Monday, November 10, 2014

Acar Timun punya cerita...

Posted by Cik Sue at 2:34 PM




Right after n3 sengal dan sedih, maka lepas ni kalau bole  aku x nak cite yang menyengal² dah. So today kita nak bercerita pasal hujung minggu yang lepas. Amacam hujung minggu korang panas hangat ke? Apa yang hangat pastinya kerusi panas Maharajalawak, ASK 2014 @ realitinya di sini, inilah Akademi Fantasia..☺☺☺. Seriously aku memang x layan Akademi Fantasia ni, dolu² jaman Zahid, Mawi, layan la jugak now may be faktor umur buat aku dah x layan program² begini. Sekarang ni lebih banyak tengok program kerohanian mcm Pencetus Umah, Ana tanya Ante jawap ☺☺☺ aceh wah!!. Semalam masa program AF berlangsung anak² dara pinggitan yang berdua tu dok layan atê nak tak nak terpaksa le aku pun Termelayan sama. Before program kan ada red carpet, speechless ko bila Michael Ang ckp direct, no tapis², dia pertikaikan  mcm mana Si Aman tu bole ke final and siap si Afny tu tepuk²la belakang si Michael .."Memang dia nyanyi x sedap beb!!! ☺☺☺ kan..i agree with you Michael. Tapi dah rezeki dia siapa kita untuk mempertikaikan. Alhamdulillah dapat second place. Abis dah kuar ayaq mata. Haruslah anak² ayam kat luar tu vote kan. So drama Queen. Stop story about AF, x best mana pun kan. Jom kita "story of my life ☺☺☺."
Hujung minggu lepas, segala aktiviti berjimba² di luar kawasan rumah adalah sama sekali diharamkan berikutan cik Senah kena chicken pop.  Gitu!☺☺☺. Keranamu Cik Senah satu rumah terpaksa berkorban. Bila dah dok umah ni pepaham je la kan, tentunya aktiviti makan memakan menjadi sangat aktif ☺☺☺. Maka Mummy Cik Senah pun sibuk la di dapur, ghoper mummy cik senah dah mcm maid indon rumah jiran sebelah ☻☻☻.
Actually,  I just want to share my late mum punya lauk kesukaan. Namanya Acar Timun Ikan Tenggiri. Klau nak lagi best bunyinya orang kampung aku cakap masak acau timun tengirih. Melaka sangat kan!! ☺☺☺. Aku memang dah lama sangat teringin nak makan lauk ni and beside aku belum pernah kenalkan lauk ni pada anak². Aku nak dorang tahu ini antara lauk kesukaan Arwah Wan dorang. Klau dulu aku ni ibarat tuan Jenny the Bottle sebut je confirm dapat makan. Itu zaman Arwah mak masih ada lagi. But now U have to do by your own, sad! Punya lama aku dok mencari resepi and akhirnya dapat jugak alhamdulillah, Maha besar Allah swt. Bukan x ada resepi lain cuma aku nak resepi yang alah² serupa macam arwah mak masak. Nasib baik ada my sis cousin Kak Aslindah Dhalan. Thank you so much Sis Aslindah. Apalagi resepi dah dapatkan moh kita memasak. Teruja tahap langit ke 7. Moga² menjadilah lauk Acar Timun Ikan Tenggiri aku, dapatlah aku lenyapkan sedikit kerinduan kepada bonda yang tercinta ☻☻☻.

...merveles x, singgah tengok yea kengkawan ☺☺☺...


Nampakkkkkk!!....Selera x tengok lauk Acau timun ikan tengirieh aku. Berpoluh² jugak la aku. Baru ko tahu yea! Dulu ko tahu order je. Alhamdulillah percubaan pertama yang tidak menghampakan masih bole dibanggakan ahaks!. Walaupun tak sama macam Arwah buat, sedikit sebanyak ada gak rasanya.Apa yang sama, timunnya ke rupanya ke @ rasanya ke?.. Cuma kaler acau aku  nie mcm kurang kuning je. Takpe nanti aku tanya sifu ☺☺☺. Perbaiki skill. Kalau dulu arwah masak lauk ni, aku orang pertama yang complain sebab aku x suka lauk ni berempah, but now Allah swt  maha adil DIA  bagi balik pada aku. Padan muka aku kan! Kini lauk ni lah yang aku rindui. Kalaulah Arwah masih hidup tentu arwah ghumbira tengok aku dah so-so dalam dunia masakan. Maklumlah aku ni bukan le jenis yang suka nau ke dapur. Selalu tu memang kuat mengulat, tahan perut tunggu orang masak, baik nau le perangai aku kan  ☺☺☺. Seriously I missed so much my mother's cooking, oh no...no...not about only my mum cooking, but everything about her I missed so much ☻☻☻. Masih terbayang² diruang mata nie kelibat arwah di sana sini. Doa aku semoga bonda tenang di sana & ditempatkan bersama orang² yang beramal soleh. Aamiin. Stop..Stop x moh la sedih² kan nak makan acau timun nie masin plak nanti terus potong moodkan. Ok lah aku berhenti tang ni dulu yea, nak lunch acar timun ikan tenggiri. Ok girlz hope see you soon ... ☺☺☺


(\_/)
(=.=)
(")_(")

Cik Sue.... 

1 Komen Yang Terbaek:

abang bro EL on November 13, 2014 at 10:38 AM said...

nampak sedap..tunggu Fad BSB up resepi kari ikan masin dia...huhu

 

HidUp KeNA sLamBer Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei