Thursday, November 20, 2014

Telur oh Telur...

Posted by Cik Sue at 5:10 PM
Waduh² tetibaje rasa macam angin puting beliung dari Utara akan sampai ke depan pintu blog aku nie. Ate macam mana tu. Maka rajin²kan lah jari jemari aku supaya lemak berkrim tidak disukai ramai itu terhapus. Kalau dah angin puting berliung sampai parah le jawapnya. Silap haribulan tutup terus blog aku ni. .☺☺☺.
Hokay ari nie nak cite pasal telur. ☺☺☺, macam dah x ada cite lain plak nak dikisahkan. Telur pun boleh kan? Telur ayam yea uollz.  Last week aku pi pasaraya fresh Segi, fresh la sangat, misinye hanya untuk mencari sepapan telur. 2 hari berturut² aku pergi mencari telur ayam tapi hampa.☻☻☻ kenapa susah naw nak dapat telur ayam ni yang ada telur masin dengan telur burung puyu yang beso ceconet je. Kalau buat telur dadar berapa butir nak kena guna telur puyuh ni.☺☺☺  Sebab apa erk. Agaknya musim cuti sekolah ramai orang kawen kot. Tidak pun ramai orang buat kueh. Sekarang nie kalau kita tengok kat FB ramai orang tengah gila buat apam. Macam² versi apa ada kan ☺☺☺. Seronok tengok berkaler²  apamnye. Maka hujung minggu yang lepas bersama dengan Pak Inchik meredah pasar semata² mencari telur. Pegi pasau Pudu, dah plak ada Operasi memburu PATI. Kosong pasau Pudu ari tu. Aduhai mana lagi nak dicekaukan telur ni woi! Nak ke  Chow Kit memang x lah, hujung minggu nie. Confirm jem. Malas betul nak meredah jem. Kadang²  tu pelik kan Kuala Lumpur ni hujung minggu pun boleh jem, orang KL memang x reti dok umah kot ☺☺☺. Berpusing² la kami semata² nak mencari  sepapan telur ayam. Akhirnya berjumpa jugak kami dengan telur ayam di pasar Kg Pandan. Omak aiiik terkojut  den, pasai apa mahei benau telur ayam nie ☻☻☻, 3 minggu lepas baru beli sepapan, x sampai pun 12 hengget now dah 13 hengget dalam masa 3 minggu...☻☻☻..Oh telur mengapa begini. Eh!sekarang ayam  makan corn flake or chips more erk? ☺☺☺  X caya...Jom kita sama²  check out gege telur ayam minggu ini.... 


 See...Gred C dan Gred D ☻☻☻....

 Haa!! Percaya x..Gred A now RM 12.90 lebih dari harga minyak pulak naiknya ☻☻☻...

Agaknya x lama lagi telur ayam akan jadi makanan exclusive, hanya orang kaya je yang mampu beli dan makan  telur ayam, kalau takat rakyat marhaen macam aku ni jangan kata telur ayam telur semut pun belum tentu mampu. Apa yang mampu ambik bau je la☻☻☻ . Itu belum lagi  perlaksanaan  6% GST. Janjinya makanan tidak akan dikenakan GST. Ini belum apa² lagi dah naik. Aduhai itu baru cerita pasal harga telur ayam. Belum lagi masuk bab harga barangan yang lain. May be pada setengah² orang tidak menjadi hal pun, tapi bagi aku rakyat marhaen ni memang terasa sangat la. X tahu la macam mana akan datang. Semua barang naik hampir 10% tapi bila  mintak naik gaji  macam² alasan majikan bagi☻☻☻ . Gaji miskin bandar RM 3,600.00, kalau kurang dari RM 3,600.00 korang agak apakah istilah yang sesuai untuk itu. Masuk angin keluar asap  ☺☺☺☻☻☻.
Cukuplah cite pasal telur ayam. Hope see you soon gurlz ....☺☺☺☺☺☺..


(\_/)
(=.=)
(")_(")

Cik Sue...♥♥♥

3 Komen Yang Terbaek:

Be Simple Beb(BSB) - threeQ on November 21, 2014 at 2:59 PM said...

telor AA tue RM12.60 jeee...bukan RM12.90

EL MARIACHI on November 21, 2014 at 10:32 PM said...

bela ayam kasi bikin telur...

miss_lia01@yahoo.co.uk said...

Alamak BSB, aku slaah tag gambo leee...:-)

 

HidUp KeNA sLamBer Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei