Tuesday, April 6, 2010

badai cinta semalam (episod akhir)

Posted by Cik Sue at 10:14 AM 0 Komen Yang Terbaek
Setelah seminggu peristiwa aku terpaksa mendengar rintihan kawan aku yg angau tahap gadan. Akhirnya aku kini sudah boleh menarik nafas lega. Perkara pertama yg aku lakukan adalah tidak aku hampirinya walau aku tahu saban malam dia ada 'online'. Dia juga tidak lagi memanggil aku di talian, mungkin apa yang di cari telah di temui atau adakah dia sedar akan kehadiran aku dialam bicara tanpa suara. Namum begitu aku tidak kisah, asalkan dia bahagia. Aku juga turut menumpang kebahagiaannya.

Itu cerita minggu lepas, cerita minggu ini...Tiba² dia dtg kpd aku dgn muka mcm pisang kena leyek hancussss..Adus kali nie ape ker hal la plak. Dia panguk kepada dpn meja keje aku, walaupun dia tahu aku sibuk mengejar deadline (im not journalist wokey).aku kerling wajahnya udah sama cam tapai masam."hhmm.."terdgr hembusan dari lubang idungnya. Aku angkat kepala. Dia sengih."pa hal?.."tanpa menandang aku menyoal."bz ek?..""cis..lagi mau tanya kaa"..aku sorong keje² dihadapan kepadanya."hhmmm..byk lagi ker".."woii ko nampak ker x nie..sume kena siap by this week"..Dia panguk kepala memandang keje² aku dgn perasaan yg kosong. Kesian la plak."apa hal..masalah cintaa!! x settle lagi ker?"..sekadar serkap jarang jer. Sebab aku tahu dia akan cari aku bila ada masalah cinta jer mamat nie. "aku nak berceritalah"..aku dah paham maksud dia. "mcm nie la, klau ko rasa ko nak cite ngan aku better ko cite jer. Pasal lepas closing nie aku mmg cbuk. next week training dah mula, next month games. so yes or no.." " hmmm.." dia diam. Tetiba jer dia sambung.." aku online ngan dia"..dalam nada yg cukup perlahan dia bersuara."aku x sangka dia masih sayangkan aku lagi la cik sue.." Senyum sampai nampak barisan giginya yang tunggang terbalik hehehehe..Eleh mamat nie cam gatal jer bunyi ayatnya, tadi bukan main lagi macam tapai masam, ni dah ropu cam beruk dpt cincin, sengih + ketawa. Ewah cam hensem sgt ler tue hehehe..Eh! kompem hensem ler klau x, awek dia x kan jatuh cinta semua yea dak..ahaksss.."Dah tue apa masalahnya.." malas aku nak melayan.
"mcm selasa lepas kita org cite masa aku kat tempat lama dulu, mcm mana dia reject aku.."Sengih. Aku angkat kepala nengok muka dia. Waa la dah mcm remaja 18 tahun yg baru kenal erti cinta. Suka bebenor ler gamaknya. Aku pun sengih gak, ntah apa yg lucunya aku pun x tahu. Sekadar ambil hati kengkawan. Tiba² wajah yg tadi mengambarkan bahagia kini bertukar muram mcm teh yg terlupa isi gula kelat. Udah napa plak ni. "semlm aku putus ngan dia..." "wakakakakak..." cis mulut aku nie tau!!tanpa berselindung terus terburai ketawa dah mcm c Rock dalam rancangan terjah la plak. Adusss hai putus urat kentut aku ngan mamat sorang nie. Aku tahu dia x kisah pun aku gelak kat dia. Iyealah org tengah frust mana nak ambik kesah pun kan?."tapi dia x nak..dia ckp dia masih sayang kat aku"...alahai. Aku sengih simpati."aku nak buat apa sue..""..buat bodo..akakakak..sowey joking maa"..lawak paling sengal rasanya.
"ntah la sue, 13 thn aku simpan perasaan ni. Berkali² aku menafikannya tapi perasaan itu tetap hadir dan tumbuh dalam diri aku. Bodo ker aku nie sue.." bukan bodo lagi bangang + mengong tapi sayangnya kata² itu tersekat dicelah kerongkong aku jer. Klau rasa-rasanya nak mata lembam sebelah ckp ler. X ada penyakit cari penyakit. Sepi..Sesepi hatinya yang kosong tanpa irama lagu. Seribu kepayahan dia menyambung bicara.."rupanya sue selama ini kami menyimpan rasa yg sama. Memori antara kami tidak sedikit pun tercalar oleh masa,aku pun sayang kat dia lagi, tapi aku ckp aku nak putuskan hubungan terlarang ni seblom aku terlanjur mencintainya dgn lebih dalam lg.Itu yg sepatutnya kan cik sue..."Aku angguk kepala, perasaan kesian kian menebal. Hanya dia yang tahu, bila cinta membara. Aduss."aku putus bukan krn benci tetapi krn cinta terlarang. Aku noktakan di sini atas nama cinta"..Hakikatnya ada rindu yang berlagu dalam dada yang bergetar namum pelabuhan kasih karam di hempas badai. Aku terus melongo sib baik x ada lalat kat opis aku, klau x free² jer lunch mkn lalat hahahah..Dgn secebis kekuatan dia menyambung bicara walau ada sendu dihujungnya."Dia kekal dlm hati aku sue..perpisahan ini adalah yang terbaik buat kami. Kau tahu sue, segenap hati aku sudah luluh..hancur..bersepai..akhirnya aku mintak dia removedkan aku dlm FB bahkan dlm hati dia sue...Ada hikmah sume nie kan cik sue"..Aku angguk kepala. Rasanya utk hari ni jer sudah brapa kali aku angguk. Atenye mak dah jadi cam burung belatuk terhangguk²."moga dia mengerti ada cinta dihati ini ,ada rindu yg blom terhenti,ku mohon kasih dalam mimpi yg x pasti, izinkan aku bahagia walau dgn cara yg berbeza "..uhuhuhhuhu..muka dah mcm tapi masam..serupa mcm ayam berak kapur sentap jer..hisk..hisk..hiskk.
Kiranya aku punya kuasa magis akan aku undurkan putaran dunia. Akan aku bagi masa pada kawan aku nie supaya dia bole mengubah Cinta agungnya tue. Tapi hakikatnya aku cuma manusia biasa.
Bila hati telah retak, apa lagi yang tinggal. Hanya sekeping hati yang lara. Bagai pelangi petang yang hilang sinarnya. Dengan langkah perlahan dia berlalu meninggalkan meja keje aku dengan seribu kekecewaan. Mencari sinar yg menerangi kegelapannya. Ingin diusir lara dihatinya agar ia tidak menjadi kudis dalam diri. Andai itu takdirnya biarlah dia kekal dalam hati sebagai satu kenangan terindah menjadi kasih abadi. Rahsia di hati x siapa yang tahu.Biar dalam hati ada taman. Pada kawan aku..Aku noktakan ceritanya disini. So no more sambungan mak dah letih nyahh!!7 hari 7 malam mak cari idea. Pada yang mengikuti cerita ini terima kasih kerana sudi membaca apa yang aku tulis. Walau sesekali terdengar jua kata² berbau sindiran tetapi ianya tidak melemahkan semangat utk aku terus menulis. Kepada mamat dalam cerita, aku ingin merakamkan jutaan terima kasih kerana membenarkan aku melakar ceritanya di blog ini. Walau ada kata² nakal, berkata takut kesian menjadi cinta tetapi selagi kita berpijak dibumi nyata selagi mata aku terbuka luas insyahallah semuanya selamat.
Terima kasih di atas sokongan anda semua..adios..♥♥♥

Thursday, April 1, 2010

RENUNGAN..

Posted by Cik Sue at 1:58 PM 0 Komen Yang Terbaek
Semalam sewaktu merayau², tersinggah d'blog seorang teman. Tertarik dengan N3nya. OFFICE POLITICS. How I want to describe that thing's. Owhhh!..Actually this thing's can be happen any where and any place. Right?!!..So terpulang pada diri kita sendiri. Adakah kita patut menjadi hipokrit semata-mata untuk mencapai apa yang kita inginkan. Walaupun sesetengah orang cakap x suka pada org hipokrit, sedang diri dia sendiri pun hipokrit. Dalam masa yang sama berkawan juga dengan org² yang hipokrit. Hhmmm...mcm mana tu kan. Ibarat kita meludah ke langit pastue tengok atas and pelepap jatuh atas muka kita...uhuhuhuhu... Haru.Tapi ada ker kita perasan semua tu. Kadang² kita rasa kita btol tetapi hakikat TIDAK. Mcm yang aku tulis tajuk blog aku "Kita mudah mencari kesalahan orang lain sedangkan kesalahan diri sendiri amatlah sukar untuk kita akui..." Apalah salahnya sekali sekala kita menoleh kebelakang mana lah tahu ada benda yang kita tercicir, klau kita menoleh balik sekurang²nya dapat juga kita ambil benda yang tercicir tu kan. Tak adalah kita rasa rugi kerana kita dah ter'miss'. Sesekali kena juga pandang kebawah, takut ada batu tersadung kaki. Jatuh, luka pulak. Haa siapa yang rugi. Diri kita jugakan.
Eloklah kita selalu bersangka baik. X ada ruginya bersangka baik malahan pahala dijanjikan. Politik di mana² ada. Kedai kopi. Owh! tentunya..Office..yup nak hidupkan. Pendek kata politik sentiasa ada di sekeliling kita. Kadang² kawan² kita pun ada yang berpolitik dengan kita. Terpulang pada diri sendiri untuk menentukannya. Memang btol rasa terlalu penat melayan kerenah pilitik opis nie. Ada jer yang x kena. Selagi kita bernama manusia selagi itulah tiada kesempurnaan ke atas kita. Oleh itu berusahalah untuk menjadi yang baik di kalangan yang terbaik. Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan dan ada kejayaan. Adioss ♥♥♥....

Monday, March 29, 2010

29/03/2010

Posted by Cik Sue at 2:35 PM 0 Komen Yang Terbaek
Today is big day for my dear Friendz: 29/03/2010..Hepi besday to U..hepi besday to U.. hepi besday to U Fad..hepi besday to U...clap..clap..clap....Mana plak keknyer...Sowey la Fad kek dah abis laaa..uhuhuhu....Kepada My dear Friend "Selamat Ulang tahun kelahiran yg ke....(cam banyak bebenor no. nak tulih..ahaksss). Semoga apa yang diharapkan pada tahun ini akan menjadi realiti..bukan fantasi..almaklumla kita nie kan suka berangan akakaka..bak kata omputeh "hope your dream come trueee..." Murah rezeki...murah senyuman dan bertambah kejayaan, bertambah kematangan. Sihat selalu bole main futsal dan net ball klau x nanti x meriah padang bila hang x der hehehehhe...Dan moga juga persahabatan yang terjalin ini bertambah ceria dan diberkati selalu. Selamat Ulang tahun kelahiran. Adiossss ♥♥♥....

badai cinta semalam(episod 2)

Posted by Cik Sue at 11:00 AM 0 Komen Yang Terbaek
Pagi ni seperti pagi² yang lepas, kawan aku yang tengah angau tahap gaban dah tercogok kat meja keja aku. Pantang nampak kelibat aku. Hmm so pagi nie apa ker halnya plak. Tanpa salam aku terus terjah mamat nie..hehehehe.. "Nape..ko nak heret aku tengok bumbung tempat kerja awek ko ker?"..heheheh..Sengih. Hisk..hisk apa kena mamat nie bercakap pun dah x boleh. Memang parah btol nie. "Dah bfeast ker?" Dia tanya aku.."Aik baik hati nak belanja ker?"..Sengih.."Kat pantry jer la, ada teh 'o' free.." Cis kedekut pahit btol mamat nie tau. Buat penat jer aku tayang muka seposen. Hiskk.."Ha! Apa hal lagi nie..muka pun dah mcm tempoyak masam jer"..Sengih lagi.
"Ko niekan dr tadi asyik myengih! apa hal lg..ko nak cpk aper, cpt la ckp..aku byk keje nie.." Senyum plak daahh."Ntah la cik sue..aku x tahu nak mula dari mana"...laa itu pun dah blur . Parahhhh!!!
"Mula la dari mana² yg ko suka"..aku plak sengih.."Bole ker aku pinjam telinga ko"..."Hhmmm..mana bole nanti Cd mara"...heheheheh...Sengih lagi...Adusss asyik menyengih jer bila nak mula nie. Naik kematu aku menunggu. memang parah kawan aku nie. Angau yang dah tahap kritikal. Pening makcik nak melayannya. Lama menanti akhirnya bersuara juga c mamat nie..Ingatkan dah x bole nak cakap terus..ahakkks
"Ko tahu sue 13 tahun aku tunggu..akhirnya kebenaran berada dipihak aku.." Aku call dia..aku cuma nak dengar suara dia nak lepaskan rindu bukan tujuan aku nak kacau hidup dia. Aku sendiri dah ada kehidupan aku..." Udah mula ayat sedih dah...Aku panguk kepala..Diam. Hisk rasa lama bebenor nak menuggu ayat seterusnya.
"Abis tue apa kes plak?"...X sabar tunggu aku terus celah..part menunggu aku mmg x gemor
"Dia pergi mcm tue jer sue...sama mcm 13 tahun dulu dia tinggalkan aku..dia hilang tanpa dpt aku jejaki..aku x tahu apa salah aku pada dia sampai sanggup dia buat aku camnie"...
"Plak dahh..Abis tue..?''...Sibuk jer nak tahu kisah cinta org kan heheheheh...alah dah alang² bercerita apa salahnya aku menyibuk..heheheheh.."Aku hilang semangat..aku tak boleh nak menulis..bila aku mula nak menulis jer aku teringat kat dia..aku teringat kat note panas aku yg buat dia terasa dan terus hilang...Aku rasa sangat2 bersalah sue..13 tahun aku tunggu dia muncul tetiba dia hilang blk aku jadi penasaran...Skrg nie aku dok layan lagu² frust.." Sepi, mencari kekuatan utk ayat seterusnya.."Dia ingat aku nak sakitkan hati dia dan nak permainkan perasaan dia sebab dia yang tinggalkan aku dulu..." Sayunye uhuhuhuhu..
"ooo..ko love kat dia lagi ker?..hehehehe apa punya soklan daahh. Lama baru dia jawab. "Dalam hati aku tetap ada 5% tempat untuk dia sue...sampai bila²..sampai mata aku terpejam sekali pun 5% tue tetap milik dia dan aku x benarkan sesiapa pun ambilnya dari aku hakta keluarga aku sekalipun..." Mak aik sampai mcm tue sekali hebatnya cinta c mamat nie kat first love dia...Terharunya aku...uhhuhuhuhu. Naper la awek ko tue bukan aku ek!! (tp klau aku awek dia,aku x nak 5% aku nak kurang²nya 25% tamak turrr)..heheheheh. Agak² ex BF aku dulu cam dia x..hehehe opss terlebih sudah! Semangat yang hilang..Sabau jer ler kat kawan aku nie. Mak pun x tahu nak kata aper lagi."Mungkin ko ada buat silap kat dia tanpa ko sedari kot"..Hiskk x sayang mulut btol aku nie pi ckp cam tue lak..Buatnya mamat nie sentap or meraung ker camner...Adus berpeluh dahi aku nak menjawab. Mencerut jugalah dahi dia nak jawab soalan aku. "Selepas 13 tahun baru aku tahu kawan baik dia tikam aku dari belakang sue..." "haaa..la aik selepas 13 tahun..sayang semuanya sudah terlambat..heheheh"...Sengih blk.."klau aku la, aku tikam depan terus x payah nak myorok² n x payah tunggu smpi 13 tahun utk 1 kebenaran"..Aku sambung bagi dia x stress.."alah cik sue ko perempuan kalis peluru.." Ewah mamat nie dalam sedih² dia tembak aku..KebabOOM.."Tue la cik sue..aku rindu kat dia..first love, aku susah nak lupakan..." "Alah x payah ler ko nak engat² lagi...yg dah lepas tue bior kan berlalu..harap anak2 korang plak sambung hehehehhe..." Cishhh terus tegang muka c mamat nie. Mara ler tue...heheheheh..Rupanya dalam diam ada rindu yang bersisa ada cinta yang bertunas tapi apakan daya takdir telah merobah segalanya..Pada kawan aku nie seperti yang pernah aku katakan...Jadikan teladan masa lampau kita, hidup mesti diteruskan dan hargailah apa yang kita ada sekarang. ALLAH menjanjikan yang terbaik untuk Hambanya seperti kita....Jumpa lagi ♥♥♥

Friday, March 26, 2010

Dont Cry For Me My Friendz

Posted by Cik Sue at 5:38 PM 0 Komen Yang Terbaek
Tiada kata dapat diucap apabila kita melalui frasa perpisahan. Kepada Wan Rozita Wan Harun moga anda di luar sana akan lebih succes dalam kehidupan yang mendatang..Jom kita layanzz gambar hari terakhir Wan di UMES dan hari 'we all hang out with wan at Bangkok House'....
Hari terakhir di UMES
Mengabadikan kenangan bersama Cik Wan, Cheq & ME
Cheq...dont cry..no good..no..good..
Me and my friendzzz - Divaz Malaya
Me and Cikgu Cooking - Iza
4 orang kawan yang selalu bikin gempaqqqq...
"mana plak logo halal nie isk..isk.."
Bersama yang diraikan Cik Wan
Suasana dalam Bangkok House
Sahabat Sehati berdansa..'auwww'
Cik Wan with Diva'z Malaya aka ahkak sayang
Acara wajib..bergambar alamak sowey Cheq..Hang lagi x da dlm pic nie..hehehe

badai cinta semalam(episod 1)

Posted by Cik Sue at 11:13 AM 0 Komen Yang Terbaek
Perasaan kasih dan sayang @ ingin dikasihi itukan satu lumrah dalam kehidupan manusia. Indahnya...Kadang aku merasa pelik bila ada segelintir daripada mereka nie mcm main sorok² pulak. Bila nampak aku semcm nampak pemegang mohor Raja² Melayu yang nak buat pengumuman raya. Mula ler terkepit kiri terkepit kanan. Alahaiii..Apalah salahnya buat selamba, patutnya kegembiraan ini di kongsi bersama dengan orang² sekeliling. Iyea x...Bukan apa kadang² aku nie terlebih ramah, nak ckp ikut aku punya kepala jer. Takut jugak bila usik lelebih kang awek'snya tersentap. Susah gak aku. Tak pasal² dorang gaduh. Lain orang lain caranya iyea x. Ada orang 'biarlah rahsia'..ada orang lain plak biar sume orang tahu yang dirinya sedang berbahagia. Apa² pun janji mereka bahagia. Cukup dengan expression mereka kita tahu sama ada mereka bahagia ker x..ahaks..
Ini plak kisah seorang kawan aku yang tengah angau. Kes Cinta pertama terputus ditengah jalan kemudian berjumpa gara² laman sosial FB. Bahaya jugak ek FB nie uhuhuhuh...Tapi itu semua bergantung pada diri kitakan. Itu ler kawan aku nie udah angau tahap gaban..heeheehhehe..Sampai aku diheretnya menengok bumbung tempat kerja awek dia...Aduhaiiii memang parah kawan aku nie. Nak tergelak pun ada, kecian pun aku ada...Memang benar la kata org dolu² 'x dapat tengok tuannya tengok bumbung rumah pun dah boleh hilang rindu..' sama ler kesnya ngan kawan aku nie. heheheheh...parah memang btol² parah..Sampai Menara Axis dikatakannya Menara MPPJ..Alahaiii..Rasa aku ler dari opis aku x nampak Menara MPPJ camner plak dia bole nampak..Pelik tapi benar.
"itu ler cik sue cinta pertama, susah aku nak lupakan"..antara dialog dia kat aku..
"ooo..jumpa kat mana?"..Soal aku blk sajer nak tahu - penyibuk tol kan..hahahahaha
"FB ler.." "Ooo..dia dah kawen ker?"..."dah, cam aku gak, anak 2"..."Abis anggap cam kawan ler skrg nie yea"..
"tue ler sue..x tahu aku nak cakap mcm mana, semalaman aku tunggu dia kat FB tapi dia x muncul2 aku tgk kat wall pun dia dah padam sume mssg aku.."
"Ooo patut ler tadi, ko heret aku tengok bumbung tempat keje dia ek..windu rupanya"..senyum..
Antara sebahagian perbualan aku ngan dia pagi nie..uhuhuhuhu..Alahaiii ciannye aku tgk kawan aku nie. Betapa dia begitu menghargai cinta pertama. Hebatnya penangan cinta pertama. Pasal tue ler aku sentiasa nak jadi orang pertama dalam hidup seorang LELAKI...akakakakaka..
Jadikan teladan apa yang telah kita lalui dan hargailah apa yang kita ada sekarang ini. Tuhan lebih menegetahui apa yang terbaik untuk kita sebagai hambanya. Redhalah dengan apa yang berlaku.♥♥♥....

Wednesday, March 24, 2010

SanTai seKejaP

Posted by Cik Sue at 8:51 AM 0 Komen Yang Terbaek
Lepas balik bari pesta buku, kami sambung plak melepak kat tepi kolam. Sambil tunggu anak2 berenang sempat ler aku belek buku2 yg baru aku beli di PBA..

Posing dulu..aksi di kolam renang..

yoyo ooo jer korang 2 beradik nie..Jab lagi KebaBoOM!!
sowey yea kakak..I pinjam skate bord hang jap...akakak
C Arissa nie klau x menyakat akak-akak dia memang x sah..
Sambung plak di playground...btol la dorang nie..naik kematu punggung aku dok menunggunya
 

HidUp KeNA sLamBer Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei