Friday, April 23, 2010

CaBAran BerMula..

Posted by Cik Sue at 6:04 PM 0 Komen Yang Terbaek
Cabaran telah bermula..mari..mari..mari...yang jauh kita dekatkan yang dekat kita rapatkan..rapat...rapat..rapat..mari..mari..mari..Bahang kepanasan Sukan antara Jabatan masih berada di bawah paras beku lagi. Blom menyerlah namum begitu setiap pasukan tidak memandang remeh perkara ini. Semuanya pasukan sedang giat menjalankan latihan insentif untuk acara yang dipertandingakan bagi merebut gelaran juara mahupun mempertahankan gelaran Juara.
Kejohanan antara Jabatan Utusan/BKUM 2010 akan membuka tirai secara rasminya pada 8 Mei 2010. Dapatkan Utusan Media Sales Sdn Bhd - UMES selaku juara pada tahun 2007 mempertahankan gelarannya. Saksikan kehebatan, rembatan, kelincahan serta pelbagai ragam sepanjang kejohanan ini berlangsung. 8 kontinjen bakal bersaing merebut kejuaraan. Membuka tirai acara bola sepak pada 4 Mei 2010. Mari bersama² kita memberikan sokongan kepada pasukan kita. Maju la sukan untuk semua. HIDUP UMES!!!...UMES TETAP VOUGE!!! UMES THE BEST!!! Jom Sukannnnnnnnnnnn....Adiosssss ♥♥♥ .....

Tuesday, April 20, 2010

Majlis Aqiqah & Cukur jambul

Posted by Cik Sue at 11:34 AM 0 Komen Yang Terbaek
Salam kengkawan N3 kali nie aku upload gambar² sekitar majlis aqiqah & cukur jambul MOHD FIRAS AMSYAR di Kampung 2 week agoooo...lalalalalaaa...zaaazzzzzzzz jom layanzzzz....
New born on our family...welcome dear Mohd Firas Amsyar bin Ezuan Reza... Mcm jawa jer mkn tempee dorang nie tau...x sesuaaaaiii.....
Doorgift berupa pulut kuning, telur, Al- matsurat sughra (doa & zikir) & kuah kambing ..x sempat nak snap pix kuah kambing hehehehehe....

lauk pauk kenduri waaaalaaaaaaa.....sedaaaappppppppnya terliurrrrr

Ayer bandung + soda aduhaiiii sedapnyer...mcm mana aku x kena semput daaaaa.....

Hubby & Khairul. amboi khusyuknya projek juta² ker?!!..Sis & Mak Ode

Mohd Firas Amsyar with he daddy...dah besau jgn jd mcm daddy hang kay.....

Sesi menghidang makanan utk kenduri dimulakan...

2 minah glamourrrrrr....Mummy & Fatin

Peralatan majlis cukur jambul....

My granchild...Qistina Faizul

Amboi kak Ngah & Arissa seronoknyer main ngan baby...

My lovely cousin..heheheh nak interframe gak...Puan Sri Noraini aka Ibu mak nyaaahhhh...

Nanny and Mohd Firas
(uhuhuhuh...rase tuanyer)
Doorgift untuk orang serambi...(orang lelaki ler tueee....)

Majlis marhaban & cukur jambul berlangsung...

Suapan seorang wanita bernama WAN....sayang cucu Wan...

part orang dapur la plakkkk yeaaaaaaa....

Wan Eley cbuk potong jambul dia boleh lelapppp...alahaiiii....♪♪

Fisya nie nape ek..mama babap kang?!....Afrisyah with her Ummi

Kari kambing....waaalaaaaa....yummyy

Masa untuk sinsing lengan baju yea cik sue...cian..cuci cepatttt.!!!


Taaraaaaa....Me and My cousin Bung...Bukan Bung Moktar tauuuuu...hehehehehe..alahai comeinyer aku bila dok sebelah hang nie Ngah, rasa kecil sesungguh².....

Saturday, April 17, 2010

~HAditH~

Posted by Cik Sue at 9:50 PM 0 Komen Yang Terbaek

Sebagai insan kita tidak lepas dari menghadapi sakit dan dari perspektif Islam, derita sakit itu mengandungi hikmat tersendiri. Ahlus Syifa' yang menyarankan pendekatan yang secara amnya mengikuti ungkapan ini . ~"Pemulihan Diri Mu Bermula Dari Diri Mu"~...Dengan itu dalam menghadapi sakit dan menjalani pemulihan kita harus melihat kepada penyembuhan rohani atau jiwa kita terlebih dahulu sebelom melengkapi penyembuhan fizikal untuk mencapai penyembuhan sempurna.


HADITH:

aku berlindung pada keagungan ALLAH dari keburukan rasa sakit yang aku deritai dan aku risaukan...
Hadith riwayat iman Muslim, Malik, Abu Daud dan Al Tarmidzi..

Amin...♥♥♥...

Friday, April 16, 2010

Minggu yang cbuk..

Posted by Cik Sue at 4:52 PM 0 Komen Yang Terbaek
Salam kengkawan. Rasanyer sudah lama x menjengah ke blog ini. Di sana sini sawang ,dah rasa mcm masuk rumah spiderman plak.uhuhuhuhuhh..Sepanjang minggu nie juga byk perkara yg berlaku diluar kotak pkran aku sendiri. Kitakan manusia biasa mana nak tahu esok, hakta seminit dari sekarang pun kita x terduga apa yang berlaku kan!! Mcm diri aku juga...Sepanjang minggu yang sangat cbuk..Sehingga ada ketika terlupa juga padaNYA...Masyallah!!!! Cbuk bukan satu alasan..Hendak seribu daya btol x kawan²?..Bermula dari minggu pertama, cbuk mengejar dateline tugasan yang harus disiapkan 5 hari bekerja tu ...aduhhhh!!! Selesai dateline, tugas yang lain plak sudah tersedia menanti, filing, bankstatement, bank in cek...huissss klau nak cite kat cni dah jadi mcm job specification plak.hehehehe... kemudian berkejar ke training bola jaring walau hujan, turun jugak untuk stamina almaklum la (bunyi mcm star jer sioootttt hehehehe)..Minggu seblom tue newphew aku dah call nak wat majlis aqiqah & cukur jambul anaknya yang baru lahir Mohd Firas Amsyar bin Mohd Ezuan Reza bin Datuk Karim Shamsudin (uwaaaa aku dah jadi nanny...tuanyeee) adusssss!!!!! Nanti ada kelapangan aku upload gambar² sekitar majlis cukur jambul tue kay!!!
So mlm jumaat kami bertolak blk Mlk jam 11 mlm..kompem ler jln x jem pasal bkn cukup bln pong kan..Tapi alangkan meleset sangkaan kami. Nak buat U-turn ke MRR2 pun dah jem giler adussss. Sampai plak Highway Seremban jem x gerak lg adusss haiii jam dah kol 1.30 pagi mak aiii...Amik ko sampai Kg sekitar jam 3 pagi. Esoknya pagi² lg kami dah ke rumah cousin aku yang wat kenduri tue sampai ke petang, tolong mana yang patut selebeynye tolong menyibuk jer wakakakak...Cousin aku nie klau wat kenduri lauk pauknye mmg waaalaaaa x enggat doniaaaaa..adusss mana bole tahan..Tengah panas pekena ayor sirap bandunggg mmg walaaa + makan tapai pulut uuiikkkksss sedapppp...Tengah malam amik ko. Semput pun seranggggg!!I KebabOOM!! Ini yang dikatakan tak ada penyakit carik penyakit. Ini juga hikmat dariNYA supaya kita sentiasa beringat. Alhamdulillah. Sehingga aku menulis hari ini semput aku masih lagi blom baik sepenuhnya...Berehat 1 minggu...owhh..owhhh..Aku rasa dah mcm iklan kit kat plak..kita berehat sebentar bersama kit kat...Seminggu juga aku kureng menjengah dunia luar, rasanyer hidup ini terlalu sepi. Sukar untuk diungkap dengan kata hati betapa sunyinya dunia aku tanpa gelak tawa rakan² sekeliling ,tanpa jelingan maut dari cheq, tanpa deringan telepon yg membingitkan telinga, tanpa usikan nakal dari mereka walau kadang kala mengundang rasa, namum itulah rencah dalam persahabatan kami. Betapa sunyinya aku tidak mendengar kata
²....Apa diaaaa???.. Nak buat mcm mana, biorkan ler??..Sebut besar² tolong slow skit yea???..Ah!! petang nie jadi x open round table???..Nyah ko tau Nyah??...Itu ler sebahagian drpd ungkapan² yang mewarnai hari² aku di UMES. Tanpa kehadiran mereka membuatkan hidup aku sedikit sunyi. Usik mengusik telah menjadi makanan seharian kami. Tiada rasa yang tersimpan dalam hati walau kadang kala tergelincir juga dari landasan kata² yang tidak sedap didengar. Namum sebaik mungkin dihindari.Tapi itu semua menjadikan persahabatan kami seindah warna pelangi di waktu pagi. Menceria & mengujakan.! Tidak pernah terdetik d'hati kecil aku untuk menyimpan perasaan dendam pada teman², sepanjang 15 thn aku berkhidmat aku blom pernah sekali pun mc sebegini lama (staff contoh tue uhuhuhuhu..) kecuali semasa cuti bersalin dan kini aku tahu bahawa kami saling melengkapi utk sebuah kehidupan juga kerjaya kami. Dikesempatan ini aku merakamkan jutaan terima kasih kepada semua teman² yang tidak putus² memberi nasihat serta kata² perangsang juga yang bertanya khabar biarpun hanya dititip melalui alam siber. Keprihatian teman² sesangat dihargai terima kasih³ rupanya masih ada yang sayang uhuhuhhuhuh.... Thank you a billion to all My FRIENDZzzz. Fad, Fusya aka Cheq, Iza, Maz ting, Cik Rinn, Sheila, Mieda, Izmee, Cik Ee, kak Ct dari Terengganu dan kepada sume walau nama kalian tidak ada di tulis banyak sesangat lerrrr..Thank you again Friendzz mendoakan kesihatan untuk aku..Love u all muuaaahhhs.....
Intai kami antara nampak
esok jangan layu²an
intai kami antara nampak
esok jangan rindu²an...akhasss♪♫☺...
adioss....♥♥♥
iyea ker ayat aku tueee!! konfius...konfius..

Thursday, April 8, 2010

Jamuan Pepisahan Lagi

Posted by Cik Sue at 3:01 PM 0 Komen Yang Terbaek
Untuk suku tahun pertama 2010 nie jer kami telah mengadakan 3 kali majlis perpisahan dan ini kali yang ke 4. Aduhaiiii..Ramai btol yg meninggalkan compeni aku skrg nie. Mungkin itu yang terbaik buat mereka kerna mereka masih muda belia banyak peluang di luar sana. Aku nie dah kompem ler sign sampai mati kat sini ahaksss..Hee ada lagi ler member JPB dan jgn JPT pun sama gak..Aku nie dah x boleh nak menulis lagi sedey bebenornya gamaknya atie nie. Jom kita layan gambar² yang sempat di rakamkan oleh paparazi mummy d'penang aka cheq...layanzz ♥♥
Ini lah minah yang diraikan...Cik lagi yea Cik Siti Habsoh binti Anang Bassari etx 527 hehehe
Bersama yang diraikan Cik Habsoh dan penyeri Kawalan Kredit yang dah tepu telinga..
Aksi manja cheq dan Habsoh
Perut dah kenyang senyum pun x larat yea Iza...posing tetap posing yea cheq..maintain

Teloq dadar seafood dan daging black paper - Cheq punya menu x bleh tukaq yeaaa
Ikan siakap 3 rasa...masam, masin dan pahit...oooppppsss!!no..no..no..klau dah 3 rasa apa lagi mesti la masam² manis..mcm Shah kaaan..

Ini plak chicken lemon - pilihan cik sue & cheq..walaaaa yummmy...

Eh!...posing dulu jgn mara aaa.....
Btol x chicken lemon tue yummyyy..tengok sib baik lemon tue masam klau x selamat...
Alahai cik sue mata dah stim..aksi manja Fad no gedik's time yooo

Fendi sampai tertutup mata menikmati tomyam..Shah cover macho plak
Ini ler bos kesayang kami..opppss!! bukan yg botak tue ek..yg botak tue tukang bayar jerrr.. Bos kami mesti la yang tengoh dok tengok menu..bos tengok part ayor pasal kami dah tercekik x order ayor lagi...dlm pakej ayor kena paid by your self so sume staff mengambil langkah berjimat cermat. Minum air kosong yg freee jerr..Sib baik bos dengan baik hati hendak menaja minuman kami tengahari tue..Klau x alamatnya balik opis bancuh teh 'o' lerrrrr...Thank You bos.
Baik² Saiful..kang tertelan sekali sudu tue baru tau...Nangis cheq nanti bos sayang mc 4 bulan tercekik sudu...uuwwaaaaa..
Yang hensem tue ler bos Cik Habsoh kite..Tapi masa nie En. Johan x leh nak senyum sangat pasal baru lepas operate geraham demi staff kesayangan dia datang gak..Thank You bos

Habsoh sedang memberi ucapan terima kasih kepada staff CC..Eh!! dont cry..no good
We gonna miss U babey...

Air nie bos kami sponsor...Cheq kata air antara dua darjat..cik sue order manggo cheq order fresh oren tapi air cheq kecik berbanding air cik sue...bukan aper cheq itulah bezanya org yg dah 15 tahun berkhidmat ngan orang yg 8 tahun...ahaksss

Disebabkan air buah nie bos yang belanja, kami rasa TERsangat ler seeedapnyeerrr..Thank's again bos. WE love you...

Aksi manja Cheq disamping akak sayang Iza.

Waaaalaaaa..yang nie mesti mariiiiiiii..jgn jeles yea kengkawan. Nak gak interframe heheheh control ayu gitu....zaaaazzzzzzzz..

Agak²nya lepas giliran sape yea..bukan aper x sabau nak riki restoren mana plak nak gi makan heheheh. Kepada sume staff CCD thank you for cooperate..muuuaaahhh's
♥♥♥
Hari ini, semalam dan esok
selamat maju jaya HABSOH...


Tuesday, April 6, 2010

badai cinta semalam (episod akhir)

Posted by Cik Sue at 10:14 AM 0 Komen Yang Terbaek
Setelah seminggu peristiwa aku terpaksa mendengar rintihan kawan aku yg angau tahap gadan. Akhirnya aku kini sudah boleh menarik nafas lega. Perkara pertama yg aku lakukan adalah tidak aku hampirinya walau aku tahu saban malam dia ada 'online'. Dia juga tidak lagi memanggil aku di talian, mungkin apa yang di cari telah di temui atau adakah dia sedar akan kehadiran aku dialam bicara tanpa suara. Namum begitu aku tidak kisah, asalkan dia bahagia. Aku juga turut menumpang kebahagiaannya.

Itu cerita minggu lepas, cerita minggu ini...Tiba² dia dtg kpd aku dgn muka mcm pisang kena leyek hancussss..Adus kali nie ape ker hal la plak. Dia panguk kepada dpn meja keje aku, walaupun dia tahu aku sibuk mengejar deadline (im not journalist wokey).aku kerling wajahnya udah sama cam tapai masam."hhmm.."terdgr hembusan dari lubang idungnya. Aku angkat kepala. Dia sengih."pa hal?.."tanpa menandang aku menyoal."bz ek?..""cis..lagi mau tanya kaa"..aku sorong keje² dihadapan kepadanya."hhmmm..byk lagi ker".."woii ko nampak ker x nie..sume kena siap by this week"..Dia panguk kepala memandang keje² aku dgn perasaan yg kosong. Kesian la plak."apa hal..masalah cintaa!! x settle lagi ker?"..sekadar serkap jarang jer. Sebab aku tahu dia akan cari aku bila ada masalah cinta jer mamat nie. "aku nak berceritalah"..aku dah paham maksud dia. "mcm nie la, klau ko rasa ko nak cite ngan aku better ko cite jer. Pasal lepas closing nie aku mmg cbuk. next week training dah mula, next month games. so yes or no.." " hmmm.." dia diam. Tetiba jer dia sambung.." aku online ngan dia"..dalam nada yg cukup perlahan dia bersuara."aku x sangka dia masih sayangkan aku lagi la cik sue.." Senyum sampai nampak barisan giginya yang tunggang terbalik hehehehe..Eleh mamat nie cam gatal jer bunyi ayatnya, tadi bukan main lagi macam tapai masam, ni dah ropu cam beruk dpt cincin, sengih + ketawa. Ewah cam hensem sgt ler tue hehehe..Eh! kompem hensem ler klau x, awek dia x kan jatuh cinta semua yea dak..ahaksss.."Dah tue apa masalahnya.." malas aku nak melayan.
"mcm selasa lepas kita org cite masa aku kat tempat lama dulu, mcm mana dia reject aku.."Sengih. Aku angkat kepala nengok muka dia. Waa la dah mcm remaja 18 tahun yg baru kenal erti cinta. Suka bebenor ler gamaknya. Aku pun sengih gak, ntah apa yg lucunya aku pun x tahu. Sekadar ambil hati kengkawan. Tiba² wajah yg tadi mengambarkan bahagia kini bertukar muram mcm teh yg terlupa isi gula kelat. Udah napa plak ni. "semlm aku putus ngan dia..." "wakakakakak..." cis mulut aku nie tau!!tanpa berselindung terus terburai ketawa dah mcm c Rock dalam rancangan terjah la plak. Adusss hai putus urat kentut aku ngan mamat sorang nie. Aku tahu dia x kisah pun aku gelak kat dia. Iyealah org tengah frust mana nak ambik kesah pun kan?."tapi dia x nak..dia ckp dia masih sayang kat aku"...alahai. Aku sengih simpati."aku nak buat apa sue..""..buat bodo..akakakak..sowey joking maa"..lawak paling sengal rasanya.
"ntah la sue, 13 thn aku simpan perasaan ni. Berkali² aku menafikannya tapi perasaan itu tetap hadir dan tumbuh dalam diri aku. Bodo ker aku nie sue.." bukan bodo lagi bangang + mengong tapi sayangnya kata² itu tersekat dicelah kerongkong aku jer. Klau rasa-rasanya nak mata lembam sebelah ckp ler. X ada penyakit cari penyakit. Sepi..Sesepi hatinya yang kosong tanpa irama lagu. Seribu kepayahan dia menyambung bicara.."rupanya sue selama ini kami menyimpan rasa yg sama. Memori antara kami tidak sedikit pun tercalar oleh masa,aku pun sayang kat dia lagi, tapi aku ckp aku nak putuskan hubungan terlarang ni seblom aku terlanjur mencintainya dgn lebih dalam lg.Itu yg sepatutnya kan cik sue..."Aku angguk kepala, perasaan kesian kian menebal. Hanya dia yang tahu, bila cinta membara. Aduss."aku putus bukan krn benci tetapi krn cinta terlarang. Aku noktakan di sini atas nama cinta"..Hakikatnya ada rindu yang berlagu dalam dada yang bergetar namum pelabuhan kasih karam di hempas badai. Aku terus melongo sib baik x ada lalat kat opis aku, klau x free² jer lunch mkn lalat hahahah..Dgn secebis kekuatan dia menyambung bicara walau ada sendu dihujungnya."Dia kekal dlm hati aku sue..perpisahan ini adalah yang terbaik buat kami. Kau tahu sue, segenap hati aku sudah luluh..hancur..bersepai..akhirnya aku mintak dia removedkan aku dlm FB bahkan dlm hati dia sue...Ada hikmah sume nie kan cik sue"..Aku angguk kepala. Rasanya utk hari ni jer sudah brapa kali aku angguk. Atenye mak dah jadi cam burung belatuk terhangguk²."moga dia mengerti ada cinta dihati ini ,ada rindu yg blom terhenti,ku mohon kasih dalam mimpi yg x pasti, izinkan aku bahagia walau dgn cara yg berbeza "..uhuhuhhuhu..muka dah mcm tapi masam..serupa mcm ayam berak kapur sentap jer..hisk..hisk..hiskk.
Kiranya aku punya kuasa magis akan aku undurkan putaran dunia. Akan aku bagi masa pada kawan aku nie supaya dia bole mengubah Cinta agungnya tue. Tapi hakikatnya aku cuma manusia biasa.
Bila hati telah retak, apa lagi yang tinggal. Hanya sekeping hati yang lara. Bagai pelangi petang yang hilang sinarnya. Dengan langkah perlahan dia berlalu meninggalkan meja keje aku dengan seribu kekecewaan. Mencari sinar yg menerangi kegelapannya. Ingin diusir lara dihatinya agar ia tidak menjadi kudis dalam diri. Andai itu takdirnya biarlah dia kekal dalam hati sebagai satu kenangan terindah menjadi kasih abadi. Rahsia di hati x siapa yang tahu.Biar dalam hati ada taman. Pada kawan aku..Aku noktakan ceritanya disini. So no more sambungan mak dah letih nyahh!!7 hari 7 malam mak cari idea. Pada yang mengikuti cerita ini terima kasih kerana sudi membaca apa yang aku tulis. Walau sesekali terdengar jua kata² berbau sindiran tetapi ianya tidak melemahkan semangat utk aku terus menulis. Kepada mamat dalam cerita, aku ingin merakamkan jutaan terima kasih kerana membenarkan aku melakar ceritanya di blog ini. Walau ada kata² nakal, berkata takut kesian menjadi cinta tetapi selagi kita berpijak dibumi nyata selagi mata aku terbuka luas insyahallah semuanya selamat.
Terima kasih di atas sokongan anda semua..adios..♥♥♥

Thursday, April 1, 2010

RENUNGAN..

Posted by Cik Sue at 1:58 PM 0 Komen Yang Terbaek
Semalam sewaktu merayau², tersinggah d'blog seorang teman. Tertarik dengan N3nya. OFFICE POLITICS. How I want to describe that thing's. Owhhh!..Actually this thing's can be happen any where and any place. Right?!!..So terpulang pada diri kita sendiri. Adakah kita patut menjadi hipokrit semata-mata untuk mencapai apa yang kita inginkan. Walaupun sesetengah orang cakap x suka pada org hipokrit, sedang diri dia sendiri pun hipokrit. Dalam masa yang sama berkawan juga dengan org² yang hipokrit. Hhmmm...mcm mana tu kan. Ibarat kita meludah ke langit pastue tengok atas and pelepap jatuh atas muka kita...uhuhuhuhu... Haru.Tapi ada ker kita perasan semua tu. Kadang² kita rasa kita btol tetapi hakikat TIDAK. Mcm yang aku tulis tajuk blog aku "Kita mudah mencari kesalahan orang lain sedangkan kesalahan diri sendiri amatlah sukar untuk kita akui..." Apalah salahnya sekali sekala kita menoleh kebelakang mana lah tahu ada benda yang kita tercicir, klau kita menoleh balik sekurang²nya dapat juga kita ambil benda yang tercicir tu kan. Tak adalah kita rasa rugi kerana kita dah ter'miss'. Sesekali kena juga pandang kebawah, takut ada batu tersadung kaki. Jatuh, luka pulak. Haa siapa yang rugi. Diri kita jugakan.
Eloklah kita selalu bersangka baik. X ada ruginya bersangka baik malahan pahala dijanjikan. Politik di mana² ada. Kedai kopi. Owh! tentunya..Office..yup nak hidupkan. Pendek kata politik sentiasa ada di sekeliling kita. Kadang² kawan² kita pun ada yang berpolitik dengan kita. Terpulang pada diri sendiri untuk menentukannya. Memang btol rasa terlalu penat melayan kerenah pilitik opis nie. Ada jer yang x kena. Selagi kita bernama manusia selagi itulah tiada kesempurnaan ke atas kita. Oleh itu berusahalah untuk menjadi yang baik di kalangan yang terbaik. Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan dan ada kejayaan. Adioss ♥♥♥....
 

HidUp KeNA sLamBer Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei