

N3 arie nie aku nak cite pasal hobi. Semua orang ader hobi yang tersendirikan, aku pun x terkecuali. Sebagai memenuhi permintaan seorang teman yang berada nun jauh di utara tanahair, yg mintak aku update pasal hobi aku nie. Aku pun x tahu yang dia tahu aku suka membaca, cuma baru2 nie jer aku dpt tahu. Sori x perasan huhuhhuhu .. Sebenarnya minat membaca aku nie banyak didorong dan dipengaruhi oleh kakak sepupu aku, Kak Lang @ Cik Fiz. Dari dia ler aku banyak belajar tentang buku2 cite kami memang kamcing pasal kami mempunyai minat yang sama. Kalau dulu bila aku dtg umah makcik aku, x kira la ada kenduri @ ker apa jer, tempat yang aku tuju adalah bilik Kak Lang. Pas tue aku pun dok diam2 sampai dorang sume bising baru ler aku jengah muka heheheheh itu pun dah jenuh kena marah. Keluar pun buat muka poyo jer heheheheh.
Dulu masa aku sekolah, aku sanggup x makan kat sekolah, simpan duit nak beli buku cite. Masa tue buku cite yg paling top keluaran creative enterprise dan yang selalu jadi mangsa mestilah c Norehan. Dia nie ler yang tukang mengorder buku. Aku??? jangan harap ler, klau mak aku dpt tahu alamatnyer setahun kena leter..hiss..x sanggup aku. Oleh kerana suka sangat membaca, pernah buku aku kena rampas dengan guru sejarah masa aku form 4 uhuhuhuh... Aku ingat lagi nama Cikgu tu ialah Cikgu Lam Poh Chin..ggggrrrmmmm..Aku panggil cikgu nie cikgu pipi kembong hahahahah...pasal pipi dia kembong mcm kuih pau...Kawan2 aku ckp pipi cikgu tue sama cam pipi aku cuma bezanyer cikgu tue pau kukus yang aku nie pau goreng yang hampir2 nak hangus!!...hhehehehhee bila dikenang balik ader gak btolnya ckp kawan aku tue dulu kan..:-)
Bila dah keje aku mula buat koleksi buku2 sendiri, Setakat nie aku ada lebih kurang 500 buah buku cite. Selalunyer aku baca buku keluaran Alaf 21 & Creative Enterprise, ada gak buku2 keluaran lain yg aku beli tapi lately nie aku dah bertukar angin ker buku prima plak. Setiap tahun aku memang x sabar menunggu pesta buku antarbangsa di PWTC K.L, aku klau pesta buku mmg x pernah lepas mesti gi punya.Haaa ini adalah sebahagian dari koleksi buku2 cerita aku, ada lagi dalam kotak x cukup space nak simpan tue blom di kira lagi yang hilang kena curi. Hubby aku pun dah bising pasal banyak sangat buku2 aku nie. Ada aku kisah!!! Do i care!!!! hehehhhe..Cuma sekarang nie aku dah kurang membeli. Ini kerana aku nak mengurangkan kesesakan buku2 yang ada dalam simpanan. Aku hanya akan membeli buku2 dari penulis2 yang aku btol2 kenal @ my favourite writer jer aku beli. Selain membaca, hobi aku yang lagi satu yang aku suka bangat ialah menjahit crosstich alah jahitan silang pangkah tue..sekarang nie dah ramai org x buat jahitan crosstich sebab leceh sikit lgpun benangnya dah mahal masa aku mula menjahit dulu harga benang baru 50 sen tapi sekarang nie dah RM 1.50 mahalkan..udah ler banyak benang yg nak kena guna peerrgghhh. Aku pun dah lama x jahit sejak ader c kecil ku. Klau nak jahit pun kena tunggu dia tido dulu baru ler bole nak buat . Ada masa aku update jahitan2 aku kat cni k friendzzz. Lagi 1 aku suka kumpul handbags hehehehe suka sangat, yg nie member2 opis aku mmg dah masak ngan perangai aku..kadang2 dorang geleng kpala jer, hari nie ckp x nak, tau2 dah sampai jer hahahaah. Nak buat camner nama pun hobikan. Nanti ler aku update handbangs plak...ooopppsss!! bole ker nanti ader org kata aku suka show off plak yea..tapikan.. Ader aku kisah Nyaaahh!!! heheheheh.. X sabau nak tunggu handbags Gucci dari ooooppsss!!! Atenyer saper nak jawab nie yea!!! :-) Alamak terpanjang plak aku tulih naik boring baca daaahh so aku cau dulu ler yea jumpa lagi adioooossss.

Saturday, February 27, 2010

Buat Mu Mak

Posted by Cik Sue at 10:58 PM 0 Komen Yang Terbaek
Salam kengkawang...Dalam sedar dan tidak kita kini di bulan Mac. Andainya aku punya kuasa magis ingin sekali aku padamkan bulan Mac di dalam kalender. Mengapa???? Kerana bulan itu aku kehilangan insan yang Terlalu bermakna buat aku. Andai diukur dengan wang ringgit rasanya belum tentu aku termampu untuk membayar harga budi ini kepada Mak. Membesarkan kami 3 beradik seorang diri. Menghadapi tohmahan orang2 sekeliling dengan sabar dan tabah. Ketika Ayah meninggalkan Mak untuk selamanya, aku berusia 3 bulan dalam kandungan. Bagaimana seorang perempuan yang ketika itu tidak punya apa-apa untuk membesarkan anak-anak yang masih kecil. Alhamdulillah berkat kesabaran Mak, kami akhirnya berjaya dalam kehidupan walaupun tidak semewah orang lain,cukup semuanya. Tapi hukum Allah s.w.t tidak dapat kita sangkal. Itu perjanjiannya. Maka pada tanggal 8 Mac 2005 bersamaan pukul 1 pagi Mak telah meninggal kami untuk selamanya di Hospital Besar Melaka. Dan aku antara yang berada disisi Mak ketika Mak menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tenangnya Mak pergi menghadap Tuhan yang satu. Tabah juga aku menerima pemergian Mak tanpa ada setitis airmata yang keluar.
Ketika itu aku tidak ingin menunjukkan bahawa aku lemah di hadapan 2 orang kakak ku. Arwah Kakak yang sulung ketika itu sedang bergelut dengan penyakit kencing manis yang kritikal begitu juga kakak aku yang ke 2 sedang sarat mengandung anak ke 3. Kalau tidak aku yang menunjukkan kekuatan pada masa itu siapa lagi. Tapi hakikatnya hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu bagaimana hancurnya hati aku ketika itu. Sebagai manusia biasa aku redha dengan pemergian Mak. Aku tidak ingin menangisi pemergian Mak. Aku ingin Mak tenang di sana. Hanya doa dan al fatiha yang mengiringi Mak setiap kali aku menemuinya. Tangan inilah yang menyikatkan mak untuk kali terakhir, tangan ini jugalah yang membedakkan muka Mak untuk kali terakhir dan tangan ini juga lah yang mengikat 7 kali kain balutan Mak. Ntah kenapa saat itu aku seakan tidak membenarkan sesiapa menyentuh Mak, melainkan kami adik beradik. Ku lihat Kak long pakaikan Mak telekung terakhir yang aku beli untuk Mak hari raya yang lalu. Sedih rasa hati kerana aku tidak lagi berpeluang membelikan Mak telekung, gembira kerana pemberianku yang Mak bawa pergi bersamanya.
Kini selepas 5 tahun berlalu betapa aku sangat merindui Mak. Rindu pada celoteh Mak, rindu pada masakan Mak, rindu untuk mengucup pipi tua Mak, rindu pada Mak yang sentiasa ceria menyambut kepulangan anak cucunya dan rindu ini akan tetap di sini, di hati tanpa aku sendiri tahu di mana hentiannya. Selepas 5 tahun juga baru aku memahami hati tua Mak yang sering kali merajuk bila aku tak telepon, bila aku lama tak balik kampung jenguh Mak, bila aku cakap tidak pada Mak, bila aku membantah cakap Mak dan bila aku...bila..bila...segalanya tinggal kenangan. Kenangan terindah apa yang pasti aku tidak akan melaluinya lagi. Andai itu takdirnya aku redha Ya Allah!Terima kasih kepada Engkau Ya Allah kerana telah meminjamkan aku Mak yang terbaik. Perjanjian Allah tidak siapa dapat menghalangnya. Tidak juga masa, tidak juga takdir dan tidak juga malaikat menagguhkannya. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, kerana mati itu sesuatu yang pasti.
Dan saat kain kapan ingin menutupi Mak baru aku tersedar yang aku telah kehilangan tempat mengadu susah dan senang , tempat aku mencurah rasa hati dan tempat aku bermanja selama ini. Selamat jalan Mak semoga roh Mak di cucuri rahmat dan di tempatkan ke dalam golongan orang-orang yang beriman. Moga kita bertemu di sana nanti, Amin..

hari Sukan CBN 1 part 1

Posted by Cik Sue at 2:42 PM 0 Komen Yang Terbaek
Hari nie 27/02/2010 hari sukan sekolah anak aku...Tp waktu aku nak update blog nie anak aku dah terdelete sume gambor yg aku ambil pagi tadi nasib baik gak aku dah upload separuh dan ada serpihan dlm camera samsung klau x..x tahu ler aku nak ckp camner.Ooo sungguh mengilangkan mood aku utk mengupdate blogku ini. W/bgmanapun kepada sesape yg sudi nak layan gambar arie sukan anak aku nie mari ler kita layanzzz gambar2 yg sempat aku upload nie tp ingat yea bukan bertujuan nak show off anak2 @ keluarga kat cni cuma ingin berkongsi cerita jer, kepada yg suka layan ler blog aku nie tp pd yg x suka aku harap2 x payah ler baca lagi pun ader aku kisaaaahhhh!!! ....Layanzzzz

Perbarisan Yellow house..Anak aku Anom masuk perbarisan..Aku sebenornyer dah terlambat tp nasib baik sempat tgk rumah kuning punya perbarisan plak tue ini perbarisan yang last rumah lain dah masuk baris ...alahaiiii

Udah mcm Nyonya jual sayur aku tengok bebudak nie hehehe (x baik tau penat cikgu2 dorang cari idea)...Masa aku sekolah dolu2 x ader plak perbarisan mcm nie...Tp klau ader pun nak ker aku pakai mcm nyonya jual sayur nie ek!!!! :-)

Nie pasukan sorak('cheer') rumah hijau @ Tun Teja...Kelas sekolah dorang nie siap ader pasukan 'cheer leading'...almaklumla aku dolu sekolah kampung jer..

Nie plak pasukan 'cheer' rumah biru @ mahsuri..peerrggghhhh memang kelas..tahun lepas alah2 'high school musical @ hanna montana' comeiiii sgt bebdk nie....

Yang nie pasukan 'cheer' rumah merah @ Dang Anum..Dorang nie telah 6 tahun mendominasi acara 'cheer leading' dan tahun nie aku kompem dorang mesti menang lagi alah2 red indian..."hooba asibbaa..."
caya laaaaa...tengok tue dia siap posing lagi bila nampak aku nak ambik gambar anak saper la nie ooopppsss!...

Yang nie plak pasukan sorak rumah kuning @ Tun Fatimah. rumah sukan anak aku ler nie..simple jer dorang nie...tahun depan anak aku plak nak joint 'cheer" alahaiiii anak omak...fening pala makcikkk....

Haaaa yang nie plak parents..jgn x tahu setiap umah sukan parents memang support abis siap ader baju khas untuk parents..nie untuk parents rumah hijau @ Tun Teja.

Yang nie paling aku suka sekali...mmg sporting abis parents rumah kuning nie..caya la rumah kuning...go yellow go..yellow have a muscle yelow..yellow..yellow..:-)

Nie parents rumah biru@ Mahsuri..tengok tue Mahsuri's Mom...ppeeerrggghhhh korang sume mmg kelassss...tue blom tengok lagi aksi2 parents yg ter'over..cuma aku x dpt nak snap parents umah merah jer pasal dorang sibuk menjerit so x sempat nak snap lgpun kebanyakkan parents rumah merah duduk di bahagian depan dlm khemah VIP bkn cam aku nie abis satu padang aku ronda dah mcm aku plak yg bersukan (apa lg mengejar c kecil aku ler x bole nak dok diam eee letih mak nyahh)...

Dan ini ler acara yang mmg ditunggu2 setiap tahun..acara yg sgt mengujakan,bukan aku jer tapi sume yg hadir pada arie sukan tue ler, iyea la aku nie kan dulu cuma sekolah kampung jer mana ler pernah tengok benda2 mcm nie..first time aku tgk masa anak aku tahun 1...mak aaaiikkk mmg aku kampung btol masa tue skrg nie biasa jer..tp tahun dpn anak aku pun joint 'cheer' nie, mcm mana ler gamaknyer aku waktu tue kan x dpt nak aku bygkan. bila aku tgk aksi2 parents yg anak dorang masuk cheer teruja n over the over sgt2 rasa mcm meluat plak...mintak2 esok aku jgn ler camtue...eeeeee...ahakkksss

aksi permulaan acara 'cheer' rumah kuning...go yellow go..go..go...

Tengok bebdk 'cheer' tgh buat world dari gelung...apa yg penting kerjasama!!

lagi aksi rumah kuning utk 'cheer' alahaii comeiiiinyer bebdk nie...yellow have a muscle..yellow..yellow ..go yellow go..go..go..go :-) alamak parents plak over daaaahh..oooppsss!!
aksi hampir meniarap bebudak 'cheer' Tun Fatimah...cayaaa laaaa korang
ader lagi aksi2 rumah sukan yang lain akan disambung ke part 2. hari yg sgt meletihkan tapi ckp seronok bila melihat anak2 ghumbira....tunggguuuu kemunculan part 2

Thursday, February 25, 2010

Maulidur Rasul

Posted by Cik Sue at 7:47 PM 0 Komen Yang Terbaek
Selamat Menyambut Maulidur Rasul
Daripada : Cik Sue & Keluarga.
Feb 2010

Monday, February 22, 2010

Cuti

Posted by Cik Sue at 2:15 PM 0 Komen Yang Terbaek
huk..huk..huk...hisshh..hissh..hisshh..banyaknyer habuk kat cni. Aduhai baru seminggu aku tinggal kan blog nie dah penuh ngan habuk..Maklumlah cuaca panas skrg nie 2 yg cepat sgt habuk naik..Cuti panjang sempena ngan Tahun baru Cina. Cina yang raya, aku plak yang beria2 cuti hehehehe sampai Auntie kat sebelah umah aku tue pun naik pelik...Agaknyer mesti Auntie tue pk "saper punya laya nie yea"..heheheheh..Biasa la bila berpeluang cuti panjang x engat dunia laaaa..Bukan gi mana pun, balik kg jer..Anak2 aku cbuk nak mandi laut..Haaa maka dgn itu aku bagi dorang mandi sampai lebammmm...ahakasssss...
Tapi sayangnyer balik kg kampung kali nie aku lupa nak chas bateri camera so x dapat ler nak upload gambar2 pantai. Aduhai... dah tua pelupa la plak..hehehhehehe..idea pun kurang nak tulis pepanjang tunggu mood mari ler..sekarang masih dlm mood bercuti lagi...tunggu yea kengkawan cite baru...byeeeee

Thursday, February 11, 2010

UKHWAH

Posted by Cik Sue at 2:42 PM 0 Komen Yang Terbaek

Ukhwah...Pernah dengar kan nama tuh. Pagi tadi aku & hubby sempatlah bersarapan di Ukhwah Restoren yang terletak di JLN TAR. Aku mmg respect btol la dengan jenama Ukhwah nie. Boleh dikata hampir 70% di sekeliling bangunan tue sumenya berjenama Ukhwah. Hebat btol jenama nie kan. Lihat la gambar2 di atas tue. Makanan pun murah. Roti canai & teh tarik pakej RM 1.00 jer. Nasib baik ler restoren nie jauh dr opis aku klau x kompem arie2 teh tarik & roti canai kemudian kencing manis pun mai ler hehehehhe. Restoren nie boleh jugak d kata kan restoren 1 Malaysia. Masa aku makan aku tengok ada Melayu, Cina dan India. X tahun ler dorang dtg mungkin kerana harga makanan di restoren tu perpatutan.

Wednesday, February 10, 2010

Dah Jumpa Pun

Posted by Cik Sue at 12:40 PM 0 Komen Yang Terbaek

Waaa laaa hai...Semalam naik pitam kami d KK (bukan kedai KK tue ek) dok pk saper ler yg baik hati sesgt blanja kami breakfeast. Rupa2nyer c cantik manis dari akaun payable saper lagi klau bukan anak dara yang gambarnyer tertera di atas tuuuu...CIK ERNITA BINTI NORAFFANDI amboi nama penuh lagi tapi panggilan manja kat opis ANN jer..ic no..???? hhehehehe jgn mare yea!!!..tengok tue ambik gambor pun malu2 adik akak nie...x per sesekali interframe x salah kan. Di kesempatan ni kami kat KK nak mengucapkan ribuan terima kasih pada Ann kerana sudi menaja breakfeast dpagi kami yea merupa meehun goreng...yumm..yummm..yummmyy. Ko Ann x patut buat dek jer bila we all tanya yea..Nasib baik akak x upah penyiasat persendirian minta carikkan saper org yg blanja breakfeast. Akhirnya terjawab segala persoalan yang membelenggu Kak Fad. Tapi ader satu lagi persoalan yang x terlerai oleh K.Fad.
Apasal Ann blanja kita ek??
Dapat keje baru ker?
@ Ann nak kawen kot???..
Nape ek???
itu ler antara dialog2 yg terkeluar dari mulut K.Fad..Ann sila jawab...jgn diam nanti kak Fad pitam..heheheheh
aper2 pun ribuan terima kasih yea ANN sedap meehun goreng tue. Cuma jgn serik nak blanja kami lagi.. Kami nie mulut jer cam nie tapi hati baikkkkk....ahaksssss...adiooossssss

Tuesday, February 9, 2010

Tag by Miss Jebat - Saja sesukanyerrrr

Posted by Cik Sue at 6:49 PM 0 Komen Yang Terbaek
1. Adakah anda rasa anda HOT???
Hottttt sesangat sampai aku buat aper sume org nak tauuuuu
2. Upload gambar kegemaran anda..


3. Cerita pasal gambar
Sajer nak kasi MISS JEB jeles...w/pun aku tahu dia x kisah mana punnnnn..heheheh
4. Bila kali terakhir anda makan pizza:
3 minggu yg lepas tuh pun pasal anak aku punya besday...klau nak harapkan aku x payah ler makan nasik lagi kenyang...
5. Lagu terakhir anda dengar
You belong whit me..aku pun x tahu saper penyanyinyer pasal lagu nie aku dengar dlm kete kerana anak2 aku yg nyanyi...
6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini
Sambung borak2 ngan Fad sambil call Miss Jeb
7. Selain nama sendiri anda di panggil nama apa?
MAMA - udah tentu ler anak2 tersayang aku yg panggil
MAK SUE EILA - Anak2 sedara aku yg panggil
LALAH - Panggilan drpd seseorang yg dah lama aku x jumpa last jumpa masa tahun 1992 sebelom dia g O.S
(teringin sesgt nak jumpa dia tp masalahnya dia kenal kat aku lg ker ek!)
Cik SUE - member2 opis yg panggil & family aku pun panggil mcm tue gak dan
MAMA Oiiii - yg nie hubby aku panggil masa dia bengang ngan akuuuu
8. Tag lagi 8 orang1.
1 Beb simple beb - fad
2.White house - Rien
3. Layanbluesz
4. Nizam
5. Cepui
6. yani
7. Miss Jebat
8. Zurina shafiee

9. Siapakah orang no.1 kepada anda
Kawan JPB aku ler selalu berselisih pendapat, teman berangan kala bosan
10. Kata sesuatu mengenai orang no. 5
ketua yang selalu kena buli ngan staff tapi maintain cool...
11. No. 3 ada hubungan ngan siapa
x ader saper pun...dia cuma "Layanblueszzzzz" jer
12. Bagaimana pula dengan no. 4
Ustazzzz...u jump i gonna miss u hahahahahaha

13. Pesanan kepada orang no. 6
Tengah dalam mood honey moon lagiiii
4. Kata-kata cinta tok no. 2
haaaa....oohhhh tidak sama sekali kerana aku wanita tulen yeaaa
15. Adakah no. 7 dan 8 punya persamaan?
Adaaaa....kerana mereka saling menyayangi antara satu sama lain..peace no waarrr

16. Berikan 5 yang anda tahu tentang orang yang men'tag' anda
-dah lama kenal pun..
- teman meja bulat yang sangat sealiran
-mulut memang x ader insuran tapi hati sangat BAIK....
-sangat ramai yang menyayanginya sampai ader yang jelesssss
-ada 3 anak teruna dan salah satunya bakal menantu aku.... ahakkkssss

17. Persamaan antara kambing ngan lembu?
Dua-dua aku tak suka sebab ada bau badan....

18. Perasaan anda buat tag ini
ok aje.... dari x buat aper ader gak keje aku nak buat

19. Adakah anda tahu si
razman itu sengal?
tak kenal pun. kalau dia sengal pun aper ada hal ngan aku lantak pi la..do i care!!!!!

20. GAY or LESS??
ohhh tidakkkkkkkkk!!! Saya wanita tulen yang ada suami dan tiga anak dara.....
Terima kasih pada Miss Jeb yang men'tag' aku harap puas hati dengan jawapan yang diberi...
p/s : Miss Jeb aku lulus x nie hehehehehhe

layanblues & ejump76

Posted by Cik Sue at 1:20 PM 0 Komen Yang Terbaek

Nampak x 2 orang abang hensem tue...Bakal jadi abang2 Retro lepas abang2 yg ader kat atas nie pencen dema 2 ler ganti plak. Antara muka2 terawal org yg menerajui akaun dept kat UMES. Yang dok atas batu mcm duyung tue namanyer Izmee blogger tegar hehehehhe....orangnyer sampoi jer tapi agak sensitif bertepatan dgn moto hidupnya "Layanbluesz"..Dia nie le sifu aku dlm dunia siber. Banyak tulung aku...Yang tengah berendam tue plak namanya Nizam. Dia dok kat "account payable" mamat nie kami panggil di ustazzz..tapi panggilan manjanyer ejum (terjun bkn terjah k)hehehehe... suka bercakap pasal politik. Dorang 2 orang mmg rapat pasal 1 kepala...kiranyer mike ber2 nie sama batch ngan aku lerrrrrr....pencen pun sesama nnt...hehehehhe

Arissa Syauqina

Posted by Cik Sue at 8:51 AM 0 Komen Yang Terbaek
masa nie dia dah cuak dah..peluk aku x lepas2....
dah mula start nangis....
tukar baju persiapan untuk ke OT...masa nie aku plak yg dap..dup..dap..dup

n3 kali ni nak cite pasal c kecilku yg buat pembedahan cyst di bahagian atas dan bawah mata. pemeriksaan doktor pakar pada 18/01/2010 telah berjaya mengesan adanya cyst di mata c kecilku. masa tue sebagai seorang ibu hati aku cukup2 risau sampai x boleh nak tidoq malam bila doktor kata kena buat pembedahan w/pun kecil tetapi hati aku nie tetap x tenang. Berdoa kepadaNYA mengharapkan semua berjalan dengan baik. Dan tanggal 21/01/2010 bersamaan hari Khamis, anak aku telah selamat menjalani pembedahan kecil di Tawakal Hospital. Tiada kata yang mampu aku lahirkan melainkan mengucap syukur kehadratNYA kerana semuanya berjalan dengan lancar. Tapi bila lepas dia keluar dari OT room...korang tgk ler mcm mana gamatnya blk wad tue dgn tangisan anak aku sampai ader apek yg nak buat operate kecil kat ctu pun jadi seriau..kesian plak aku ngan apek tue gara2 anak aku yg meraung dia plak yg panik...Arissa..Arissa.. aper2 pun aku nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada kakitangan di wad day hospital tawakal. Kepada nurse Liza and nurse kak..(alamak lupa plak nama akak nie heheeheh sory yea kak)
x lupa juga kepada Dr. Hamidah yg begitu sabar melayan c kecilku. aku mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka semua kerna begitu sabar melayan kerenah c kecilku...terima kasih...Hubby aku dok pujuk anaknya...
Aku terpaksa pakai baju nie pasal konon2nya sama ler ngan dia
dah ok cikit...nampak rilex tunggu jap lagiiiii
mata yang nak di operate
My little princess
aik saper yg sakit nie...hisshh...hishh..hissshh...
lepas kuar bilik OT...meraung...aduhaiiiii
aku dok pujuk Arissa ...alahai sedihnya dia
tertido keletihan
nak masukan ubat pun payah

peaceeee...
Sempat lagi bagi peace tueee...dah ok ckit
Haaaaa....dah mcm power ranges plak...heheheheh...Alhamdulillah semuanya selamat

Breakfeast oh breakfeast...

Posted by Cik Sue at 8:21 AM 0 Komen Yang Terbaek

Salam & Selamat pagi. N3 arie ini aku nak cite pasal breakfeast...ooopppsss bukan rancangan breakfeast kat TV9 tue yea...nie breakfeast di opis aku...mendengar perkhabaran semlm ader org akan belanja breakfeast...Horeeeyyyy...horeyyy...hoooreeyyy..Makan free. Biasa la makan free memang kami suka bangat...Save sikit...heheheheh...Tapi yang menjadi persoalannyer saper yang baik hati belanja breakfeast tetengah bulan nie...????? Jenuh jugak ler kami memikirkan siapakah gerangan yang berhati mulia ini...Bukannya aper senangla kami nak mengucapkan terima kasih daun keladi bila2 nanti boleh ler belanja lagi hehehehe....Agak2nyer saper ek..???? Nak pitam dok pk nie...rejeki jangan ditolak musuh jangan di cari jom kita makan jer laaaaa...hehehehehe...peace no warrrrrrrrrr

Friday, February 5, 2010

Dreaming oh dreaming

Posted by Cik Sue at 11:11 AM 0 Komen Yang Terbaek
Salam kengkawan lately nie cam malas jer nak update blog. Walaupun lom lagi berhabuk dan bersawang tapi untuk kearah itu kemungkinannyer adalah besar . Nape???? Ntah la banyak perkara yang berlaku dlm masa 2 minggu nie. Kadang2 di luar kotak fikiran aku ini. Aku nie dah sampai tahap gaban malas nak ker opis uhuhuhuhuh...kiranya kalau aku nie jutawan @ hartawan dah bule ler aku dok umah goyang kaki jer. Tapi apakan daya aku hanya insan biasa masih lagi memerlukan kuasa duit untuk meneruskan kehidupan ini. Kadang-kadang tue bila dah sampai tahap gaban stress aku ngan C Fad mula la buat lawak bodoh (kalau dipkkan mmg bodoh pun..heheheheh) berangan benda-benda yang x tentu di pasal dan selalu jugak ler kami berdua nie kena tegur ngan cheq dan iza.
(depa 2 nie mmg bengang klau kami merapu...heheheheh..) Sebenarnya bukan aper cuma nak melepaskan kesesakan nafas yg dah mcm waktu puncak ketika org balik opis yg rata2nye traffic jem di sana sini ...pin sana pin sini...Lelama toing terus...ahakssss...Tue le pasal aku ambil pendekatan melepas stress dgn merapu. Sesekali jadi Din Beramboi ok aper. Tapi kompem lom giler ek!! Syok gak weiii...heheheheh x caya korang try....Aduhai hidup suhsa mati pun suhsa aaaaaaa...aiyaaa mana satu mau!!!!Alangkah indahnyer waktu kita kecil kan..Andainya masa boleh di putar kembali pasti aku x nak jadi besar...Aku nak terus jadi kanak-kanak ghumbira selalu...alahaiii

Monday, February 1, 2010

Orang Lama

Posted by Cik Sue at 7:57 PM 0 Komen Yang Terbaek
Dari kiri : Maz, Kak Siti, Cik Sue, Kak Wan Azizah, Kak Yati and Abg Zul
(Sebahagian muka2 lama (muka asal) akaun department...)

Dari kiri, Kak Siti Omrah, Kak Wan Azizah, Abg Dzul, Kak Yati,Cik Sue and Maz
(Gambar diabadikan pada hari terakhir Kak Siti di Umes.Jgn x tahu kengkawan gambar tue diambil mengikut susun atur tahun kami masuk UMES tau...heheheheh thank to all of u coz very sporting...muuuaaaahhhssss)


 

HidUp KeNA sLamBer Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei