Tuesday, March 2, 2010

Tagging From Yani & Izmee

Posted by Cik Sue at 8:59 AM 0 Komen Yang Terbaek
Sila jawab tanpa berpikir panjang okeh!

1. Bekas kekasih saya – Jose Mourinho...

2. Saya sedang mendengar – Miss Jebat membebel

3. Mungkin saya patut – Balik rumah sambung tido hehehe

4. Saya suka – berangan ngan Fad...

5. Sahabat-sahabat saya – Orang2 yg penting dalam hidup saya

6. Saya tak tahan – kes penderaan terhadap kanak-kanak , tentunya handbags dan bajuuu..ahaksssss

7. Saya kehilangan – mak dan kakak saya pada tahun yang sama selang sebulan jer uwaaaa...
.
8. Ramai yang berkata – camner sejak pindah rumah nie...??? wokeyyy

9. Cinta itu adalah – sesuatu yang menakjudkan...

10. Di suatu tempat, seseorang sedang – korek lubang hidungnyer...uweeekkkk

11. Saya akan cuba – menjadi orang....hahhahahaha bukan antu aaaaa...

12. Perkataan SELAMANYA membawa maksud - together-gether...

13. Telefon bimbit saya – Nokia N81...

14. Bila saya terjaga – ucap syukran kepadaNYA and pk nak buat breakfeast aper ek!!...

15. Saya paling meluat – talam 2 muka and gedik's...hehehe

16. Pesta/parti adalah – ntah ler x pernah terpk aper benda tue ek....

17. Haiwan yang paling comel pernah saya temui – kucing parsi c nad...

18. Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya ialah – time belajar ler...

19. Hari ini – selasa...

20. Malam ini saya akan – sambung mengemas rumah ....

21. Esok pula saya akan – buat keje cam biase...

22. Saya betul-betul inginkan – duit yg banyak hahahahah...

23. Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini - x sempat tengok cermin pagi td hahahahaha...

24. Pusat membeli-belah atau arked permainan – shoppinggggg...

25. Makanan Barat atau Jepun? – makan barat...

26. Bilik yang terang atau gelap? – yg separuh,tgh2 blh tak?...

27. Makanan segera adalah – yg dah sedia ada utk dimakan....

28. Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang – assalamualaikum..i love u...kat hubby aku ler...heheheh

29. Lepas ini saya akan – pk lunch nak makan aper kat secret recipe...ahakssss

30. Siapa yang anda ingin tag - kawan2 blogger yg tengah ngantooookkkkkkk sila jawap tag nie kay.....

Monday, March 1, 2010

Sukan CBN part 2

Posted by Cik Sue at 4:18 PM 0 Komen Yang Terbaek
Seperti yang di janjikan n3 arie nie aku nak sambung ckit lagi pasai sukan sekolah anak aku heheheh...mari kita layanzzzzz.....

Fasha Sandha hadir memberikan sokongannya kepada adik tersayang yg juga merupakan ahli rumah kuning...Adik dia kawan baik anak aku plak tue...alamakkk!!!!

After 5 years , finally aku pakai gak baju warna kuning hehehehe (yg sebenornya aku x brapa nak suka color nie). ini sebagai tanda sokongan aku kepada pasukan rumah kuning (alah rumah sukan anak2 aku ler). Sebelom nie klau aku gi sukan kat CBN 1, aku x pernah pun pakai warna kuning, selalunya aku pakai color lain ahakasssss..Tapi tahun nie lain plak jadinyer ek!! setelah didesak oleh anak2 akhirnya aku pun mengalah demi anak2 mama yang tersayang...heheheheh....Cuma utk c Kecil aku x sempat nak carik kan dia baju color kuning..Alahai...Masa aku kat kampung dolu2 jangan harap la mak aku nak pakai baju warna rumah sukan aku. Dia datang pun dah cukup bagus tau!!! Tapi anak2 sekarang nie lebih advance sampai mak bapak pun terkena tempiasnya kannn...hehehehehe..

Barisan juri untuk acara 'cheer leading'...(yg baju color putih jer yea!!! yang lain tue bkn)

Aksi 'cheer' rumah dang anum menggunakan tombak..Awas!!! jgn sesekali meniru gaya ini..
'hooba asibbaaa'..wow!! so aku kompen yg tahun nie dorang menang lagi..caya la umah merah

Aksi rumah hijau untuk acara 'cheer' simple jer umah hijau punya gerakan tapi bole laaaaa

Ini plak aksi rumah biru. Memang mengujakan..tengok baju dorang cantik kan..'very the vouge Nyah!! walaa lagi pun dorang punya dana besar. Tahun lepas dorang nie alah2 'high musical school @ hanna Montana'. Dengar kata ada ahli rumah biru nie anak orang ado-ado so..orang cine makan pengat sendri mau hengat aaaaa....

My Princess...Anom & Alliya

Sunday, February 28, 2010

Hobi Oh Hobi

Posted by Cik Sue at 10:12 PM 0 Komen Yang Terbaek
2 buah buku yang baru di belikan oleh Cik Ee. Bagi menambahkan lagi kesesakkan buku yang dah sedia ader. Thank Cik Ee bagi buku nie hehehe...Cik Ee nie ler yang selalunya update buku2 cite untuk aku, dia juga la yang ghajin g belikan untuk aku. Dia gak penyokong aku selain daripada hubby aku....Thank U very much Cik Ee

N3 arie nie aku nak cite pasal hobi. Semua orang ader hobi yang tersendirikan, aku pun x terkecuali. Sebagai memenuhi permintaan seorang teman yang berada nun jauh di utara tanahair, yg mintak aku update pasal hobi aku nie. Aku pun x tahu yang dia tahu aku suka membaca, cuma baru2 nie jer aku dpt tahu. Sori x perasan huhuhhuhu .. Sebenarnya minat membaca aku nie banyak didorong dan dipengaruhi oleh kakak sepupu aku, Kak Lang @ Cik Fiz. Dari dia ler aku banyak belajar tentang buku2 cite kami memang kamcing pasal kami mempunyai minat yang sama. Kalau dulu bila aku dtg umah makcik aku, x kira la ada kenduri @ ker apa jer, tempat yang aku tuju adalah bilik Kak Lang. Pas tue aku pun dok diam2 sampai dorang sume bising baru ler aku jengah muka heheheheh itu pun dah jenuh kena marah. Keluar pun buat muka poyo jer heheheheh.
Dulu masa aku sekolah, aku sanggup x makan kat sekolah, simpan duit nak beli buku cite. Masa tue buku cite yg paling top keluaran creative enterprise dan yang selalu jadi mangsa mestilah c Norehan. Dia nie ler yang tukang mengorder buku. Aku??? jangan harap ler, klau mak aku dpt tahu alamatnyer setahun kena leter..hiss..x sanggup aku. Oleh kerana suka sangat membaca, pernah buku aku kena rampas dengan guru sejarah masa aku form 4 uhuhuhuh... Aku ingat lagi nama Cikgu tu ialah Cikgu Lam Poh Chin..ggggrrrmmmm..Aku panggil cikgu nie cikgu pipi kembong hahahahah...pasal pipi dia kembong mcm kuih pau...Kawan2 aku ckp pipi cikgu tue sama cam pipi aku cuma bezanyer cikgu tue pau kukus yang aku nie pau goreng yang hampir2 nak hangus!!...hhehehehhee bila dikenang balik ader gak btolnya ckp kawan aku tue dulu kan..:-)
Bila dah keje aku mula buat koleksi buku2 sendiri, Setakat nie aku ada lebih kurang 500 buah buku cite. Selalunyer aku baca buku keluaran Alaf 21 & Creative Enterprise, ada gak buku2 keluaran lain yg aku beli tapi lately nie aku dah bertukar angin ker buku prima plak. Setiap tahun aku memang x sabar menunggu pesta buku antarbangsa di PWTC K.L, aku klau pesta buku mmg x pernah lepas mesti gi punya.Haaa ini adalah sebahagian dari koleksi buku2 cerita aku, ada lagi dalam kotak x cukup space nak simpan tue blom di kira lagi yang hilang kena curi. Hubby aku pun dah bising pasal banyak sangat buku2 aku nie. Ada aku kisah!!! Do i care!!!! hehehhhe..Cuma sekarang nie aku dah kurang membeli. Ini kerana aku nak mengurangkan kesesakan buku2 yang ada dalam simpanan. Aku hanya akan membeli buku2 dari penulis2 yang aku btol2 kenal @ my favourite writer jer aku beli. Selain membaca, hobi aku yang lagi satu yang aku suka bangat ialah menjahit crosstich alah jahitan silang pangkah tue..sekarang nie dah ramai org x buat jahitan crosstich sebab leceh sikit lgpun benangnya dah mahal masa aku mula menjahit dulu harga benang baru 50 sen tapi sekarang nie dah RM 1.50 mahalkan..udah ler banyak benang yg nak kena guna peerrgghhh. Aku pun dah lama x jahit sejak ader c kecil ku. Klau nak jahit pun kena tunggu dia tido dulu baru ler bole nak buat . Ada masa aku update jahitan2 aku kat cni k friendzzz. Lagi 1 aku suka kumpul handbags hehehehe suka sangat, yg nie member2 opis aku mmg dah masak ngan perangai aku..kadang2 dorang geleng kpala jer, hari nie ckp x nak, tau2 dah sampai jer hahahaah. Nak buat camner nama pun hobikan. Nanti ler aku update handbangs plak...ooopppsss!! bole ker nanti ader org kata aku suka show off plak yea..tapikan.. Ader aku kisah Nyaaahh!!! heheheheh.. X sabau nak tunggu handbags Gucci dari ooooppsss!!! Atenyer saper nak jawab nie yea!!! :-) Alamak terpanjang plak aku tulih naik boring baca daaahh so aku cau dulu ler yea jumpa lagi adioooossss.

Saturday, February 27, 2010

Buat Mu Mak

Posted by Cik Sue at 10:58 PM 0 Komen Yang Terbaek
Salam kengkawang...Dalam sedar dan tidak kita kini di bulan Mac. Andainya aku punya kuasa magis ingin sekali aku padamkan bulan Mac di dalam kalender. Mengapa???? Kerana bulan itu aku kehilangan insan yang Terlalu bermakna buat aku. Andai diukur dengan wang ringgit rasanya belum tentu aku termampu untuk membayar harga budi ini kepada Mak. Membesarkan kami 3 beradik seorang diri. Menghadapi tohmahan orang2 sekeliling dengan sabar dan tabah. Ketika Ayah meninggalkan Mak untuk selamanya, aku berusia 3 bulan dalam kandungan. Bagaimana seorang perempuan yang ketika itu tidak punya apa-apa untuk membesarkan anak-anak yang masih kecil. Alhamdulillah berkat kesabaran Mak, kami akhirnya berjaya dalam kehidupan walaupun tidak semewah orang lain,cukup semuanya. Tapi hukum Allah s.w.t tidak dapat kita sangkal. Itu perjanjiannya. Maka pada tanggal 8 Mac 2005 bersamaan pukul 1 pagi Mak telah meninggal kami untuk selamanya di Hospital Besar Melaka. Dan aku antara yang berada disisi Mak ketika Mak menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tenangnya Mak pergi menghadap Tuhan yang satu. Tabah juga aku menerima pemergian Mak tanpa ada setitis airmata yang keluar.
Ketika itu aku tidak ingin menunjukkan bahawa aku lemah di hadapan 2 orang kakak ku. Arwah Kakak yang sulung ketika itu sedang bergelut dengan penyakit kencing manis yang kritikal begitu juga kakak aku yang ke 2 sedang sarat mengandung anak ke 3. Kalau tidak aku yang menunjukkan kekuatan pada masa itu siapa lagi. Tapi hakikatnya hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu bagaimana hancurnya hati aku ketika itu. Sebagai manusia biasa aku redha dengan pemergian Mak. Aku tidak ingin menangisi pemergian Mak. Aku ingin Mak tenang di sana. Hanya doa dan al fatiha yang mengiringi Mak setiap kali aku menemuinya. Tangan inilah yang menyikatkan mak untuk kali terakhir, tangan ini jugalah yang membedakkan muka Mak untuk kali terakhir dan tangan ini juga lah yang mengikat 7 kali kain balutan Mak. Ntah kenapa saat itu aku seakan tidak membenarkan sesiapa menyentuh Mak, melainkan kami adik beradik. Ku lihat Kak long pakaikan Mak telekung terakhir yang aku beli untuk Mak hari raya yang lalu. Sedih rasa hati kerana aku tidak lagi berpeluang membelikan Mak telekung, gembira kerana pemberianku yang Mak bawa pergi bersamanya.
Kini selepas 5 tahun berlalu betapa aku sangat merindui Mak. Rindu pada celoteh Mak, rindu pada masakan Mak, rindu untuk mengucup pipi tua Mak, rindu pada Mak yang sentiasa ceria menyambut kepulangan anak cucunya dan rindu ini akan tetap di sini, di hati tanpa aku sendiri tahu di mana hentiannya. Selepas 5 tahun juga baru aku memahami hati tua Mak yang sering kali merajuk bila aku tak telepon, bila aku lama tak balik kampung jenguh Mak, bila aku cakap tidak pada Mak, bila aku membantah cakap Mak dan bila aku...bila..bila...segalanya tinggal kenangan. Kenangan terindah apa yang pasti aku tidak akan melaluinya lagi. Andai itu takdirnya aku redha Ya Allah!Terima kasih kepada Engkau Ya Allah kerana telah meminjamkan aku Mak yang terbaik. Perjanjian Allah tidak siapa dapat menghalangnya. Tidak juga masa, tidak juga takdir dan tidak juga malaikat menagguhkannya. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, kerana mati itu sesuatu yang pasti.
Dan saat kain kapan ingin menutupi Mak baru aku tersedar yang aku telah kehilangan tempat mengadu susah dan senang , tempat aku mencurah rasa hati dan tempat aku bermanja selama ini. Selamat jalan Mak semoga roh Mak di cucuri rahmat dan di tempatkan ke dalam golongan orang-orang yang beriman. Moga kita bertemu di sana nanti, Amin..

hari Sukan CBN 1 part 1

Posted by Cik Sue at 2:42 PM 0 Komen Yang Terbaek
Hari nie 27/02/2010 hari sukan sekolah anak aku...Tp waktu aku nak update blog nie anak aku dah terdelete sume gambor yg aku ambil pagi tadi nasib baik gak aku dah upload separuh dan ada serpihan dlm camera samsung klau x..x tahu ler aku nak ckp camner.Ooo sungguh mengilangkan mood aku utk mengupdate blogku ini. W/bgmanapun kepada sesape yg sudi nak layan gambar arie sukan anak aku nie mari ler kita layanzzz gambar2 yg sempat aku upload nie tp ingat yea bukan bertujuan nak show off anak2 @ keluarga kat cni cuma ingin berkongsi cerita jer, kepada yg suka layan ler blog aku nie tp pd yg x suka aku harap2 x payah ler baca lagi pun ader aku kisaaaahhhh!!! ....Layanzzzz

Perbarisan Yellow house..Anak aku Anom masuk perbarisan..Aku sebenornyer dah terlambat tp nasib baik sempat tgk rumah kuning punya perbarisan plak tue ini perbarisan yang last rumah lain dah masuk baris ...alahaiiii

Udah mcm Nyonya jual sayur aku tengok bebudak nie hehehe (x baik tau penat cikgu2 dorang cari idea)...Masa aku sekolah dolu2 x ader plak perbarisan mcm nie...Tp klau ader pun nak ker aku pakai mcm nyonya jual sayur nie ek!!!! :-)

Nie pasukan sorak('cheer') rumah hijau @ Tun Teja...Kelas sekolah dorang nie siap ader pasukan 'cheer leading'...almaklumla aku dolu sekolah kampung jer..

Nie plak pasukan 'cheer' rumah biru @ mahsuri..peerrggghhhh memang kelas..tahun lepas alah2 'high school musical @ hanna montana' comeiiii sgt bebdk nie....

Yang nie pasukan 'cheer' rumah merah @ Dang Anum..Dorang nie telah 6 tahun mendominasi acara 'cheer leading' dan tahun nie aku kompem dorang mesti menang lagi alah2 red indian..."hooba asibbaa..."
caya laaaaa...tengok tue dia siap posing lagi bila nampak aku nak ambik gambar anak saper la nie ooopppsss!...

Yang nie plak pasukan sorak rumah kuning @ Tun Fatimah. rumah sukan anak aku ler nie..simple jer dorang nie...tahun depan anak aku plak nak joint 'cheer" alahaiiii anak omak...fening pala makcikkk....

Haaaa yang nie plak parents..jgn x tahu setiap umah sukan parents memang support abis siap ader baju khas untuk parents..nie untuk parents rumah hijau @ Tun Teja.

Yang nie paling aku suka sekali...mmg sporting abis parents rumah kuning nie..caya la rumah kuning...go yellow go..yellow have a muscle yelow..yellow..yellow..:-)

Nie parents rumah biru@ Mahsuri..tengok tue Mahsuri's Mom...ppeeerrggghhhh korang sume mmg kelassss...tue blom tengok lagi aksi2 parents yg ter'over..cuma aku x dpt nak snap parents umah merah jer pasal dorang sibuk menjerit so x sempat nak snap lgpun kebanyakkan parents rumah merah duduk di bahagian depan dlm khemah VIP bkn cam aku nie abis satu padang aku ronda dah mcm aku plak yg bersukan (apa lg mengejar c kecil aku ler x bole nak dok diam eee letih mak nyahh)...

Dan ini ler acara yang mmg ditunggu2 setiap tahun..acara yg sgt mengujakan,bukan aku jer tapi sume yg hadir pada arie sukan tue ler, iyea la aku nie kan dulu cuma sekolah kampung jer mana ler pernah tengok benda2 mcm nie..first time aku tgk masa anak aku tahun 1...mak aaaiikkk mmg aku kampung btol masa tue skrg nie biasa jer..tp tahun dpn anak aku pun joint 'cheer' nie, mcm mana ler gamaknyer aku waktu tue kan x dpt nak aku bygkan. bila aku tgk aksi2 parents yg anak dorang masuk cheer teruja n over the over sgt2 rasa mcm meluat plak...mintak2 esok aku jgn ler camtue...eeeeee...ahakkksss

aksi permulaan acara 'cheer' rumah kuning...go yellow go..go..go...

Tengok bebdk 'cheer' tgh buat world dari gelung...apa yg penting kerjasama!!

lagi aksi rumah kuning utk 'cheer' alahaii comeiiiinyer bebdk nie...yellow have a muscle..yellow..yellow ..go yellow go..go..go..go :-) alamak parents plak over daaaahh..oooppsss!!
aksi hampir meniarap bebudak 'cheer' Tun Fatimah...cayaaa laaaa korang
ader lagi aksi2 rumah sukan yang lain akan disambung ke part 2. hari yg sgt meletihkan tapi ckp seronok bila melihat anak2 ghumbira....tunggguuuu kemunculan part 2

Thursday, February 25, 2010

Maulidur Rasul

Posted by Cik Sue at 7:47 PM 0 Komen Yang Terbaek
Selamat Menyambut Maulidur Rasul
Daripada : Cik Sue & Keluarga.
Feb 2010

Monday, February 22, 2010

Cuti

Posted by Cik Sue at 2:15 PM 0 Komen Yang Terbaek
huk..huk..huk...hisshh..hissh..hisshh..banyaknyer habuk kat cni. Aduhai baru seminggu aku tinggal kan blog nie dah penuh ngan habuk..Maklumlah cuaca panas skrg nie 2 yg cepat sgt habuk naik..Cuti panjang sempena ngan Tahun baru Cina. Cina yang raya, aku plak yang beria2 cuti hehehehe sampai Auntie kat sebelah umah aku tue pun naik pelik...Agaknyer mesti Auntie tue pk "saper punya laya nie yea"..heheheheh..Biasa la bila berpeluang cuti panjang x engat dunia laaaa..Bukan gi mana pun, balik kg jer..Anak2 aku cbuk nak mandi laut..Haaa maka dgn itu aku bagi dorang mandi sampai lebammmm...ahakasssss...
Tapi sayangnyer balik kg kampung kali nie aku lupa nak chas bateri camera so x dapat ler nak upload gambar2 pantai. Aduhai... dah tua pelupa la plak..hehehhehehe..idea pun kurang nak tulis pepanjang tunggu mood mari ler..sekarang masih dlm mood bercuti lagi...tunggu yea kengkawan cite baru...byeeeee
 

HidUp KeNA sLamBer Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei