Dan seperti yang aku khaborkan, N3 arie nie aku continue semalam punya cite. hahahah. Ini ler pengantinnyer. Majlis mula agak lambat atau orang kat cni memang majlis deme mula kol 2.30 ptg. Sekali lagi perut mak buyung berlagu syahdu. Alahai ciannya kat Nad. Masa nie mood nak bergambar sangat la kurengnyer. Tapi aku pun snap² gak ler sesikit untuk kenangan uhuhuh. Di Alor Setar tema dorang warne kuning. Amboi!! Dah nama pun raja sehari kan, betul la tue!!
Tempat bersantap si raja sehari. Sehari jer yea kome jadi raja jangan plak nak lelebih. After majlis kami sambung ronda² Pekan Alor Setar sempat la pi Menara Alor Setar . Dan yang pasti aku memang dah lama daaaah nak ke sini...Ke mana dan di mana????....Jom kita terjah...
1
2
3
2
3
Beralamat di No 18, Lorong Kilang Ais, Tepi Jalan Pegawai Seberang Perak, 05000 Alor Setar Kedah Darul Aman. Akhirnya impian menjadi kenyataan bak kata omputeh "My dream come true". Taraa ini ler tempat yang dah begitu lama aku angankan nak mai. Rumah kelahiran idolaku TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD Perdana Menteri kita yang ke 4. Sangat² teruja bila berada di sini, banyak pengetahuan yang diperolehi tentang Tun Dr. Mahathir. Di sinilah Tun di besarkan dan berkahwin. Tun memang seorang pembela nasib Melayu. Terima kasih kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana telah banyak berjasa kepada anak bangsa Melayu.
Aku pasti ramai taw baca kan so korang baca ler sendiri yea apa yang tertulih kat atas tue..heheheh jgn maraaah cik salmah nanti kena jual!!!...
Arissa 'wit' my niece Nadia di hadapan rumah kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohamad. X sabar nak masuk dalam nak tengok kehidupan masa lampau Tun. Rumah ini menggambarkan kehidupan zaman kanak² Tun. Ia telah di baikpulih oleh Arkib Negara pada Mei 1993.
Bahagian depan rumah, mengikut ceritanya, rumah kayu beratap nipah ini telah dibeli oleh ayah beliau, Mohamad bin Iskandar dari seorang penjual yang pada masa itu hendak mengahwinkan anaknya. Semasa dibeli, rumah itu tidak dicat dan mempunyai 1 bilik sahaja mempunyai serambi di bahagian depan tetapi tidak bertangga - sumber dari Arkib Negara.
Eh!!! cam ner plak gambar nie tersesat...Pegang kuat² jgn bagi lepas lagi jenuh kena lari 100m nak kejor dia nie..Langsung x reti dok diam..uhuhuhuh
Tempat padi ini digunakan oleh emak Tun untuk menumbuk padi. Masih berkeadaan baik tetapi perlu dijaga takut lama² akan rosak, sebab tidak dijaga dengan btol uhuhuhuhu....
Ini aku x tahu apa motifnya di letakkan di sini sebab x ada apa² sign pun cuma di tulis "di larang duduk"...
Last sekali aku pun pegi ler nengok kilang ais bersebelahan dengan rumah Tun. Kilang ais nie telah dibaikpulih dan dijadikan muzium. Di dalamnya ada dipamerkan bagaimana kilang ini beropersi dan segala peralatan yang digunakan dulu turut dipamerkan. Tapi pada aku kilang ais nie idak ler begitu mengujakan berbanding Rumah kelahiran Tun. Hampir 2 jam menghabiskan masa di sini, rase sedih plak bila nak meninggalkan tempah ini. Di sebabkan arie masih muda hahahah..Kami pun jalan² ke Mall yang berhampiran dengan hotel. Alor Setar Mall. Agak happening gak orang² Alor Setar nie yea heheheh..
Alor Setar Mall..Ya ampun budak niee aikkk..Masa nie pesta diskaun di sana sini tapi malangnya x sempat nak terjah pasal dia nie dah buat hal lagi huahuahua..Adoyaiii sabar jer laaaaa...Tapi ok gak selamat pulus mak nyah!!!..Kat Mall nie x lama pun, pasal malam ada jemputan dinner dari kawan opis yg duk di sini. Balik hotel bersiap² plak hendak ke rumah En. Fadly di Jalan Mergong. Sori la x ada aktiviti snap gambar. Tapi serius rumah member aku nie memang best depan umah sawah padi..Ya ampun sib baik la malam kalau idak mau malu ...Betapa jakunnya aku!!.Dah tue umah dia betol² berhadapan dengan Tesco Alor Setar.
Esoknya pagi² lagi kami dah check out. Nak balik Kolumpoq takut jalan jem tapi sempat lagi singgah makan di Restoran Nasi Kandar Nasmir, restoran ni memang famous kat Kedah. Dah kenyang kan jom kita pi Pekan Rabu lagi sekali noooo..hehehehe. (cite nie aku update nanti ar itu pun kalau ada kerajinan ler..heheheh)
Sebelum balik Kolumpoq kami singgah di Brand opis aku kat sini. Dah lebih mengujakan opis aku kat Alor Setar nie bersebelahan dengan Klinik Maha. Klinik nie Tun yang punya. Memang dari sampai pak encik sibuk nak carik klinik nie. X dapat jumpa owner'nya gambil gambar klinik pun jadi laaa..Kata IDOLA kan..Nad & Anip di hadapan klinik Maha.
Lagi sekali si kecil aku nie buat hal. Aduhai sepanjang pengembaraan aku ke Negeri Kedah nie si kecil x abis² buat perangai. X bole jadi nak gak interframe kat Klinik Maha nie...Ahaksss. Gitu ler cite aku ke Kedah. InsyaAllah panjang umuq murah rezeki kami ingin ke sini lagi. Dengan ini aku noktakan cerita ke Kedah. Kepada pembaca blog aku terima kasih kerana terus membaca tulisan² aku dan terima kasih sekali lagi kerana terus menyokong aku di dunia blogging ini. Sayang uolls sampai kita jumpa lagi...Adiossss senorita...♥♥♥...
1 Komen Yang Terbaek:
Cik sue,hubby aku org kedah pun tak pernah p rumah mahathir.org melaka pun dah sampai.
Post a Comment