Selamat hari Khamis rakan² yang singgah di blog HKS, arini aku nak share cite pasal anak dara aku yang sekarang nie tengah kemarok main hoki. Teringat la plak zaman aku sekolah dulu, aku pun main hoki gak sampai peringkat negeri. X pernah² sekolah aku pi sampai peringkat negeri, heboh sekampung menggalahkan menang trofi ABP la plak ^-^. Mana idak selalunya peringkat sekolah pun payah nak lepas, ini kan pulak nak pi peringkat Negeri. So alang² menyeluk pekasam bak kata orang bior ler sampai ke pangkal lengan, sempena hari guru semalam, aku nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Hamdan Hashim kerana berjaya membuka mata aku dan rakan² mengenali sukan hoki. Cikgu memang TERBAEK!! Dulu masa zaman aku sekolah main hoki pun kat padang bola yang rumputnya idup segan mati x mahu tapi budak² sekarang nie cukup bertuah betul. Berlatih pun kat padang hoki bercarpet, kayu dan bola hoki pun disponsor. Aku dulu baru bukak mulut nak beli kayu hoki, mak aku terus bagi ceramah percuma aduhaiii!!! Iyea la kat kampung aku mana le ada G.S. Gill or Al Ikhsan yang mak aku tahu kedai Ah Seng kat pekan Kuala jeeer. Moh ler kita layanz anak² bermain hoki............
Alliya Sofea dengan kayu hokinya yang jambu sponsor by CBN...
Cik² penyibuk Anom & Arissa...
Gaya seorang pemain hoki amatur....
Pasukan lawan dari Klang..X tahu apa nama sekolahnya
St. John student menentang Boys Klang...Comei jer tengok anak² nie bermain
Team CBN 1 vs Klang Girls School -
Apa pun nak ucapkan terima kasih kepada Pak Encik yang sudi melayan kerenah anak² walaupun keletihan sebab baru jer abis tournament ping pong, tetap berbesar hati menunggu Alliya abis latihan hoki. Gud jobs...!!! Hehehe...Petang tue aku tengok ramai parents yang datang menemani sambil memberi sokongan moral kepada anak². Beruntung betul anak² sekarang bukan sahaja pihak sekolah malahan parents juga turut serta take part dalam memastikan kejayaan mereka dalam bidang sukan. Sanggup tunggu sampai petang. Masa aku dulu x ada maknanya mak aku nak tunggu aku tepi padang, kalau tunggu tepi pandang pun confirm ngan rotan kat tangan hahaha. Sekarang nie Xtvt petang Sabtu dan Ahad aku bertukar 90°. Kerana anak terpaksa la mak bapak berkorban. Alahai anak omakkkkk...♥♥♥...
( \ - / )
(= •-• =)
( " ) - ( ").....
1 Komen Yang Terbaek:
sepetang di pinggir bukit...
Post a Comment