Utusan Media Sales Sdn Bhd - Kewangan & Pentadbiran
At Sec 14 Petaling Jaya sentiasa di hati....
Assalammualaikum, fuuuh!! berpeluh nak menyiapkan n3 kali nie. Beberapa kali tertengguh dek kerana emosi yang tidak menentu. Okay bagi tidak menghampakan permintaan "silent reader" yang minta aku membuat tribute to UTUSAN MEDIA SALES SDN BHD at Sec 14. Tribute ke??? Layan je laa. Yang benarnya daya kekuatan untuk aku menyiapkan n3 kali ini agak terbatas dan terbabas :-). Sememangnya beberapa kali menaip aku terhenti menyenang susah senang di Section 14, Petaling Jaya selama lebih kurang 20 tahun di sini. Emo giloooo's sioot!! Mana x nya seribu satu macam rasa dan rencah ketika aku di sini. Suka duka, masam manis, pahit payau, gembira saling bertaup bersimpul mati dalam diri aku. And best part di sini lah bertemu jodoh bersama Pak Incik hahahahah!! Poyoooo x...Ada aku kisah, nak gak tulis, tapi jangan kengkawan x tahu yea bukan aku sorang je bertemu jodoh di sini ramai lagi kengkawan lain tau contohnya BSB dan Mr. Brown..hahahaha ada lagi ...Ada 2-3 'silent reader' aku yang bertemu jodoh di UMES. Meriah kan!! Itu baru bab jodoh belum bab lain² tau!!! Sec 14 nie boleh dikatakan one stop center, everything u can fine at Sec 14. Dah mcm "tag line" plak hahahaha Kedai makan bersepah², mamak conner 24 hours kalau korang ingat kisah pemandu mabuk langgar pembahagian sehingga menyebabkan kematian sorang pelanggan di kedai Mamak Jamal. Sec 14 la tu, lagi satu kes Jaya Supermarket runtuh menyebabkan kematian pekerja indo, Sec 14 la tu, nak ke bank kiri kanan ada bank duit je yang x ada Hahahaha!!! Mc'd, KFC, pizza sebut je nak apa semua ada...Glam x...:-)
Bila memo pertukaran naik kat papan notis semua muka dah macam tertelan ubat gegat je aku tengok. Especially my bos. Udahlah notis perpindahan naik masa bulan posa, terus potong mood nak beraya. Itu pasal la baju raya aku tahun nie jadi carca marba. Motif...? Sengal la tu ...Hahahah. Aduhai!!
Ramai yang kata aku la manusia yang paling happy coz new building nearest my house. OMG!! for the first sight maybe i like but dalam hati x siapa yang tahu kan melainkan Allah s.w.t yang maha mengetahui. Actually nak kata aku suka sesangat tak jugak nak kata x suka x jugak. Susah aku nak describe my feeling masa tu. Seriously berkecamuk. Suka x suka kehidupan harus diteruskan jugak. Betul x. 20 tahun mengharungi suka duka di Sec 14, P.Jaya adakah dengan mudah untuk aku melupakan semuanya. But i hope new surrounding can helped me towards a gud!!! betul ke ayat aku tu...Hahahha..
Jabatan Kewangan Utusan Media Sales Sdn Bhd, seminggu sebelum pindah. Uwaaaaa...bagaimana hendak kubawa hati yang lara ini....
Ruang santai kami di tkt 5, di sinilah tempat kaum wanita bersantai terutama hari Jumaat. Sambil borak² kosong mengisi waktu terluang sehingga jam 2.30 ptg. Maklum la 20 tahun dah kat Sec 14 tu sampai tumpul idea nak pi mana. last² di sini lah kami melepak. Sambil melepak sambik sok sek sok sek kan..kelas ko Jaaah!!!
Haaaa...Jangan x tahu ini adalah ruang yang paling disukai oleh kaum wanita tkt 5, klau dah masuk ke sini, Jangan harap nak keluar awal yea, paling awal pun1 jam yang lelaki pun sama naik jugak..Ruang Gossssssiiiiiip...!!! Hahahaha terbaik sambil makan sambil bergosip silap ari bulan tergigit lidah. Padah muka ko Jah ooooiii...Really miss this place!!! Uwaaaaaaaa....
Yang lelaki plak, di sinila tempat mereka melepas lelah...Jari ngan mulut sama naik..Alahai!! Now papan carrom nie dok tersadai dalam store kat CSL...Apa bole buat daaaa..
Miss a lots this road....hahahah hambek ko sampai jalan pun ko nak rindu gak ke...Agak² laaa wei. jiwa kacau mcm nie laaaa.. Sometime aku skodeng Mat² Bangla or Nepal balik dari korje saja cuci mata mana nak tau kot² ada yang rupa cam Salman Khan ke Amir Khan ke Hahahaha...Pitam!!!
Panorama dari tkt 5 bangunan UMES di Sec 14. Aduhai i really² miss this place. Andai dapat ku undurkan putaran waktu pastinya aku tidak ingin semua ini berlaku...Peerrrrgghhhh mmg sengal kan...
Muka x bole blah kawan aku sorang nie. Dia la orang yang paling² x suka nak pindah...Packing barang pun macam nak masuk dalam kargo nganto ke Zimbawe jeee.."Tuhan tolong lembutkan hati aku, untuk terima ini seadanya..." Klaula BSB ni ada kuasa magis confirm dia akan berhentikan masa supaya semua ini tidak terjadi...BSB redhakan semua ini, kerna setiap apa yang terjadi ada hikmah yang tersembunyi, In Shah Allah ada jalannya...Peace yoooo!!! Kot yea pun ko mara jaga le sikit meja aku tu wei!!...Heheheh!!!
Klau tadi ada orang yg paling x suka sekali nak pindah kali nie lain plak ceritenya, My bos la orang yang paling excited gila nak pindah, x sabo², pagi notis naik tenghari terus berkemas, Iyealah 20 tahun dah mengharungi jammed kat Federal kali ni nak rilex la plak atê umah ke opis sepelaung jeeee...Akhirnya dapat jugakla apa yang diimpikan oleh yea En. Norman. :-)...
Motif gambar umah nie. Jangan x tahu owner umah nie suka komplen, kami warga UMES memang band Nyonya nie. Ada je yang x kena, yang bole layan dia cuma Mr.Norman sorang jeeee...Lagipun Nyonya nie "Intanku Kesepian"....ngengengeeeeeeeKotak Parking 38 memang selalu jadi rebutan tapi sorry haaaa walaupun x ada tulis nama aku tapi pada dasarnya ini tempat aku yang punya...Depan mummy belakang combi punya noooo!!!! Saman MBPJ bila mau bayaaar haaa...Kasi tunggu MBPJ buat sale 50% off, baru kami datang bayoooo...Ahaks!!
Fuuuhhh gila panjang n3 aku kali nie. Gitu le bila dapat aku melempiaskan segala yang terbuku selama sebulan nie. Wah!! Pejam celik pejam celik dah sebulan kami warga UMES pindah ke Chan Sow Lin. Memang lain benor suasana kerja di Sec 14 dengan di CSL nie. Klau dulu kat Sec. 14 kami² je bila dah dok satu bumbung dengan mak bapak nie lain plak kerenahnya. bak kata arwah pakcik Astro tu macam² adaaaaaaa... Seribu satu macam daaaa!! Kalau ikutkan ati aku nie aku mmg nak tulis macam² tapi disebabkab kesuntukan masa ini je la yg dapat aku hasilkan buat pembaca senyap aku. Kepada yang singgah di blog aku nie terima kasih tidak terhingga kerana terus membaca coretan merapu aku nie. Terima kasih kerana masih sudi lagi singgah di sini. terima kasih jugak kerana terus menyokong aku (ada keeer,,,) Love Uoolzzz...Ocne again thank you so much my dear friends semoga ALLAH s.w.t terus memberkati persahabatan kita di sini amin......Sayang awak semua and Assalm.................
~Love~
Cik Sue
3 Komen Yang Terbaek:
akhirnya ada jugak entry terlatest...apa lagi buat lah Part 2 untuk entry ni haha...
aku redho dlm paksa...hhuuhhuuu
eppi belated besday kak ....heeeee...
Post a Comment