Friday, March 26, 2010

badai cinta semalam(episod 1)

Posted by Cik Sue at 11:13 AM
Perasaan kasih dan sayang @ ingin dikasihi itukan satu lumrah dalam kehidupan manusia. Indahnya...Kadang aku merasa pelik bila ada segelintir daripada mereka nie mcm main sorok² pulak. Bila nampak aku semcm nampak pemegang mohor Raja² Melayu yang nak buat pengumuman raya. Mula ler terkepit kiri terkepit kanan. Alahaiii..Apalah salahnya buat selamba, patutnya kegembiraan ini di kongsi bersama dengan orang² sekeliling. Iyea x...Bukan apa kadang² aku nie terlebih ramah, nak ckp ikut aku punya kepala jer. Takut jugak bila usik lelebih kang awek'snya tersentap. Susah gak aku. Tak pasal² dorang gaduh. Lain orang lain caranya iyea x. Ada orang 'biarlah rahsia'..ada orang lain plak biar sume orang tahu yang dirinya sedang berbahagia. Apa² pun janji mereka bahagia. Cukup dengan expression mereka kita tahu sama ada mereka bahagia ker x..ahaks..
Ini plak kisah seorang kawan aku yang tengah angau. Kes Cinta pertama terputus ditengah jalan kemudian berjumpa gara² laman sosial FB. Bahaya jugak ek FB nie uhuhuhuh...Tapi itu semua bergantung pada diri kitakan. Itu ler kawan aku nie udah angau tahap gaban..heeheehhehe..Sampai aku diheretnya menengok bumbung tempat kerja awek dia...Aduhaiiii memang parah kawan aku nie. Nak tergelak pun ada, kecian pun aku ada...Memang benar la kata org dolu² 'x dapat tengok tuannya tengok bumbung rumah pun dah boleh hilang rindu..' sama ler kesnya ngan kawan aku nie. heheheheh...parah memang btol² parah..Sampai Menara Axis dikatakannya Menara MPPJ..Alahaiii..Rasa aku ler dari opis aku x nampak Menara MPPJ camner plak dia bole nampak..Pelik tapi benar.
"itu ler cik sue cinta pertama, susah aku nak lupakan"..antara dialog dia kat aku..
"ooo..jumpa kat mana?"..Soal aku blk sajer nak tahu - penyibuk tol kan..hahahahaha
"FB ler.." "Ooo..dia dah kawen ker?"..."dah, cam aku gak, anak 2"..."Abis anggap cam kawan ler skrg nie yea"..
"tue ler sue..x tahu aku nak cakap mcm mana, semalaman aku tunggu dia kat FB tapi dia x muncul2 aku tgk kat wall pun dia dah padam sume mssg aku.."
"Ooo patut ler tadi, ko heret aku tengok bumbung tempat keje dia ek..windu rupanya"..senyum..
Antara sebahagian perbualan aku ngan dia pagi nie..uhuhuhuhu..Alahaiii ciannye aku tgk kawan aku nie. Betapa dia begitu menghargai cinta pertama. Hebatnya penangan cinta pertama. Pasal tue ler aku sentiasa nak jadi orang pertama dalam hidup seorang LELAKI...akakakakaka..
Jadikan teladan apa yang telah kita lalui dan hargailah apa yang kita ada sekarang ini. Tuhan lebih menegetahui apa yang terbaik untuk kita sebagai hambanya. Redhalah dengan apa yang berlaku.♥♥♥....

0 Komen Yang Terbaek:

 

HidUp KeNA sLamBer Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei