Thursday, November 6, 2014

Santai Sehari...♪♫♪

Posted by Cik Sue at 12:36 PM
                


Assalammualaikum, ok kita pendekkan je cite kita. Sesuwaikan tajuk kat atas tu kan, so ari ni kita SANTAI SAJA, may be for salam perkenalan. ☺☺☺ nak kenal apanye poyo jeee ko cik sue oi☺☺☺ . Kalau nak diikutkan kata hati aku ni mmg banyak benor ceritera nak dikhaborkan tapi tak taw mana 1 nak didahulu dan dimulakan. Setahun punya coverage. Sel ² aku pun belum lagi dapat berhubung dengan baik.  giler ko☺☺☺! Kiranya masih tahap honeymoon lagi ler. Rasanya mcm nak buat rangkuman je One year stories best ever after. Ceeeh! Tu la kan. Actually, aku pun x taw mcm mana aku bole lap sampai setahun x update,nak kata aku ni buzy bukan YB. Cuma baru² ni bila aku terserempak dengan kawan lama, dia terus bertanya, soklannya lebih kurang mcm nie le bunyinya...
"Hidup kena slamber dah mati ke?"..Agak kasor kan bunyinya tapi mmg standard la orang Melaka kalau tanya mcm tu. Kalu lemah gemalai itu bukan Melaka laa☺☺☺ ...No big deal pun.
Terkejut aku x sangka selama nie ada peminat ghopernya. Lepas tu dia sambung lagi,
"Wei tulis le balik blog, suka nau baca blog ko sampoi sama cam ko gak, bahasa ko nokk..." Ek eleh ko, agak² le kan. Tapi bila di fikirkan balik,why not aku sambung balik kan sebab permintaan memang ada cuma tahap malas aku sudah sampai ke 7 petala langit da. Bukan saja kawan lama aku tapi anak² pun selalu tanya, x sangka rupanya depa pun rajin menyinggah ke blog emaknya. Alahai anak omak.
"Mama nie bila la nak update blog, kalau mama malaskan, mama cite je la pasal brithday kami or mama tulis cite keluargaku"... hamboi ko nak oii, kemain lagi permintaan yea. BSB pun selalu bagi aku galakkan cuma setiap kali BSB cakap macam masuk angin kuar asap je. Bukan setakat aku malas nak update nak BW pun aku malas. Punya la BSB tu gigih meng'update' jangan kata singgah lalu pun corner ke lain ..Uhuhuhu!!. Tapi bila dah berdas² kena aku gagahkan jugak le mencuri masa untuk update blog ni. terima kasih kepada BSB dan Layan bluesz yang tidak pernah berhenti memberi galakkan kepada aku untuk terus menulis. Kepada silent readers aku, terima kasih kerana setia bersama, ayat alah retis x hengat (padahal anak sendiri je aduhai☺☺☺)  . Seperti n3 aku yang mula², aku bawak harapan baru, menulis semula tentang yang baik² sajaaa,( but not my promise cuma harapan je kan☺☺☺). Tapi rasanya agak sukar le nak tulis yang baik² je sebab belum apa² lagi hati sudah panas☺☺☺!! .
Oklah cakap banyak plak aku nie, nanti kita sambung lagi yea. Aku tengah gigih ni mencanai idea nak masuk n3 orang tua monopos gggrrrrmmmmmm......Ooopppsss! My memories it's here. Pinjam kak Engku punya ayat OK BAI!..
See U soon..

(\_/)
(=.=)
(")_(")
Cik Sue.... 

5 Komen Yang Terbaek:

Be Simple Beb(BSB) - threeQ on November 7, 2014 at 3:18 PM said...

GOOD...selamat berblog kembali

Cik Sue on November 7, 2014 at 3:51 PM said...

Welcome my friend

abang bro EL on November 7, 2014 at 11:36 PM said...

bukan senang nak menulis blog oi..ada lovers ada haters..huhuhu..wellcome back my friend...

Cik Sue on November 8, 2014 at 4:29 PM said...

El Mariachi mmg betul tu...Cabaran sungguh kan. Terima kasih atas sokongan dan dorongan anda hehehe

eYe on November 10, 2014 at 1:42 PM said...

welcome back kak...tp tetibe entry berasap..huhu

 

HidUp KeNA sLamBer Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei