Monday, March 29, 2010

badai cinta semalam(episod 2)

Posted by Cik Sue at 11:00 AM
Pagi ni seperti pagi² yang lepas, kawan aku yang tengah angau tahap gaban dah tercogok kat meja keja aku. Pantang nampak kelibat aku. Hmm so pagi nie apa ker halnya plak. Tanpa salam aku terus terjah mamat nie..hehehehe.. "Nape..ko nak heret aku tengok bumbung tempat kerja awek ko ker?"..heheheh..Sengih. Hisk..hisk apa kena mamat nie bercakap pun dah x boleh. Memang parah btol nie. "Dah bfeast ker?" Dia tanya aku.."Aik baik hati nak belanja ker?"..Sengih.."Kat pantry jer la, ada teh 'o' free.." Cis kedekut pahit btol mamat nie tau. Buat penat jer aku tayang muka seposen. Hiskk.."Ha! Apa hal lagi nie..muka pun dah mcm tempoyak masam jer"..Sengih lagi.
"Ko niekan dr tadi asyik myengih! apa hal lg..ko nak cpk aper, cpt la ckp..aku byk keje nie.." Senyum plak daahh."Ntah la cik sue..aku x tahu nak mula dari mana"...laa itu pun dah blur . Parahhhh!!!
"Mula la dari mana² yg ko suka"..aku plak sengih.."Bole ker aku pinjam telinga ko"..."Hhmmm..mana bole nanti Cd mara"...heheheheh...Sengih lagi...Adusss asyik menyengih jer bila nak mula nie. Naik kematu aku menunggu. memang parah kawan aku nie. Angau yang dah tahap kritikal. Pening makcik nak melayannya. Lama menanti akhirnya bersuara juga c mamat nie..Ingatkan dah x bole nak cakap terus..ahakkks
"Ko tahu sue 13 tahun aku tunggu..akhirnya kebenaran berada dipihak aku.." Aku call dia..aku cuma nak dengar suara dia nak lepaskan rindu bukan tujuan aku nak kacau hidup dia. Aku sendiri dah ada kehidupan aku..." Udah mula ayat sedih dah...Aku panguk kepala..Diam. Hisk rasa lama bebenor nak menuggu ayat seterusnya.
"Abis tue apa kes plak?"...X sabar tunggu aku terus celah..part menunggu aku mmg x gemor
"Dia pergi mcm tue jer sue...sama mcm 13 tahun dulu dia tinggalkan aku..dia hilang tanpa dpt aku jejaki..aku x tahu apa salah aku pada dia sampai sanggup dia buat aku camnie"...
"Plak dahh..Abis tue..?''...Sibuk jer nak tahu kisah cinta org kan heheheheh...alah dah alang² bercerita apa salahnya aku menyibuk..heheheheh.."Aku hilang semangat..aku tak boleh nak menulis..bila aku mula nak menulis jer aku teringat kat dia..aku teringat kat note panas aku yg buat dia terasa dan terus hilang...Aku rasa sangat2 bersalah sue..13 tahun aku tunggu dia muncul tetiba dia hilang blk aku jadi penasaran...Skrg nie aku dok layan lagu² frust.." Sepi, mencari kekuatan utk ayat seterusnya.."Dia ingat aku nak sakitkan hati dia dan nak permainkan perasaan dia sebab dia yang tinggalkan aku dulu..." Sayunye uhuhuhuhu..
"ooo..ko love kat dia lagi ker?..hehehehe apa punya soklan daahh. Lama baru dia jawab. "Dalam hati aku tetap ada 5% tempat untuk dia sue...sampai bila²..sampai mata aku terpejam sekali pun 5% tue tetap milik dia dan aku x benarkan sesiapa pun ambilnya dari aku hakta keluarga aku sekalipun..." Mak aik sampai mcm tue sekali hebatnya cinta c mamat nie kat first love dia...Terharunya aku...uhhuhuhuhu. Naper la awek ko tue bukan aku ek!! (tp klau aku awek dia,aku x nak 5% aku nak kurang²nya 25% tamak turrr)..heheheheh. Agak² ex BF aku dulu cam dia x..hehehe opss terlebih sudah! Semangat yang hilang..Sabau jer ler kat kawan aku nie. Mak pun x tahu nak kata aper lagi."Mungkin ko ada buat silap kat dia tanpa ko sedari kot"..Hiskk x sayang mulut btol aku nie pi ckp cam tue lak..Buatnya mamat nie sentap or meraung ker camner...Adus berpeluh dahi aku nak menjawab. Mencerut jugalah dahi dia nak jawab soalan aku. "Selepas 13 tahun baru aku tahu kawan baik dia tikam aku dari belakang sue..." "haaa..la aik selepas 13 tahun..sayang semuanya sudah terlambat..heheheh"...Sengih blk.."klau aku la, aku tikam depan terus x payah nak myorok² n x payah tunggu smpi 13 tahun utk 1 kebenaran"..Aku sambung bagi dia x stress.."alah cik sue ko perempuan kalis peluru.." Ewah mamat nie dalam sedih² dia tembak aku..KebabOOM.."Tue la cik sue..aku rindu kat dia..first love, aku susah nak lupakan..." "Alah x payah ler ko nak engat² lagi...yg dah lepas tue bior kan berlalu..harap anak2 korang plak sambung hehehehhe..." Cishhh terus tegang muka c mamat nie. Mara ler tue...heheheheh..Rupanya dalam diam ada rindu yang bersisa ada cinta yang bertunas tapi apakan daya takdir telah merobah segalanya..Pada kawan aku nie seperti yang pernah aku katakan...Jadikan teladan masa lampau kita, hidup mesti diteruskan dan hargailah apa yang kita ada sekarang. ALLAH menjanjikan yang terbaik untuk Hambanya seperti kita....Jumpa lagi ♥♥♥

0 Komen Yang Terbaek:

 

HidUp KeNA sLamBer Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei