Minggu yang sangat meletihkan dan melelahkan diri aku. Untuk mencoret sesuatu diblog ini pun buat aku malas. Baru saja dapat menghabiskan kerja² opis. Walaupun sebelum ini KPI menetapkan 5 hari bekerja untuk menyelesaikan segalanya tapi disebabkan system kat opis aku dah mcm chipsmore sekejap ada sekejap idak. Maka kerja yg sememangnya boleh diabiskan dalam masa 3 hari menjadi sampai berminggu² untuk diselesaikan..Aduhai pening mak Nyah!!!
Deman plak dah dtg..Haaa!!! ini demam bukan sebarang demam. Demam 4 tahun sekali yea!!! Deman PIALA DUNIA..huiisskkk mak memang x sabau tunggu world cup. Pasukan mana yang menjadi pilihan aku..Tentu la GERMANY..Sejak mengenal erti piala dunia itulah pasukan kegemaran aku. Pasukan di bawah bimbingan Joachim Loew 3 kali menjadi juara dunia. Tapi kali ini aku sedikit kecewa bila Michael Ballack tidak beraksi kerana kecederaan..uhuhuhuhu.
harap² tahun nie Jerman bole juara yea hehehehe...and the 2nd choice aku skuad La Roja...Spain ler..Sebab Fernando'El Nino'Torres hahahahaha..
England?????..Pasukan elit yang selalu mencuri tumpuan peminat² bolasepak dunia..Mungkin tahun nie mereka bole pergi jauh dibawah bimbingan Fabio Capello. Siapa tahukan..bola itu bulat. Tapi apa² pun Jerman tetap no.1 ahaks!!!!..Dan mula minggu nie banyak la yang mc idak pun datang opis dan mcm mata kak ponti..merah menyala..pas 2 terkuap²...masa nie ler nak tengok surau penuh time lunch..penuh dengan org tidoqqq..uhuhuhuhuhuhu...itu le penangan bola sepak.
Teringat plak kenangan world cup tahun 2006, masa dalam labour room nak bersalin anak no. 3 Arissa bole my hubby borak ngan doktor pasal world cup...isk..isk..isk geram btol. Malam tue ada games tapi aku x ingat pasukan mana. Hubby aku menjerit punya le kuat sampai Nurse datang ke bilik aku minta tolong jgn menjerit kuat sangat pasal ini hospital. lawak btol bila ingat balik. Punya la excited sampai lupa kat mana nasib baik masa tue aku dok single room klau dok 2 @ 3 org sebilik maunya dah kena halau keluar...nasib badan laaa ,semua gara² world cup.Tetapi ingat dalam apa jua yang kita lakukan biarlah Ibadat didahulukan...Adioss ♥♥♥..
p/s: Agak² kome ler bila team Malaysia boleh beraksi di Piala dunia ek?!!!..
0 Komen Yang Terbaek:
Post a Comment