Thursday, April 18, 2013

Aku kembali

Posted by Cik Sue at 2:35 PM 3 Komen Yang Terbaek


Assalammuaalaikum dan salam 1 Malaysia. Lamanya aku menyepi dari dunia blogging nie kan muahhahaah. Iyea la since dah ada medium lain yang lebih pantas dan laju dari blog nie kan. Zaman sekarang nie orang lebih suka access yang lebih laju dan cepat twett, insta, dan FB. Aku nie dah serupa macam budak baru 5 bulan merangkak lagi nak 'meng'tweet hahaha. So apa cerita, dah lama sunyi sepi kan. Alahai kalau nak diikutkan ceritera aku nie bole je jadi cerita 1001 malam. Hahahha. Ok mari le kita pendek kan ceritera aku nie yea. :-)
Today aku just nak usik² manja je. Almaklum la dah la bebenor teman nie idak ke udara kan. Kalau dah namanya usik² manja pasti la ada yg akan melompatkan. Lompat si katak lompat. Hahahah, Uiiisssskk jangan dibuat hal udahlah sekarang nie cuaca panas, tambah panas nak election uuuisssskkk jangan tambah panas lagi. Tapikan sesekali kita bako wall apa ada hal yea tak heheheh!!! Today i receive envelope putih from the Second Line...And sama seperti tahun² sudah, i never...never...never okay..never expected more. Kalau dah namanya bukan feberet jadi janganlah hendak mengantung harapan di puncak Himalaya. X gitu!!. But the way aku tetap bersyukur kepadaNYA kerana sentiasa memurahkan rezeki aku dan keluarga. Mungkin tidak di sini tapi di sana alhamdulillah. Cuma yang buat aku tak paham dengan management nie, kenapalah mengambil masa sampai 4 bulan baru nak bagi kenaikan. Alasan yang diberi sangat la tak relevan bolehlah dapat lebih sikit. Statement bangang!!! Banyak mana yang kami dapat kalau takat kenaikan kami hanya 3% je.  Alolooo lain la deme riban². Alahai....
Ada yang dapat pakej naik Eksekutif. Wah bunyinye sangat hebatkan tapi  kenaikan sangatlah sedih. Bila kita pi berjumpa dengan deme jawapannya  sangat mudah..."U x nak ker nanti bila u masuk hospital dapat bilik satu, pergigian u dapat 600 hengget..." Omak ko..Tiap² bulan ker aku nie nak masuk sepital and nak pi check gigi..."  Ok silalah buat gigi emas. Gila ke apa!!!! Alahai alasan deme mmg tak masuk diakal langsung. Itu baru satu part belum part lain lagi. Ada  pekerja yang dah mati gaji bertahun² sedangkan nak keje lagi berpuluh tahun. Keperluan bertambah management buat tak nampak je. Tapi kalau part deme semuanya yang the best and hebat² belaka sampai k ke anak bini support abis kalau bole ngan kucing² deme nak masukan dalam list. Jozan I pinjam tag line uolz yeaaa...Ini semua poyooooo....poyoooo....!!! Kalau orang macam aku nie lagi la tak dipandang langsung. Buat la keje sebagus superman panggil je terus meluru, baguslah mcm si gaban  pertahan sana sini non hadonya. Sebelah mata pun tak pandang. Tapi kalau yang disayangi tak usah ngada² ko nak cerite yea. Bila kita pi jumpa deme tanya, jawapan deme "Syarikat mengalami kerugian..."pelik aku memanjang je syarikat aku nie rugi . Lagi satu ayat feberet deme bila kita tanya kenapa kita tak naik walaupun dah berjanji.."I dah cuba tapi u pahamla kan.." Elooo sekarang aku tak paham tolong explain sikit, itu makan dia kan. Sekolah aje bertingkat² bodohnya tetap sama. Inilah dikatakan janji yang dicapatikan.
Baru je nak joint Union dah dikatakan kami nie "terrorist". Elooo do you understand what the meaning terorrist. Terorist Omg!!. Kalaula kami nie ada menggunakan senjata tajam atau melakukan kekerasan bolehla  dianggap begitu, ini kami tak buat apa pun.  Lagi statement banggang!!! Muahaahhaha....Yea aku memang sedang sakit hati dengan majikan aku, apa??? Ngapa tak cari keje lain..? Kalau la tong merah kat tepi opis aku nie boleh bercakap confirm dah lama dia sound aku.."pos resume lagi ke Kak Long..." mau tong merah tuh makan penerajang aku. Muahahahaha...Atuhaiii. Actually kan aku sayang kat company aku nie, bak kata arwah mak aku dah sebati  mcm ko masak gulai tempoyak and  the most important I love all my friend around me. Cuma aku berharap pihak majikan bukak mata sikit la pada kami pekerja bawahan nie walaupun aku tahu, tak ada pun wakil majikan yang akan baca post aku nie tapi sekurang²nya aku dah cukup puas hati dapat meluahkan isi hati.  Pekerja itukan aset majikan jika ada sikap toleransi tentu kita kerja pun seronokkan.
Wah la panjang sungguh aku membebel. Aku nie bukanlah worrior cuma adalah setitis dua darah dari Tun Fatimah..Ceeeh podaah la !!! Hehehehe..Dan apa yang aku harapkan semoga ada keadilan untuk kami di sini dan marilah kita berdoa semoga hari itu akan sampai suatu hari nanti. Pergilah derita!!! Walaaa!! Touching la plak. Terima kasih kerana sudi membaca post ini hingga ke nokta akhir. To all my friend thank you so much kerana masih lagi berdiri disisi, terima kasih juga kerana terus menyokong perjuang kami ini. Sayang bangat sama kalian..


Love
Cik Sue


Monday, December 31, 2012

...HaPpY nEW yEarS...

Posted by Cik Sue at 10:38 AM 2 Komen Yang Terbaek
Yeeeaahhh....
Count the second, count the minute, count the hours, count the days, count the months and finally new year come again...Auuuuwww!!!
New vision, new hope, new life and everything is new...
But
Ours friendships always the same no matter what happen
no matter what a new
we always be together....
Thank you for being my friend
...♥♥♥...
and HAPPY NEW YEAR TO ALL MY FRIEND OUT THERE
HAPPY NEW YEAR 2013...


Friday, December 28, 2012

Cik Senah go to School

Posted by Cik Sue at 7:45 PM 1 Komen Yang Terbaek
Assalammualaikum kepada semua kawan² yang masih lagi mengintai dari celah² kesibukan. Aduhai lamanya x menjengah ke sini. Rindu jangan dikata lagi hari² hati bagai  terpanggil² untuk mencoret rasa di sini. Itulah bannyak bebenor halangan dan cabarannya...:-(.  Hari ini akhirnya dapat jugak mengemas umah. Oklah hari nie aku x nak berceritera yang basi². Just wanna to share my story about my little kiddo...Diam x diam  dah nak masuk tahun satu dah budak nie...Cepat sungguh masa berlalu rasenya mcm baru semalam mengandungkan dia., Ialah betapa seronoknya masa aku  pregnant kan dia. Mana tidaknya aku ngan BSB sama² memboyot, sama² sibuk berlawan makan, sama² sibuk memilih baju baby, bersalin pun selang seminggu ajee...Alahai BSB dah beso dah anak kita!!!
Tahun depan 2013 dia akan masuk tahun 1, kali nie no more Convent Bukit Nanas daaah...Aku antar dia ke sekolah Seri Bintang Selatan, masa mohon SK Seri Bintang Utara tapi dapat Selatan. X per la mungkin x ada rezeki di Utara. Sedih jugak terpaksa pisahkan dia daripada kakak²nya. Nak buat macam mana dah dok kat sini kan. Sebagai parents kita hanya memikirkan yang terbaik buat anak² jadi aku rasa inilah yang terbaik untuk dia. Dia nie selalunya memang liat benor nak bangun tido, nak² sekarang nie tengah cuti panjang kan. Tapi malam tadi bila dia tengok aku sibuk gosok baju sekolah, terus dia excited. Kan ker minggu nie  banyak school yang buat orientasi tuk murid² tahun 1. So hari ini giliran cik Senah pulak ke hari orientasi.  Pagi tadi kejut dari tido  je terus bangun x sabo nak pi sekolah or x sabo nak pakai baju baru, kasut baru dan beg sekolah baru...mana² la nak ooi janji ko nak pi sekolah...Cuak jugak nie kang tetiba jer dia buat drama air mata abis la aku...Hahahah!!!
Actually kan aku pun sama excited gak nak ngantor dia ke sekolah pasalnye before this sekolah pompuan kan and CBN punya students standard one x ramai just  about 80 per year lagi pun CBN bukan sekolah bantuan penuh kerajaan, sekolah pun lama tapi kali nie aku tengok sekolahnya memang terbaik la siap ada lif lagi, ko hader!!! Masa aku sekolah dulu naik bengkok le badan nie mengangkat beg sampai tingkat atas walaupun sekolah cuma 2 tingkat je. Alangkan bertuahnya budak sekarang nie sekolah ada lif. Kelas ko Senah ooiii....Dah la tu setiap seorang student diberi  loker sendiri selama menjadi students di SKSBS jadi x ada isu students x bawak buku ke sekolah. Hamboi² mayak sinang looooo...
Cuma aku kesian tengok dia terpaksa buat semuanya sendiri :-(, nasib baik la dia  independents and survival alhamdulilah...Sekarang nie aku plak yang lebih teruja menunggu hari persekolah bermula. Hahahah!!
 Cik Senah  dalam kelas sedang tekun jawab soalan linus...
Warna-warni minggu orientasi Cik Senah....

Ok lah kawan² dah jauh plak aku melalut bosan kan..Hahahaha. Anyway thanks kerana masih lagi sudi singgah di blog aku walaupun aku nie macam biskut chipmores sekejap ada sekejap tidak. Mungkin ini adalah N3 penutup untuk tahun 2012 cuma satu je harapan aku pada diri aku sendiri, supaya aku tidak terus berhenti berblog heheheh..Semoga tahun 2013, aku akan terus aktif berblog. Amin. Terima kasoh sekali lagi kerana singgah di hidup kena slamber.....Love U ollzzzzzz....Salam 2013...

Selamat tahun baru 2013 dari cik senah in d'houzzzzz jumpa lagi...♥♥♥


Thursday, September 27, 2012

♥♥♥...Luqman Hakim...♥♥♥

Posted by Cik Sue at 10:50 AM 4 Komen Yang Terbaek

Yea paham sangat paham,ya ampun, yang benar udah lama benor aku  x mencoret di sini. Yea betul tahap kemalasan yang amat sangat. Kalau dulu pantang ada isu sikit siap le panjang berjela bercerita tapi sekarang nie kalau ada isu jangan kata nak menulis nak ambik tahu pun malas hahaha. Cuma kali nie aku terpaksa merajinkan jari² aku yang montok nie menekan keyboard. Disebabkan aku telah pun  berjanji sakan dengan  budak ini  nak buat satu n3 khas untuk dia, walaupun sebelum nie dia x pernah pun sedar akan keujudan dan keghairan aku berblog hahahahah. Dengan kemalasan yang telah menjadi tahap tepu aku cekalkan hati, gagahkan jari mencairkan idea melorek sesuatu untuk  LUQMAN HAKIM HAJI ZULKAPLI. 


Taraaa ini le dia Luqman Hakim. Bila aku tengok gambo nie sungguh x sangka, budak yang aku selalu dok angkut ke hulu ke hilir dah beso panjang. Dan x lama lagi bakal menjadi seorang doktor (InsyahAllah dengan keizinan dariNYA).  Dulu setiap kali hujung minggu kalau aku ngan my sis nak kuar outing pasti budak nie kami angkut sekali. Ada sekali kami nak pi tengok wayang kat OU, masa tue kami duk di Desa Pandan punya la jauhnya nak tengok wayang x hengat. Almaklumla masa tue OU baru buka so kami nie pun tergedik² le nak ke sana, kekononnya kami nie antara orang yang terawal le sampai ke OU tue ahaks!!! Apalagi kami angkut le budak nie sekali. Masa tue Luqman cumei lagi but i can't remember how old he is cuma aku  ingat yang that time dia still minum susu lagi (ingat sangat pasal aku yg kena angkut beg susu dia hahaha). Kuar umah seawal 10 pagi, sampai di OU kol 2 petang, 2-3 kali le tuko bas, naik lunyai budak nie. Sampai kat OU wayang pun dah start separuh jalan. Masuk  dalam panggung terus dia menjerit. Mana tidaknya first panggung tue kan ke gelap, 2nd udah tentu le budak tue lapo. Apa lagi dia hentam menjerit sambil menangis mcm nak runtuh panggung dibuatnya. Udah le time tue panggung penuh. Serious panic tahap babun aku ngan Mak Lang dia, kelam kabut kami dok memujuknya. Sib baik laaa gelap ahaksss!!!. One day my cousin Angah (ibu Luqman) tell me yang Luqman dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke bumi Mesir buat medic. Ameen. Masa nie le baru aku perasan yang budak nie dah beso panjang ghupanya dan dah jadi anak teruna pun!!! Ya Allah, selama nie aku ingat dia still macam budak sekolah lagi. Owh!! mama x perasan pun  huahuahuahua....

Sekiranya Luqman membaca blog mama nie. Once again congratulations, walaupun ari tue mama dah wishes kat Luqman, I'm proud of you!!!. Semoga dengan kejayan Luqman ini akan menjadi pemangkin kepada adik² sepupu dan adik² saudara yang lain untuk berjaya dalam bidang akademik, dunia dan akhirat. Buat Luqman mama coretkan kembali kata² Mak Lang..."To my beloved nephew LUQMAN HAKIM HJ ZULKAPLI...Solat itu tiang Agama, Agama itu cara hidup, jauh dari Agama maknanya hidup ini tidak bermakna...Jaga diri, jaga solat, jaga akhlak, jaga agama, ingat pada Ayah dan Ibu selalu. InsyahAllah, Allah s.w.t akan mempermudahkan segala²nya. Selamat menuntut ilmu dibidang yang dicita²kan & semoga Allah s.w.t memberkati perjalanan kamu di bumi Mesir...Love U always...♥♥♥....Ameeen...

Monday, August 13, 2012

♥♥♥ Salam Aidil Fitri 1433H♥♥♥

Posted by Cik Sue at 11:08 AM 11 Komen Yang Terbaek
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Maaf Zahir Batin
Daripada:-
Cik Sue seisi keluarga

Assalamualaikum & Selamat menjalani ibadah puasa 1433H. Lama betul aku x update blog, penuh sawang rumah aku nie. So ari nie aku datang kemas umah hehehehe. Iyea lah orang lain sibuk berkemas lemari cantik penuh corelle, aku plak bukan nak kemas lemari isi corelle tapi just nak kemas umah sambil gantung kad raya hehehe. Di kesempantan ini dengan rasa rendah hati Cik Sue ingin memohon kemaafan kepada semua pembaca dan sesiapa sahaja yang lalu mahu pun singgah di blog Hidup kena Slamber seandainya sepanjang aku berceloteh, ada yang terasa hati, terkena batang idung, terkata oleh aku dan segala macam yang aku dah "TER" kat korang le...Aku menyusun sepuluh jari memohon maaf. Kepada raka-rakan alam maya yang sentiasa memberi aku inspiration untuk terus berceloteh di sini terima kasih tidak terhingga dan Selamat hari raya. Istimewa buat Cik Rin dari White House Cottege, Fad's- Be Simple Beb, Atieku sayang - Chenta terakhirku, Kak Yan- Yan's family, Friens, Travel and food Journal, Layanz blues - Tuan Izmee dan rakan-rakan alam maya semua. Tak lupa juga untuk silent readers Cheq a.k.a Puan Fusyarina, Zairizah, Kak Zura, Jiran setaman Puan Maziaty Zakaria, Abang Besau dan semua rakan-rakan love uollzzzzzzzz...
Semoga ramadhan dan aidil fitri kali ini lebih keberkatan kepada anda semua. Jika balik kanpung berhati-hati di jalan raya, pandu cermat sampai dengan selamat.  Love Uolllzzzz...♥♥♥....

( \ _ / )
(= ' _' =)
( " ) _ ( " )
     ♥♥♥

Thursday, July 19, 2012

Salam Ramadan

Posted by Cik Sue at 2:09 PM 4 Komen Yang Terbaek
ihsan pakcik google

Salam Ramadan Al Mubarak 1433H kepada semua...Semoga ramadan kali ini memberi seribu keberkatan dan yang terbaik buat kita semua love Uollzzzzzz...

Wednesday, July 11, 2012

Jenjalan lagi

Posted by Cik Sue at 6:51 PM 5 Komen Yang Terbaek
 Assalammualaikum, selamat petang, hahahah. Straight to the point je lee yea, oleh kerana ada permintaan daripada kengkawan yg nak tengok gambo² aku holiday kat langkawi maka pagi nie dengan gigihnya aku meng'upload'nya  ^_______^.  Maaf  bebanyak lambat upload, biasalah agak buzy sikit awei-awei bulan nie. Jom la ikut aku pi meronda...
Aku booked hotel Azio, motifnya senang nak pi shoppin hahahahah
lepas check in kami pi cari kedai makan, tertiba jer pewut lapoooo, kedai kat sini dah nak tutup pun tapi bila deme nampak kami datang x jadi deme nak menyusun kusi meja....
 Sabo yea nakkkk...
Langkawi maps...hhhmmmmm
 Pak Encik teruja bebenor menengok bungkusan nasi lemak tue....
 Budak berdua nie kalau breakfeast kat luar mesti nak roti canai...x pahaam aku laaaaa
 Oleh kerana tempah nie letaknya di tepi jalan besar maka destinasi pertama kami adalah di sini...Padahal bukan ada apa pun...Just drop by nak bergambo jeeeee but seriously memang pemandangannya indah...Cik Rin with my charlie Angel's
 My soul...
Pemandangan menghijau luas mata memandang....
 Yeaaay...Yeaaayyyyyy....
 Di makam mahsuri, lama benor x ke sini last pi rasanya dengan my late mother dulu tahun Dec 1998...Uiissskk Lama betul dah lain benor tempat nie, dulu masuk RM 2 jer tapi sekarang RM 5.
 Di bawah rumah Mahsuri...Lepak jap cuaca punya la panasnyaaaa ya ampun......
 Rumah Mahsuri bahagian dapur....
 Makam Mahsuri

 Mahsuri oh Mahsuri....
 Sesape yang dok kampung mesti terimbau kenangan lalu kan....

 Pasal cuaca panas deme bertiga nie ceduk air telaga buat basuh muka...
 Tetiba si kak Ngah tanya aku ....'Ma kalau basuh muka guna air telaga nie, muka boleh cantik mcm Mahsuri gak ke???? Toing..toing..toinggg...Banyak le ko punya cantik....Non Hadoooonya nak oooiii kecantikan tue kan ker anugerah dari ALLAH s.w.t....
 Cafeteria...Nak try gak tapi kata pelayan kat situ kopinya dah habis dan belum diantar lagi stocknya...Bole gitu???.....
 Pintu masuk ke Kota Mahsuri

Lepas membeli belah di Gamat Gemilang nie kami nak pi Beras terbakar plak...Apa yang ada kat situ erk...
 

HidUp KeNA sLamBer Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei