Saturday, August 7, 2010

~Ramadhan~

Posted by Cik Sue at 12:37 PM
Salam semua, Ramadhan datang lagi justeru itu dengan rasa penuh keinsafan dari dalam hati yang paling dalam ini, aku menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada semua sahabat²ku seandainya sepanjang menulis juga berbicara ada terkasar bahasa ,terungkap sesuatu yang menyakitkan hati sehingga ada yang 'tersentap' aku memohon maaf. Sebagai hambaNYA aku juga tidak lepas dari melakukan kesilapan samaada yang disengajakan mahupun tidak disengajakan. Sekali lagi aku menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada sahabat² semua, mengharapkan ramadhan kali ini akan lebih bermakna serta membawa seribu keberkatan dan keinsafan kepada kita semua. Marilah kita sama² mempertingkatkan amalan kita dibulan yang mulia ini.

Semoga kita dapat menunaikan ibadat berpuasa dibulan yang mulia ini dengan sabar dan taqwa dan semoga ALLAh s.w.t mengampunkan dosa² kita dan umat Islam yang lain. Moga dengan puasa juga dapat mempertemukan kita dengan keagungan LAILATUL KADAR..Amin..
  • Awalnya rahmat
  • Pertengahannya keampunan
  • Penutupnya bebas dari api neraka

.."wahai orang² yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat² sebelum kamu, moga kamu menjadi orang yang bertaqwa.."

surah Al- Baqarah ayat 183...


Selamat menyambut ramadhan al-mubarak

0 Komen Yang Terbaek:

 

HidUp KeNA sLamBer Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei