Thursday, April 18, 2013

Aku kembali

Posted by Cik Sue at 2:35 PM


Assalammuaalaikum dan salam 1 Malaysia. Lamanya aku menyepi dari dunia blogging nie kan muahhahaah. Iyea la since dah ada medium lain yang lebih pantas dan laju dari blog nie kan. Zaman sekarang nie orang lebih suka access yang lebih laju dan cepat twett, insta, dan FB. Aku nie dah serupa macam budak baru 5 bulan merangkak lagi nak 'meng'tweet hahaha. So apa cerita, dah lama sunyi sepi kan. Alahai kalau nak diikutkan ceritera aku nie bole je jadi cerita 1001 malam. Hahahha. Ok mari le kita pendek kan ceritera aku nie yea. :-)
Today aku just nak usik² manja je. Almaklum la dah la bebenor teman nie idak ke udara kan. Kalau dah namanya usik² manja pasti la ada yg akan melompatkan. Lompat si katak lompat. Hahahah, Uiiisssskk jangan dibuat hal udahlah sekarang nie cuaca panas, tambah panas nak election uuuisssskkk jangan tambah panas lagi. Tapikan sesekali kita bako wall apa ada hal yea tak heheheh!!! Today i receive envelope putih from the Second Line...And sama seperti tahun² sudah, i never...never...never okay..never expected more. Kalau dah namanya bukan feberet jadi janganlah hendak mengantung harapan di puncak Himalaya. X gitu!!. But the way aku tetap bersyukur kepadaNYA kerana sentiasa memurahkan rezeki aku dan keluarga. Mungkin tidak di sini tapi di sana alhamdulillah. Cuma yang buat aku tak paham dengan management nie, kenapalah mengambil masa sampai 4 bulan baru nak bagi kenaikan. Alasan yang diberi sangat la tak relevan bolehlah dapat lebih sikit. Statement bangang!!! Banyak mana yang kami dapat kalau takat kenaikan kami hanya 3% je.  Alolooo lain la deme riban². Alahai....
Ada yang dapat pakej naik Eksekutif. Wah bunyinye sangat hebatkan tapi  kenaikan sangatlah sedih. Bila kita pi berjumpa dengan deme jawapannya  sangat mudah..."U x nak ker nanti bila u masuk hospital dapat bilik satu, pergigian u dapat 600 hengget..." Omak ko..Tiap² bulan ker aku nie nak masuk sepital and nak pi check gigi..."  Ok silalah buat gigi emas. Gila ke apa!!!! Alahai alasan deme mmg tak masuk diakal langsung. Itu baru satu part belum part lain lagi. Ada  pekerja yang dah mati gaji bertahun² sedangkan nak keje lagi berpuluh tahun. Keperluan bertambah management buat tak nampak je. Tapi kalau part deme semuanya yang the best and hebat² belaka sampai k ke anak bini support abis kalau bole ngan kucing² deme nak masukan dalam list. Jozan I pinjam tag line uolz yeaaa...Ini semua poyooooo....poyoooo....!!! Kalau orang macam aku nie lagi la tak dipandang langsung. Buat la keje sebagus superman panggil je terus meluru, baguslah mcm si gaban  pertahan sana sini non hadonya. Sebelah mata pun tak pandang. Tapi kalau yang disayangi tak usah ngada² ko nak cerite yea. Bila kita pi jumpa deme tanya, jawapan deme "Syarikat mengalami kerugian..."pelik aku memanjang je syarikat aku nie rugi . Lagi satu ayat feberet deme bila kita tanya kenapa kita tak naik walaupun dah berjanji.."I dah cuba tapi u pahamla kan.." Elooo sekarang aku tak paham tolong explain sikit, itu makan dia kan. Sekolah aje bertingkat² bodohnya tetap sama. Inilah dikatakan janji yang dicapatikan.
Baru je nak joint Union dah dikatakan kami nie "terrorist". Elooo do you understand what the meaning terorrist. Terorist Omg!!. Kalaula kami nie ada menggunakan senjata tajam atau melakukan kekerasan bolehla  dianggap begitu, ini kami tak buat apa pun.  Lagi statement banggang!!! Muahaahhaha....Yea aku memang sedang sakit hati dengan majikan aku, apa??? Ngapa tak cari keje lain..? Kalau la tong merah kat tepi opis aku nie boleh bercakap confirm dah lama dia sound aku.."pos resume lagi ke Kak Long..." mau tong merah tuh makan penerajang aku. Muahahahaha...Atuhaiii. Actually kan aku sayang kat company aku nie, bak kata arwah mak aku dah sebati  mcm ko masak gulai tempoyak and  the most important I love all my friend around me. Cuma aku berharap pihak majikan bukak mata sikit la pada kami pekerja bawahan nie walaupun aku tahu, tak ada pun wakil majikan yang akan baca post aku nie tapi sekurang²nya aku dah cukup puas hati dapat meluahkan isi hati.  Pekerja itukan aset majikan jika ada sikap toleransi tentu kita kerja pun seronokkan.
Wah la panjang sungguh aku membebel. Aku nie bukanlah worrior cuma adalah setitis dua darah dari Tun Fatimah..Ceeeh podaah la !!! Hehehehe..Dan apa yang aku harapkan semoga ada keadilan untuk kami di sini dan marilah kita berdoa semoga hari itu akan sampai suatu hari nanti. Pergilah derita!!! Walaaa!! Touching la plak. Terima kasih kerana sudi membaca post ini hingga ke nokta akhir. To all my friend thank you so much kerana masih lagi berdiri disisi, terima kasih juga kerana terus menyokong perjuang kami ini. Sayang bangat sama kalian..


Love
Cik Sue


3 Komen Yang Terbaek:

abang bro EL on April 18, 2013 at 9:40 PM said...

touchinggg aku baca entry ni ...huhu

Be Simple Beb(BSB) - threeQ on April 19, 2013 at 9:16 AM said...

hidupppp!!!!cikkk suueeeee..harap2 bulan 6 nanti ada good news for us.

abang bro EL on April 19, 2013 at 11:48 PM said...

Gaban tu aku le tu..hp ringtone Gaban hahaha...

 

HidUp KeNA sLamBer Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei