Monday, December 31, 2012

...HaPpY nEW yEarS...

Posted by Cik Sue at 10:38 AM 2 Komen Yang Terbaek
Yeeeaahhh....
Count the second, count the minute, count the hours, count the days, count the months and finally new year come again...Auuuuwww!!!
New vision, new hope, new life and everything is new...
But
Ours friendships always the same no matter what happen
no matter what a new
we always be together....
Thank you for being my friend
...♥♥♥...
and HAPPY NEW YEAR TO ALL MY FRIEND OUT THERE
HAPPY NEW YEAR 2013...


Friday, December 28, 2012

Cik Senah go to School

Posted by Cik Sue at 7:45 PM 1 Komen Yang Terbaek
Assalammualaikum kepada semua kawan² yang masih lagi mengintai dari celah² kesibukan. Aduhai lamanya x menjengah ke sini. Rindu jangan dikata lagi hari² hati bagai  terpanggil² untuk mencoret rasa di sini. Itulah bannyak bebenor halangan dan cabarannya...:-(.  Hari ini akhirnya dapat jugak mengemas umah. Oklah hari nie aku x nak berceritera yang basi². Just wanna to share my story about my little kiddo...Diam x diam  dah nak masuk tahun satu dah budak nie...Cepat sungguh masa berlalu rasenya mcm baru semalam mengandungkan dia., Ialah betapa seronoknya masa aku  pregnant kan dia. Mana tidaknya aku ngan BSB sama² memboyot, sama² sibuk berlawan makan, sama² sibuk memilih baju baby, bersalin pun selang seminggu ajee...Alahai BSB dah beso dah anak kita!!!
Tahun depan 2013 dia akan masuk tahun 1, kali nie no more Convent Bukit Nanas daaah...Aku antar dia ke sekolah Seri Bintang Selatan, masa mohon SK Seri Bintang Utara tapi dapat Selatan. X per la mungkin x ada rezeki di Utara. Sedih jugak terpaksa pisahkan dia daripada kakak²nya. Nak buat macam mana dah dok kat sini kan. Sebagai parents kita hanya memikirkan yang terbaik buat anak² jadi aku rasa inilah yang terbaik untuk dia. Dia nie selalunya memang liat benor nak bangun tido, nak² sekarang nie tengah cuti panjang kan. Tapi malam tadi bila dia tengok aku sibuk gosok baju sekolah, terus dia excited. Kan ker minggu nie  banyak school yang buat orientasi tuk murid² tahun 1. So hari ini giliran cik Senah pulak ke hari orientasi.  Pagi tadi kejut dari tido  je terus bangun x sabo nak pi sekolah or x sabo nak pakai baju baru, kasut baru dan beg sekolah baru...mana² la nak ooi janji ko nak pi sekolah...Cuak jugak nie kang tetiba jer dia buat drama air mata abis la aku...Hahahah!!!
Actually kan aku pun sama excited gak nak ngantor dia ke sekolah pasalnye before this sekolah pompuan kan and CBN punya students standard one x ramai just  about 80 per year lagi pun CBN bukan sekolah bantuan penuh kerajaan, sekolah pun lama tapi kali nie aku tengok sekolahnya memang terbaik la siap ada lif lagi, ko hader!!! Masa aku sekolah dulu naik bengkok le badan nie mengangkat beg sampai tingkat atas walaupun sekolah cuma 2 tingkat je. Alangkan bertuahnya budak sekarang nie sekolah ada lif. Kelas ko Senah ooiii....Dah la tu setiap seorang student diberi  loker sendiri selama menjadi students di SKSBS jadi x ada isu students x bawak buku ke sekolah. Hamboi² mayak sinang looooo...
Cuma aku kesian tengok dia terpaksa buat semuanya sendiri :-(, nasib baik la dia  independents and survival alhamdulilah...Sekarang nie aku plak yang lebih teruja menunggu hari persekolah bermula. Hahahah!!
 Cik Senah  dalam kelas sedang tekun jawab soalan linus...
Warna-warni minggu orientasi Cik Senah....

Ok lah kawan² dah jauh plak aku melalut bosan kan..Hahahaha. Anyway thanks kerana masih lagi sudi singgah di blog aku walaupun aku nie macam biskut chipmores sekejap ada sekejap tidak. Mungkin ini adalah N3 penutup untuk tahun 2012 cuma satu je harapan aku pada diri aku sendiri, supaya aku tidak terus berhenti berblog heheheh..Semoga tahun 2013, aku akan terus aktif berblog. Amin. Terima kasoh sekali lagi kerana singgah di hidup kena slamber.....Love U ollzzzzzz....Salam 2013...

Selamat tahun baru 2013 dari cik senah in d'houzzzzz jumpa lagi...♥♥♥


Thursday, September 27, 2012

♥♥♥...Luqman Hakim...♥♥♥

Posted by Cik Sue at 10:50 AM 4 Komen Yang Terbaek

Yea paham sangat paham,ya ampun, yang benar udah lama benor aku  x mencoret di sini. Yea betul tahap kemalasan yang amat sangat. Kalau dulu pantang ada isu sikit siap le panjang berjela bercerita tapi sekarang nie kalau ada isu jangan kata nak menulis nak ambik tahu pun malas hahaha. Cuma kali nie aku terpaksa merajinkan jari² aku yang montok nie menekan keyboard. Disebabkan aku telah pun  berjanji sakan dengan  budak ini  nak buat satu n3 khas untuk dia, walaupun sebelum nie dia x pernah pun sedar akan keujudan dan keghairan aku berblog hahahahah. Dengan kemalasan yang telah menjadi tahap tepu aku cekalkan hati, gagahkan jari mencairkan idea melorek sesuatu untuk  LUQMAN HAKIM HAJI ZULKAPLI. 


Taraaa ini le dia Luqman Hakim. Bila aku tengok gambo nie sungguh x sangka, budak yang aku selalu dok angkut ke hulu ke hilir dah beso panjang. Dan x lama lagi bakal menjadi seorang doktor (InsyahAllah dengan keizinan dariNYA).  Dulu setiap kali hujung minggu kalau aku ngan my sis nak kuar outing pasti budak nie kami angkut sekali. Ada sekali kami nak pi tengok wayang kat OU, masa tue kami duk di Desa Pandan punya la jauhnya nak tengok wayang x hengat. Almaklumla masa tue OU baru buka so kami nie pun tergedik² le nak ke sana, kekononnya kami nie antara orang yang terawal le sampai ke OU tue ahaks!!! Apalagi kami angkut le budak nie sekali. Masa tue Luqman cumei lagi but i can't remember how old he is cuma aku  ingat yang that time dia still minum susu lagi (ingat sangat pasal aku yg kena angkut beg susu dia hahaha). Kuar umah seawal 10 pagi, sampai di OU kol 2 petang, 2-3 kali le tuko bas, naik lunyai budak nie. Sampai kat OU wayang pun dah start separuh jalan. Masuk  dalam panggung terus dia menjerit. Mana tidaknya first panggung tue kan ke gelap, 2nd udah tentu le budak tue lapo. Apa lagi dia hentam menjerit sambil menangis mcm nak runtuh panggung dibuatnya. Udah le time tue panggung penuh. Serious panic tahap babun aku ngan Mak Lang dia, kelam kabut kami dok memujuknya. Sib baik laaa gelap ahaksss!!!. One day my cousin Angah (ibu Luqman) tell me yang Luqman dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke bumi Mesir buat medic. Ameen. Masa nie le baru aku perasan yang budak nie dah beso panjang ghupanya dan dah jadi anak teruna pun!!! Ya Allah, selama nie aku ingat dia still macam budak sekolah lagi. Owh!! mama x perasan pun  huahuahuahua....

Sekiranya Luqman membaca blog mama nie. Once again congratulations, walaupun ari tue mama dah wishes kat Luqman, I'm proud of you!!!. Semoga dengan kejayan Luqman ini akan menjadi pemangkin kepada adik² sepupu dan adik² saudara yang lain untuk berjaya dalam bidang akademik, dunia dan akhirat. Buat Luqman mama coretkan kembali kata² Mak Lang..."To my beloved nephew LUQMAN HAKIM HJ ZULKAPLI...Solat itu tiang Agama, Agama itu cara hidup, jauh dari Agama maknanya hidup ini tidak bermakna...Jaga diri, jaga solat, jaga akhlak, jaga agama, ingat pada Ayah dan Ibu selalu. InsyahAllah, Allah s.w.t akan mempermudahkan segala²nya. Selamat menuntut ilmu dibidang yang dicita²kan & semoga Allah s.w.t memberkati perjalanan kamu di bumi Mesir...Love U always...♥♥♥....Ameeen...

Monday, August 13, 2012

♥♥♥ Salam Aidil Fitri 1433H♥♥♥

Posted by Cik Sue at 11:08 AM 11 Komen Yang Terbaek
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Maaf Zahir Batin
Daripada:-
Cik Sue seisi keluarga

Assalamualaikum & Selamat menjalani ibadah puasa 1433H. Lama betul aku x update blog, penuh sawang rumah aku nie. So ari nie aku datang kemas umah hehehehe. Iyea lah orang lain sibuk berkemas lemari cantik penuh corelle, aku plak bukan nak kemas lemari isi corelle tapi just nak kemas umah sambil gantung kad raya hehehe. Di kesempantan ini dengan rasa rendah hati Cik Sue ingin memohon kemaafan kepada semua pembaca dan sesiapa sahaja yang lalu mahu pun singgah di blog Hidup kena Slamber seandainya sepanjang aku berceloteh, ada yang terasa hati, terkena batang idung, terkata oleh aku dan segala macam yang aku dah "TER" kat korang le...Aku menyusun sepuluh jari memohon maaf. Kepada raka-rakan alam maya yang sentiasa memberi aku inspiration untuk terus berceloteh di sini terima kasih tidak terhingga dan Selamat hari raya. Istimewa buat Cik Rin dari White House Cottege, Fad's- Be Simple Beb, Atieku sayang - Chenta terakhirku, Kak Yan- Yan's family, Friens, Travel and food Journal, Layanz blues - Tuan Izmee dan rakan-rakan alam maya semua. Tak lupa juga untuk silent readers Cheq a.k.a Puan Fusyarina, Zairizah, Kak Zura, Jiran setaman Puan Maziaty Zakaria, Abang Besau dan semua rakan-rakan love uollzzzzzzzz...
Semoga ramadhan dan aidil fitri kali ini lebih keberkatan kepada anda semua. Jika balik kanpung berhati-hati di jalan raya, pandu cermat sampai dengan selamat.  Love Uolllzzzz...♥♥♥....

( \ _ / )
(= ' _' =)
( " ) _ ( " )
     ♥♥♥

Thursday, July 19, 2012

Salam Ramadan

Posted by Cik Sue at 2:09 PM 4 Komen Yang Terbaek
ihsan pakcik google

Salam Ramadan Al Mubarak 1433H kepada semua...Semoga ramadan kali ini memberi seribu keberkatan dan yang terbaik buat kita semua love Uollzzzzzz...

Wednesday, July 11, 2012

Jenjalan lagi

Posted by Cik Sue at 6:51 PM 5 Komen Yang Terbaek
 Assalammualaikum, selamat petang, hahahah. Straight to the point je lee yea, oleh kerana ada permintaan daripada kengkawan yg nak tengok gambo² aku holiday kat langkawi maka pagi nie dengan gigihnya aku meng'upload'nya  ^_______^.  Maaf  bebanyak lambat upload, biasalah agak buzy sikit awei-awei bulan nie. Jom la ikut aku pi meronda...
Aku booked hotel Azio, motifnya senang nak pi shoppin hahahahah
lepas check in kami pi cari kedai makan, tertiba jer pewut lapoooo, kedai kat sini dah nak tutup pun tapi bila deme nampak kami datang x jadi deme nak menyusun kusi meja....
 Sabo yea nakkkk...
Langkawi maps...hhhmmmmm
 Pak Encik teruja bebenor menengok bungkusan nasi lemak tue....
 Budak berdua nie kalau breakfeast kat luar mesti nak roti canai...x pahaam aku laaaaa
 Oleh kerana tempah nie letaknya di tepi jalan besar maka destinasi pertama kami adalah di sini...Padahal bukan ada apa pun...Just drop by nak bergambo jeeeee but seriously memang pemandangannya indah...Cik Rin with my charlie Angel's
 My soul...
Pemandangan menghijau luas mata memandang....
 Yeaaay...Yeaaayyyyyy....
 Di makam mahsuri, lama benor x ke sini last pi rasanya dengan my late mother dulu tahun Dec 1998...Uiissskk Lama betul dah lain benor tempat nie, dulu masuk RM 2 jer tapi sekarang RM 5.
 Di bawah rumah Mahsuri...Lepak jap cuaca punya la panasnyaaaa ya ampun......
 Rumah Mahsuri bahagian dapur....
 Makam Mahsuri

 Mahsuri oh Mahsuri....
 Sesape yang dok kampung mesti terimbau kenangan lalu kan....

 Pasal cuaca panas deme bertiga nie ceduk air telaga buat basuh muka...
 Tetiba si kak Ngah tanya aku ....'Ma kalau basuh muka guna air telaga nie, muka boleh cantik mcm Mahsuri gak ke???? Toing..toing..toinggg...Banyak le ko punya cantik....Non Hadoooonya nak oooiii kecantikan tue kan ker anugerah dari ALLAH s.w.t....
 Cafeteria...Nak try gak tapi kata pelayan kat situ kopinya dah habis dan belum diantar lagi stocknya...Bole gitu???.....
 Pintu masuk ke Kota Mahsuri

Lepas membeli belah di Gamat Gemilang nie kami nak pi Beras terbakar plak...Apa yang ada kat situ erk...

Thursday, July 5, 2012

Jenjalan

Posted by Cik Sue at 11:55 AM 5 Komen Yang Terbaek
Selamat tenghari kepada semua readers yang singgah sini, bulan baru, minggu baru, hari baru tahun tetap sama hahahaha. So today nak  story, actually ini kisah 2 weeks a go but x sempat nak update uhuhuhuh. Pepaham je la kan bila ambik cuti lama maka kerja pun bertimbun² sama mcm kain yang baru lepas cuci kat umah aku, aik ada kaiatan ker? ntah rasanya x ada pon hahahaha!! ^_____^.   Hujung June 2012 aritu aku sempat le membawa rombongan Cik Kiah ke Pulau Lagenda. Last year aku pi sorang jer pasal masa tue nawaitu aku x  nak pi jenjalan, nawaitunye cuma pi teman cik Rin beli corelle dan segala mcm pinggan x kira apa, janji copnye corelle yeaaa!!! Disebabkan aku rasa TERamatlah bersalahnya kerana meninggalkan keluarga tercinta maka tahun nie aku telah menempah tiket tambang murah, nak bawak deme jenjalan sambil shoppin cekelat kat Pekan Kuah.  Jom la kita layan Cik Sue and the family pi holiday ala² Mr. Bean Holiday hahahaha!!!!...Zaaaaazzzzzzzzzz.....
 Muka teruja nak naik aeroplane...Bila nak sampai nie mama??? Esokkk...hahahah
 Hohohohoh...lama benor  nak sampai LCCT sampai tertido daaaa!!!!
 Pak Encik Q for chek in...Pesal lama sangat time pak encik check in nie rupanya kami terlupa nak bawa Alliya punya surat beranak, halamak mcm mana nie...??
 Muka sedih takut x dapat pi....Sabo kak Ngah sabo..Jap lagi mama call abang besau ambik kak ngah bawak balik yeaaa hahahahah.!!!! Hanginnnnnnnn.
 Yang nie plak muka terlebih terujaaaaaa....Ek eleh!!!!
 Settle everthing jom kita makan dulu...Oleh kerana pewut kami dah penuh sebab dah melantak di rumah maka kami ambil makanan yang simple jeer dulu...
 Posing lagi with Cik White Cottege House....
 Tumpang lalu heheheheh!!!
 Flight delay la pulak dari kol 9.00 ke pukul 10.55 pm..mak aiiiiii lemau leee, Arissa dah mula bosan tengok le tue dia dah conteng² amende ntah tunggu le jap lagi apa plak aksi dia yg seterusnya hhhmmm!!!
 Aduhai dia dah start daaahhhh...memola bukak kasut..lepas tue stokin dan kita guling² uuuwwwaaaaaaaa tolong la cepat ...
 
Ready to departure...Lepas satu azab...Sib baik x sampai kol 10 malam kalau x, mcm mana le ghopa aku anak beranak agaknya yea, uiisssk x sanggup mak nak bayangkanya!! Sesilap orang ingat baru balik dari pasau, muka punya le berminyak dah bole dibuat goreng ikan dah, berlengas giles tuuuu...

Ok aku terpaksa berhenti kat sini dulu pasal bos panggil laaaaa nanti sesenang aku try update lagi itu pun kalau senang le hahahaa ok..ok..ok aku akan cuba senang² kan juga masa aku...Jumpa next episode insyahAllah jika diizinkan olehNYA yea kengkawan. Terima kasih daun keladi kerana sudi menatap n3 aku lagi hahahaha muah muah muah byeeeeeeee...♥♥♥...

( \ _/ )
(=' _'=)
(") _ (")

p/s... dengo² cik rin angkut corelle sampai senget kapal terbang hahahah

Friday, June 22, 2012

Happy Weekend My Dear Friendz ♥♥♥

Posted by Cik Sue at 6:05 PM 3 Komen Yang Terbaek
Okey...Okey...Okey N3 yang pendek jeee. Just nak wish  uollz selamat berhujung minggu kengkawan. Harap kita berjumpa lagi next week. Tolong jangan nakal²  yea hahahah....Happy weekend and happy holiday...muah muah muah muah...♥♥♥...

Wednesday, June 20, 2012

Sukan CBN

Posted by Cik Sue at 9:38 AM 7 Komen Yang Terbaek

Selamat pagi dan selamat hari rabu. Bersama kita bersiaran lagi hahahaha. Ari nie aku just nak share cite pasal temasya sukan tahunan Convent Bukit Nanas 1. Tidak seperti tahun² lalu, tahun nie temasya sukan diadakan pada June. Mungkin nak mengambil berkat  Euro 2012 dan  Olimpik London 2012 on July (ada kena mengena ke?). Dan seperti biasalah aku pun tidak ketinggalan untuk memeriahkan suasana. Cuma kali ni agak kecewa sedikit kerana tidak dapat melihat Alliya beraksi dalam acara perbarisan. Pagi tue kan ker hujan lebat. Sib baik sempat tengok cheer girlz beraksi. Mmg pun itu acara yang sangat² dinantikan oleh semua hadirin termasuk le aku hahaha....Jooom kita ronda² sekitar hari sukan Convent Bukit Nanas 1....

 Isi pewut dulu at Nasi lemak RA Kampung Baru.....Anom & Arissa.
 
Masa nak naik atas, tau la ari minggukan kawasan Gereja...Punya le ramai Filipino siap bukak booth lagi katkaki lima dan perasaan aku ketika itu seolah² mcm aku berada di Filipino...Alahai bole plak dorang berniaga bagai kat tepi tue..Mmg boleh ke??? Bertuahnya bumi Malaysia nie kan senang nak cari makan...mana perginya penguatkuasa DBKL tido lagi ker hujan² nie...hhhmmmm!!
 Menapak punya la jauhnya pasal......
 Jame gilosss tuuuuuu...
 Aloooo...Aloooo...Nak bawak jugak anak beruang dia tue...Alahai Arissa Syauqina!!!!
Persembahan cheerleaders dari Rumah Hijau berkonsepkan dream girls seksiiiii gitu!!!
Disebabkan aku datang lambat maka jangan harap le nak dapat duduk dalam khemah tue...Apa Ko hengat ko tue VIP nak ada tempat khas ko dlm khemah tue...Lain kali datang awal yeaaa baru bole dpt the best placed. Skrg ko duk jer kat tangga nie...Ok what???? Terbaek...
Nie plak persembahan daripada Tun Teja...No bad laaaa...Baju kurang menyerlah tapi persembahan menarik...
Nie plak dari rumah Mahsuri...Make up dan baju  memang terbaik. Setiap tahun mmg rumah biru, baju cheernya mesti cantik dengar²nya ada anak Tan Sri dalam team cheer nie ooo patut pun...Persembahan serabut terlalu banyak penggunaan props...
Yeayyyyy...Persembahan yang sangat ditunggu² dari rumah merah...Red da hot..Red da great. Red it's hot today. Pakaian kali ini terbaek, persembahan pun no bad...
 
Persemabahan ala² MOB...Cute sangat...
 
 Nie pehal plak nie....
 Kegarisan sedia mulaaa...Congrat Kak Ngah u'r no. 1...
 Anom and the gangs turut sama memberi sokongan...
 Berbaris nak ambik medals
 Yesss saya suda jadi juara larian...
 Ooooopppsssss....Bears tetap setia disisi
 Parents yang hadir memberi sokongan kepada anak² mereka..
Yang menarik perhatian aku...Styloooo kan..kan..kan..Korean la sangat hahahaha. Menangis BSB nengok nieeee...hikhikhikhik!
 Lunch for Green...Domini's pizza...Ko hadooooo...Non hadooonyee!!
Nie plak lunch for Mahsuri KFC...Hhhhmmmmmmmmm. Sukan kat UMES pun x makan mcm nie punya mewah paling koman mee goreng mamak dari cheq jeeeeee...
 Caaakkkkk...interframe jugak laaaa...Yeloww...Yeloww..Yeloow
 Acara akhir untuk para parents yang hadir mewakili rumah sukan anak masing²...Aku x payahhhhh!!!
Daaaaaah jommm balik, penat dah satu ari dok tepi padang naik berlengas muka aku nie...Sib baik ko menang Alliya kalau tidak pajang le mama ko membebel...Hahahahah!!! So jumpa lagi tahun depan...Uhuhuhu tahun terakhir anak² aku berada di Convent Bukit Nanas 1. Lepas nie dah x ada dah... Apa pun CBN the great and the best...!!!
 

HidUp KeNA sLamBer Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei