Thursday, January 6, 2011

Corak-Corek Makan Malam

Posted by Cik Sue at 2:03 PM 4 Komen Yang Terbaek
Salam tahun baru rakan² blogger yang cantik manis. N3 pertama aku di tahun 2011, apalagi klau bukan pasal annual dinner yang company aku anjurkan. Mungkin ada yang dah baca di blog BSB tapi itu versi BSB, ini plak versi 'hidup kena slamber' huahuahua. Malam tue ramai la gang² aku melaram sakan termasuk ler my bff BSB..Waduh² BSB ko memang the boooom mlm tue. Aku?? Hahahah..Selalunya aku nie mosti cam pokok x-mas lip lap-lip lap. But for this year aku berghaye teramat la simplenya walaupun tajuk dinner malam tue RETRO. Klau nak diikutkan tema idak ler sesusah mana pun, kebaya pendek nyonya dlm wardrobe ada 2-3 helai menunggu untuk di rembat jer tapi itu ler, tahap kemalasan aku berada di bawah paras beku -2­­° uhuhuhu. Mana taknya esok sume org coti tapi aku kena keje uwwaaaaa. X adil btol ar uhuhuhu. Macam mana pun aku tetap hadir memberi sokongan kepada KSRU serta pihak pengurusan yg telah bersusah payah mengadakan jamuan makan malam. Bertarikh 30/12/2010 dan bertempat di Holiday In Glamerie Kuala Lumpur bermula la acara malam pesta muda mudi walaupun yg datang tue idak le muda mana punnnn..caras jer la cite annual dinner nie moh kita sama² terjaaaaaahhhhh gambor kat bawa niee.......
Halooo bukan senang tau nak bergambar bersama penyanyi karaoke ala² Man Laksaaaa... Budak berdua nie kan harap muka jer ganazzz tapi dalam hati ada taman derr..Ek eleh!!
Seronoknye makcik² nie dapat door gift dari Jakel...Kain ler apa lagi kalau dah namanya Jakel x kan dapat brooch plak yea tak. Raya tahun 2011 nie gamaknya boria laa kita yea kengkawan. Ate udah namanya kain free...Ahakssss
Agak² anda apa yang sedang mereka aksikan?..Klau tahu sila tinggalkan comment anda di shout mix hehehhe...
2 orang mak dara bersama 2 org anak dara dan seorang peserta karaoke...Motifnya??
The most Eligible Bachelor....But not me yea!!....
Waduh² lumayan sekali yeah, kayaknya kami bisa ketemu sama J.LO gitu...Ngapain gak percaya?? Aku ngobrol yang bener deeh!! Lho lagian elu mikirin apa yang gue bilang yea? Udah deh jika elu gak percaya...
Team Credit whit beloved boss...Eh!! mcm mana 'apek' jual buah berangan tue ada sekali dalam gambar kita nie yea!!. Hisk apek nie pon klau yea pon nak tumpang bergambor tunggu la jap lagi ker..Nie mosti kes x sabau niee...heheheh ampun yea abg baju hijouuuu...Tapikan mana 1 bos nie yang baju kot ka atau yang baju berlengan panjang kaaaa?? Hadoyai aku kompius nieeeee....
Kiranya malam tue kalau ada pertandingan meja yang paling happening, paling kecoh....confirm la meja no. 7 ni yang bakal memanginya..X gitu Cheq!! Cheq hang look gorgeous malam tue..Serious! cheq sib baik hang mai ngan akak, kalau x confirm akak x kenal ko..hehehehe
Meraihkan para pesara² - Oooopssss yg tepi berseluar merah tue bukan penyanyi rap yang kami import dari Africa yeah...Don't underestimate my big boss, I really respect with him and her wife memang the boom laaaa...Sporting ar boss!!
Acara karaoke., my second bos En. Norman siap bawak penari latar lagi huahuahua, nak menang ke banggg!! Actually that day is he wedding anniversary so he dedicated that song to he wife..Romantic couple. Agak² ar adakah pak encik akan buat perkara yang sama sekiranya wedding anniversary kami pada hari itu??..Owh! Sungguh terharu aku...Dah² la Cik Sue usah ler dok berangan. Dan daku pasti, confirm x kan ADOOOOnyerrrr..mintak maap siang² aarrr...Hampehhh!!
Mana syakila, aku pun x tahuuuuuu...Shah Reza dah macam Stevie Wonder la plak..Nampak ker tue dik oiii!!..X menang x per janji ghaye mau adaaaa...
Malam Jumaat Keliwon..Waduh² dik fandy, emangnya lagu ini enggak pernah sekali didengarin ngapain kamu bisa nyanyik lagu ini!! Persembahan elu gampang sekali yeah..Lagian ada cewek datang kasi bungak sama elu, pantas yeaaa lu kayaknya carik cewek emangnya seksi gitu aduhhh...Kayaknya gini Fandy bisa ada 'ngefans' terus deeh!!
Rasenye tajuk lagu dia nie kena tukar dari Memburu Impian kepada Memburu Kejayaan. Ini lah dia Arm Rahim pemenang karaoke malam tue. Walaupun nyanyi ada sikit ke laut China Selatan tapi juri tetap suka. Tahniah yea Arm!! Gaya bersahaja dari Mat Kepit..kahkahkah...Mat Kepit ker, apa ker dia tetap dah menang karaoke..Ko adoooooooo!!!
Huahuahua...Izmee but the famous name Tuan Ismeth Ulam Raja, first at all aku nak cograt kat dia kerana selama yang aku kenal dia, dia memang x pernah nyanyi karaoke langsung x pernah walaupun masa kami buat family day. Dia nie tahap kemaluannya tinggi ,ooppss!! Korang tolong ya open your mind aku menggunakan tatabahasa dengan betol nie.Tapi kali nie dia buat kejuztaaan. Bole di katakan sume org x caya la dia nie nak nyanyi malam tue, siap pi buat rambut lagi teknik rebonding you!!. Sib baik aku x pengsan hahahah..Iyea la aku nie kan bff dia...Eh elek! tetiba jer ngaku bff ngan mamat nie apa kes? hehehe..La x caya korang leh tanya dia sendiri ar. Malam tue dia nyanyi lagu Fadli Zainal- Harapan. Memola tue cam kaku sikit nak² plak bila si Shamsul Ghau² selaku MC malam tue usik mcm². Gabrah tuee. Walaupun dia x menang malam tue tapi ada satu kes yang buat kami semua terkilan. uhuhuuh. Malam tue dia yang sepatutnya menang Grand Prizeeee hadiah TV plasma Panasonic 42 in..di Ulang sekali lagi yea TV plasma Panasonic 42 in. 'Tidak kesampaian...' Inilah yang dikatakan ada TUAH tapi x ada REZEKI. Semua dengan izin dariNYA. Kun fa ya kun...Mungkin ada hikmah disebaliknya. Kak Rock malu² bagi bunga kat Tuan Ismeth Ulam Raja. Dapat bunga jadi ler MEE ada gak hadiah walaupun hanya dari Kak Receptionist jeeeerr.Huahuahua but i proud whit u frienz, dalam refomasi² sempat lagi ko berkaraoke yeaaa...
Kejuztaaaaaannnn...X seorang staff di beritahu akan kehadiran Datuk Siti Nurhaliza pada malam itu. Kiranya kejuztan mereka kali nie menjadilah. Jemput DIVA la katakan, mana boleh kecoh² kan!! Tapi malangnya x sempat nak bergambar dgn Datuk Siti kerana dia nak balik cepat, nak balik Kuala Lipis celebrate mak dia punya besday...Owh!! Bagusnya Datuk Siti nie yea.
Barisan peserta pakaian tercantik or yg mengikut tema dari kira Harun, Samseng kampung Dusun, Sharif Dol daaa, En. Halim dan peserta wanita Yanti ala² gandingan Puan Sri Saloma dan Marilyn Manroe. Seriously she look gorgeous whit Black and red polka dot dress. Ziha dengan gaya J.Lo dalam filem sorry x engat laaa filem ape..heheh and Shara ala² Dimple Kapadia cite?? Lagi ler aku x hengattt...huahuahua
Pemenang karaoke bergambar bersama dari kiri Tuan President En. Sulaiman, Joe pemenang tempat ke 2 and the only girl yang joint karaoke, Si juara Arm, En. Halim pemenang ke 3 dan En. Zamri.
Me and My Group General Manager yang bakal bersara penuh pada January 2011. "Wish you all the best sir".
Aksi² gedix's di pentas dari kami.
Jangan sandar² yea Has x ade maknanya En. Adi nak offer ko keje ngan dia punnnn....Dah menang grand prize cukup arrr...Famous En. Adi malam tue yea senyum pun dah senget iyea la letih asyik kena control macho!! hehehe
Ucapan terakhir dari En. Adi Satria. Dan akhirnya menitis jua airmata En.Adi kita nie yea..Tempat jatuh lagi dikenang ini kan pula tempat bermain...We gonna miss u sir..

Ku meniti awan yang kelabu,
Ku tempohi lorong yang berliku,
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapan...

Ku percaya pasti suatu masa,
Sang suria kan bersinar jua,
Membawa harapan yang menggunung

bersamanya...

Engkau tiba bagaikan pelangi,
Tak bercahaya namum kau berseri,
Tapi cukup menghiburkan

Hati ini...

Seharian waktu bersamamu,
Tak terasa saat yang berlalu,
Bagai pelangi petang kau kan

pergi jua...

Friday, December 31, 2010

♥..Selamat Tahun Baru 2011..♥

Posted by Cik Sue at 10:42 AM 6 Komen Yang Terbaek


Salam pagi Jumaat untuk rakan² blogger serta pada pembaca blog ini. Kurang dari 12 jam lagi kita bakal meninggalkan 2010 yang penuh dengan 1001 mcm kenangan. Ada yang manis untuk dikenang tidak kurang jugak yang masam² manis, payau, kelat dan pahit, yea pelbagai rasa bersatu menjadi teladan dan sempadan kepada kita. Adakan kawan² semua telah memperbaharui azam. Adakah sepanjang tahun 2010 rakan² sume telah berjaya mencapai matlamat azam yang dibuat. Pada aku, azam tahun 2010 masih banyak yang x tercapai, tidak menepati piawaian yang telah diberikan hehehehe. So no more new azam. Just carry jer azam yang x tercapai dek akal tue. Ahaksss. Like international pasport, banyak pages lagi yang belum bercop, means for the next 365 days I have to work harder to achieve the target. uhuhuhuhu...Boleh ker??? Mesti boleh...Malaysia boleh!! InsyahAllah. Yang cemerlang pada tahun 2010 teruskan kecemerlangan anda. Kepada rakan² blogger, teruskan menghasilkan nukilan² untuk kita kongsi bersama². Dan ini adalah N3 pelabuh tirai aku untuk tahun 2010. Sekali lagi aku ingin mengucapkan "SELAMAT TAHUN BARU 2011" kepada semua pembaca, pengujung dan rakan² blogger yang singgah disini. Apa yang diharapkan semoga tahun 2011 bakal memberi sinar baru untuk kita semua serta berharap yang terbaik dalam hidup ini. Sayang uoll's sampai kita jumpa lagi pada tahun 2011. Adiosss senorita...♥♥♥...

Thursday, December 30, 2010

Tahniah Malaysia..

Posted by Cik Sue at 9:07 AM 2 Komen Yang Terbaek
Salam rakan² blogger sume. Rasenye hampir kesemua blogger akan membuat N3 yang sama hari ini. Yea!! Setelah 14 tahun kita menanti saat ini dan malam tadi bersaksikan Stadium Utama Gelora Bung Karno, Malaysia berjaya melakar sejarah. Tahniah untuk Team Bolasepak Malaysia, untuk jurulatih Malaysia K.Rajagobal tahniah kerana telah menaikan martabat sukan bola sepak Malaysia. TAHNIAH MALAYIA..Buah penjaga gol Malaysia Khairul fahmi Che Mat anda adalah wira. Tahniah!!
Ini dia pemenang kasut emas penjaring gol terbanyak- 5 : Mohd Safee Mohd Sali.
"We are the champion"
Inilah barisan yang telah berjuang untuk Malaysia: Khairul Fahmi Che Mat, Sabre Mat Abu, Muslim Ahmad, Gadli Shas, Asrarudin Putra Omar, S.Kunanlan, Safiq Eahim (c), Amar Rohidan, Razman Roslan, Ashari Samsudin, Amri Yahyah, Norshahrul Idlan Tahala, Mohd Safee Mohd Sali, Izzaq Faris Ramlan.

Wednesday, December 29, 2010

Kedah Part 2

Posted by Cik Sue at 8:58 AM 1 Komen Yang Terbaek
Dan seperti yang aku khaborkan, N3 arie nie aku continue semalam punya cite. hahahah. Ini ler pengantinnyer. Majlis mula agak lambat atau orang kat cni memang majlis deme mula kol 2.30 ptg. Sekali lagi perut mak buyung berlagu syahdu. Alahai ciannya kat Nad. Masa nie mood nak bergambar sangat la kurengnyer. Tapi aku pun snap² gak ler sesikit untuk kenangan uhuhuh. Di Alor Setar tema dorang warne kuning. Amboi!! Dah nama pun raja sehari kan, betul la tue!!
Pengantin tersenyum di singgahsana....
Tempat bersantap si raja sehari. Sehari jer yea kome jadi raja jangan plak nak lelebih. After majlis kami sambung ronda² Pekan Alor Setar sempat la pi Menara Alor Setar . Dan yang pasti aku memang dah lama daaaah nak ke sini...Ke mana dan di mana????....Jom kita terjah...

1



2



3



Beralamat di No 18, Lorong Kilang Ais, Tepi Jalan Pegawai Seberang Perak, 05000 Alor Setar Kedah Darul Aman. Akhirnya impian menjadi kenyataan bak kata omputeh "My dream come true". Taraa ini ler tempat yang dah begitu lama aku angankan nak mai. Rumah kelahiran idolaku TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD Perdana Menteri kita yang ke 4. Sangat² teruja bila berada di sini, banyak pengetahuan yang diperolehi tentang Tun Dr. Mahathir. Di sinilah Tun di besarkan dan berkahwin. Tun memang seorang pembela nasib Melayu. Terima kasih kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana telah banyak berjasa kepada anak bangsa Melayu.
Aku pasti ramai taw baca kan so korang baca ler sendiri yea apa yang tertulih kat atas tue..heheheh jgn maraaah cik salmah nanti kena jual!!!...
Di pintu masuk rumah kelahiran Tun Dr. Mahathir
Arissa 'wit' my niece Nadia di hadapan rumah kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohamad. X sabar nak masuk dalam nak tengok kehidupan masa lampau Tun. Rumah ini menggambarkan kehidupan zaman kanak² Tun. Ia telah di baikpulih oleh Arkib Negara pada Mei 1993.
Bahagian depan rumah, mengikut ceritanya, rumah kayu beratap nipah ini telah dibeli oleh ayah beliau, Mohamad bin Iskandar dari seorang penjual yang pada masa itu hendak mengahwinkan anaknya. Semasa dibeli, rumah itu tidak dicat dan mempunyai 1 bilik sahaja mempunyai serambi di bahagian depan tetapi tidak bertangga - sumber dari Arkib Negara.
Eh!!! cam ner plak gambar nie tersesat...Pegang kuat² jgn bagi lepas lagi jenuh kena lari 100m nak kejor dia nie..Langsung x reti dok diam..uhuhuhuh
Tempat padi ini digunakan oleh emak Tun untuk menumbuk padi. Masih berkeadaan baik tetapi perlu dijaga takut lama² akan rosak, sebab tidak dijaga dengan btol uhuhuhuhu....
Ini aku x tahu apa motifnya di letakkan di sini sebab x ada apa² sign pun cuma di tulis "di larang duduk"...
Hanif dan Nadia di hadapan di Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad

Nak gak interfrem..Sebagai bukti yang aku pernah hadir ke sini...Ahakssss

Last sekali aku pun pegi ler nengok kilang ais bersebelahan dengan rumah Tun. Kilang ais nie telah dibaikpulih dan dijadikan muzium. Di dalamnya ada dipamerkan bagaimana kilang ini beropersi dan segala peralatan yang digunakan dulu turut dipamerkan. Tapi pada aku kilang ais nie idak ler begitu mengujakan berbanding Rumah kelahiran Tun. Hampir 2 jam menghabiskan masa di sini, rase sedih plak bila nak meninggalkan tempah ini. Di sebabkan arie masih muda hahahah..Kami pun jalan² ke Mall yang berhampiran dengan hotel. Alor Setar Mall. Agak happening gak orang² Alor Setar nie yea heheheh..

Alor Setar Mall..Ya ampun budak niee aikkk..Masa nie pesta diskaun di sana sini tapi malangnya x sempat nak terjah pasal dia nie dah buat hal lagi huahuahua..Adoyaiii sabar jer laaaaa...Tapi ok gak selamat pulus mak nyah!!!..Kat Mall nie x lama pun, pasal malam ada jemputan dinner dari kawan opis yg duk di sini. Balik hotel bersiap² plak hendak ke rumah En. Fadly di Jalan Mergong. Sori la x ada aktiviti snap gambar. Tapi serius rumah member aku nie memang best depan umah sawah padi..Ya ampun sib baik la malam kalau idak mau malu ...Betapa jakunnya aku!!.Dah tue umah dia betol² berhadapan dengan Tesco Alor Setar.
Esoknya pagi² lagi kami dah check out. Nak balik Kolumpoq takut jalan jem tapi sempat lagi singgah makan di Restoran Nasi Kandar Nasmir, restoran ni memang famous kat Kedah. Dah kenyang kan jom kita pi Pekan Rabu lagi sekali noooo..hehehehe. (cite nie aku update nanti ar itu pun kalau ada kerajinan ler..heheheh)
Sebelum balik Kolumpoq kami singgah di Brand opis aku kat sini. Dah lebih mengujakan opis aku kat Alor Setar nie bersebelahan dengan Klinik Maha. Klinik nie Tun yang punya. Memang dari sampai pak encik sibuk nak carik klinik nie. X dapat jumpa owner'nya gambil gambar klinik pun jadi laaa..Kata IDOLA kan..Nad & Anip di hadapan klinik Maha.
Lagi sekali si kecil aku nie buat hal. Aduhai sepanjang pengembaraan aku ke Negeri Kedah nie si kecil x abis² buat perangai. X bole jadi nak gak interframe kat Klinik Maha nie...Ahaksss. Gitu ler cite aku ke Kedah. InsyaAllah panjang umuq murah rezeki kami ingin ke sini lagi. Dengan ini aku noktakan cerita ke Kedah. Kepada pembaca blog aku terima kasih kerana terus membaca tulisan² aku dan terima kasih sekali lagi kerana terus menyokong aku di dunia blogging ini. Sayang uolls sampai kita jumpa lagi...Adiossss senorita...♥♥♥...

Tuesday, December 28, 2010

Sehari di Pekan Rabu

Posted by Cik Sue at 7:05 PM 3 Komen Yang Terbaek
Hai kawan² blogger sume. Mesti ada yang tengah sibuk membuat persiapan untuk anak² ke sesi persekolah minggu hadapankan? Hujung minggu yang sibuk jugak. Iyea la hujung minggu la dapat bawa anak² kuar berjalan. Hari biasa sibuk memanjang menggalah kan PM la plak. Adoyai. Hujung minggu lepas aku sempat la ke Negeri Jelapang Padi itu pun sebab majlis bertandang, Kan ker minggu lepas buat di rumah my cousin kali nie giliran pihak lelaki la plak. So sebagai ibu saudara yang paling sporting (perasan btol ler) walaupun penat minggu lepas x abis lagi aku gagahkan jugak ler untuk pergi majlis di pihak lelaki. Cadangnya mola² nak naik bas jer so leh bawak anak² sekali but last minutes persatuan saudara² ramai plak yang ada hal. Iyealah kan musim orang kawen x kan nak tinggalkan jiran tetangga yg tgh wat keje kawen semata² nak gi ke Kedah. Dah la minggu lepas miss dorang punya majlis.Uhhuhuhu. So hendak x nak deme sume tugaskan aku jadi wakil persatuan saudara² hehehehe...and at last aku tinggalkan budak 2 beradik tue kat umah baby sister, sib baik la dorang pun x banyak kerenah kalau tidak jenuh ler nak menjawab terutama dgn yg no. 2 tue!! Uhhuhuhu. So kami memulakan perjalanan pada hari Jumaat selepas 'pak encik' balik dr solat jumaat. Ghoper²nya sungguh jauh negeri Kedah, ek eleh! cite cam aku gi negeri Nagasaki jer kan poyo lerrrr, hehehe almaklumla selalunya aku balik kg kat Melaka jer perjalanan x sampai pun 3 jam. Uissskk pejam celik pejam celik x sampai² hadoyaiii, masa nie ler aku terpk camner ler BSB, Cheq and Iza balik kampung. Patutla deme balik kg setahun 3-4 kali jer. X mcm aku balik kg setahun 20 kali hehehehe. Ini bukan lagi punggung jer yg kematu, 1 badan dah kebas. Alahai baru ler mak taw Nyah!!!..Nak plak bawak c kecik aku tue, rasenye klau ler aku nie padi dah lama jadi beras hancusssssssssss..huahuahua. Kami sampai di T-Hotel jam 10.00 malam masuk bilik terus memasing terbongkang mcm kingkong daaaa ^_^. Tengok tilam dan bantal dah mcm nampak buger jer apa lagi zzzz. Sib baik gak before gi cheq dah buat survey utk aku so senang kijer. Sepanjang perjalan x ada aktiviti klik-klik gambor pasalnya no mood. Mood x sabau nak sampai ke Kedah jer..Ahaks. Esoknya pagi² kami dah kuar dari hotel untuk aktiviti jalan² carik makan..Jom kita layazzzzzzzzzz....
Pose dulu walau perut udah menyanyi lagu keroncong untuk ana..Alahai muka suci murninya memasing yea!!!.
Akhirnya sampai gak aku kat sini. Tapi yang x bestnye sat² hp aku berbunyi..antara ayat yg favorite kat hp aku.."ko tolong belikan akak kuih goyang..."Huahuahua..Sat lagi tit..tit..tit "Eh! Kawan akak pun kirim pulut itam 4 bungkus..." Btol la akak aku nie, dia canang satu opis la plak adoyaii. Alahai Akak sepupu ku sayang kat K.L x ada jual pulut itam ker kak oiii!!!...
Kedai makan di Pekan Rabu, but masa nie banyak kedai tutup lagi sebabnya terlalu awak kata depa la. Selalunya depa start berniaga jam 12.00 tengahari..Alahaiii...
Sib baik la ada pakcik yang berniaga kueh, nasi lemak, nasi kerabu, bihun alahai mcm lagi laaaa..
Acara wajib ambik gambor si kecik nie.."ok ma ciap..ambik gambor atek cam nieee..." Cehhh!!!
Nasi kerabu orang Aloq Staq..not bad laa sama jer rasenye x ada beza pun..hehhehehe
Kuih nie pelik sikit tapi bila aku tanya kat pakcik yang berniaga tue dia pun x tahu nama kuih nie, cuma pakcik tue kata kuih nie sama mcm murtabaq tapi rase kuih nie agak tawar sedikit tue pasal la kat atas kueh nie ada sos..Cheq hang taw ka apa nama kuih nie. Pada keseluruhannya kuih nie best la gakkkk ahaksss.
Bahulu kuih tradisinol. Tengok tue panas lagiiii...Dah lama aku x tengok org buat bahulu. Dulu arwah mak aku tiap² tahun mesti buat kuih nie masa raya. Alahai sedih la plak tetiba teringat arwah...
Bahulu yang dah siap untuk dijual..
Aik mak buyung nie pun sama naik gak..beli jangan x beli Nad..X cukup cashier kat sebelah jer tue..uhuhuhuuh....Aksi Nadia my niece and Arissa.
Uiisskkk bukan main cantik dan comei tauke kedai nie. Moh kita pose sekali heheheh...Kat kedai nie ler kami pakat borong sume barang..Lagi pun adik manis nie bagi gege yang sangat special..Mekasih yea dik, insyaAllah kalau akak mai Aloq Staq akak carik kedai adik lagi. Mak buyung nie x abis² dok rasa dodol. Belinye idak hehehhe..Sungguh tragisss. After ronda² di Pekan Rabu kami balik untuk bersiap ke majlis persandingan Amira dan Firdaus di Jalan Tangjung Bendahara ...Halamak gang, aku stop dulu yea bos dah jeling sat lagi ada masa aku sambung next episod..Apa la boss nie x sporting tawwww..heheheh jangan mara bos tapikan bos bace ker apa yang aku tulih nie...Ada aku kisaahhh!!

Laa..UdAH Se-1 ker...♫♫

Posted by Cik Sue at 3:58 PM 0 Komen Yang Terbaek
Waduh-waduh bikin kpala aku pusing lagi gitu ghayanye. Enggak ada kerja lain rakanku Tanter BSB ini, sekarang lagi mau ngantar 'homework'. Yea, Tanter BSB lagi gitu kerajinan untuk menjawab soalan GA. Aduh!!! Hahahah..Sory terlebey sudah!. Balik dari bercuti bukak² blog jer dah menunggu homework dari teman tapi mesra BSB. Kali nie tajuk GA :Blog Teman Udah Setahun. Uiissk udah setahun ghopenye blog deme yea!! Same ler kite hehehe. Banyak benda yang kita belajar dari blog nie kan. Ada orang suka dan x kurang juga yang x suka ,tapi yang herannya x suka tapi baca jugak. Apa kes! Itu ler realitinya. Apa pun teman nak mengucapkan ribuan terima kasih ler pada http://sparklemaneh.blogspot.com/2010/12/blog-teman-udah-setahun-ga.html serta selamat ulangtahun yang pertama dan terima kasih sekali lagi kerana sudi menganjurkan pertandingan ini. Selain memanjangkan tali siratulrahim dapat ler kita semua berkongsi pengalaman x gitu kengkawan. Pada my pren BSB harap² kali nie kita leh menang yea!! ^_^...

Ok..Tajuk GA nih...
Blog Teman Udah Setahun GA

Terma & Syarat :

1. Jadi follower? I fooolloow...
2. Buat satu entry utk GA nih..Bisa diatur buk..
3. Jgn lupa tampal gambar lilin kat atas tu dalam entry..kalo rajin,..buh la kat tepi blog korang...dah tempek pun..
4. Jgn lupa buh link url entry korang kat ruangan komen entry GA teman nih...senang teman nk chk penyertaan..wokey siap...
5. Sekiranye penyertaan kurang dari 5 orang..secara otomatiknye DIBATALKAN GA teman nih...Halamak!!! x ada can la nak menang tudung..uuisskk x bole jadi nie panggil sume blogger joint contest nie..
6. Jangan lupa TAG 3 orang kawan utk join GA nih & pesan dgn diaorg..buh nama korang utk jadi refferel diaorang...1) White House 2) Mem Besau 3)Cheq
 

HidUp KeNA sLamBer Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei