Friday, April 15, 2011

Si Senah dah sentap weiiii...

Posted by Cik Sue at 4:11 PM 11 Komen Yang Terbaek
Assalammualaikum & selamat petang rakan² blogger semua. Cuti hujung minggu nie nak buat apa yea? Kali nie rasenye no more activities memasak. Mum kitchen is closed hahahaha. Hari ini just nak meluah rasa. Aku nie bukan ler suka sangat nak meluahkan rasa kat blog tapi sesekali tidak ada salah rasanya. Apa kes Senah oii. Ntah arg!! Si Senah yang dah senak perutnya. I just make one mistake. Yeah!! Maybe for me is only a small mistake but if involve others person memang susah jadinya. Salah aku juga, bercakap tanpa berfikir akan impaknya but i trusted my friends and what happened, yang buat aku rasa sakitnya hati dan tetiba terus rasa sentap, setiap butir kata² yang dikeluarkan itu seumpama aku nie seorang penjenayah besar yang sedang menunggu hukuman gantung mandatori. Ayat²nye sahaja bisa meruntuhkan tembok besi hati aku. Sergahannya buat aku terpukau. Memanglah aku nie happy go lucky, ketawa kadang kala x hengat donia, bercakap x pandang kiri kanan, menyakat jadi hobi itu pasallah aku jarang ambik 'pot' bila orang cakap aku itu dan ini. Ada aku kisah!! Tapi kali nie aku memang KISAH sangat.

Nak tegur biar berlapik nak usik biar beralas. Have a few words yang buat aku rasa sangat kecil hati. Apa perasaan korang bila dia cakap ayat camginie.."patutlah dorang x suka kawan ngan ko sebab mulut ko mcm nie.." How i feel. Sungguh aku terasa, buruk sangat ker aku nie. Ayat seterusnya.."tuelah dorang cakap percaya sangat dengan dia tue..." and i know now she never believes me before and after. Uhuhuhu. Aduh hai!!! Memang rasa terkucil sangat. Walaupun orang yang bercakap tue kata aku nie lebih tua dari ko nasihat aku sebagai kakak. Owh!! Iyealah Kak! memang pun aku dah anggap dia macam Kakak sendiri. We have a great time when we a together. I love she like my sister. But i really shocked went she tall me my mouth like haprak!! OMG!! And i think after this no more chit chat² whit her. Push stop. Iyea lah aku nie kalau dah bercakap x leh nak berhenti. Aku x nak melukakan hati sesiapa pun dan yang paling penting aku x nak lukakan hati aku sendiri. I just ordinary person, yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.

Cukuplah jika ini satu kesilapan, InsyahAllah akan aku cuba perbaiki. Aku cuma ingin menjadi diri sendiri tidak mahu dibayangi oleh sesiapa. Hari ini aku belajar satu lagi pelajaran baru dalam kehidupan aku. Mendengar boleh bercerita jangan sesekali. And the most important trust you heart. Belajar untuk menjadi lebih matang lagi dalam hidup. Kepada pembaca semua diingatkan, ini cuma luahan hati aku tidak ada kena mengena dengan sesiapa. Terima kasih kerana membaca sehingga nokta akhir. Ek eleh!! Apa kes cik Senah leh jadi sensitip nie. Idak ler awokk tahu nape arini awokk terlebih sudaaahh, Huduhhh erk!! uhuhuh..I'm sorry jangan lupa menonton Maharaja lawak malam nie di Astro Warna....Vote for Jambu pink kaler gituuu!! Sekian terima kasih.

bila hati telah retak. Gini ler ghupanye...Uhuhuhuh..huduh!!

Aku nak buat tapi.....

Posted by Cik Sue at 9:55 AM 5 Komen Yang Terbaek
Assalammualaikum rakan blogger semua. Jumaat dah sampai... Sepanjang minggu ini tiada aktiviti menarik pun sebabnya hari asyik hujan memanjang . Apa lah aku nie hujan salah panas pun salah uhuhuh..Bukan x mensyukuri rahmat dariNya. Adat manusia mana ada yang sempurna kan. Tahu nak senang jer hehehe. Kalau nak diikutkan hati nie, macam² nak buat. Nak buat itulah, inilah tapi sudahnya aku jadi sama macam Garfield tue haa "I can..but I won't"...Dalam kata lainnya aku Malas...Hahahha ek eleh!! poyosss tullah.. uhuhuhuh. Cakap jer lah malas senang cite. Bertambah malas + sedih bila dapat tahu rumah my sis kat Kg Baru kena tsunami (actually bkn tsunami but tanah jerlus) tadi. Sangat teruk kesian kat dorang , Aduh!! nantilah aku update that story...Buat masa nie aku memang x nak story cite nie. Lagi pun pihak polis tak bagi kebenaran untuk masuk dalam kawasan umah tue. Bahaya. Sedih sangat kerana umah my sis antara yang rosak teruk akibat tsunami tue actually dah lama dorang dok kat situ x pernah plak ada kejadian apa² sebelum nie. Betullah kat pepatah 'malang tidak berbau'. Uhuhuhuhu....oklah aku nak cau dulu, nak pi tolong my sis apa yang patut at least dengan kehadiran aku mungkin memberi sedikit semangat pada dia..Nanti kita jumpa lagi yea, sayang uollz...♥♥♥...

Monday, April 11, 2011

..Apam Gula Hangus..

Posted by Cik Sue at 1:46 PM 10 Komen Yang Terbaek
Assalammualaikum rakan blogger yang cantik manis. Minggu baru mood pun baru juga. Disebabkan ari sabtu lepas hujan turun dgn lebatnya, dan lebih mengharukan lagi segala aktiviti yang telah dirancang turut menjadi sejuk dan beku. Alahai kesian pada anak². Kebetulan ari sabtu lepas my sifu datang bertandang ke rumah aku, so masa dia merayau² terjumpa plak resepi Apam gula hangus. Maap la yea aku lupa plak dari blog mana dia ceduk resepi ini. Apa lagi, disebabkan tahap kebosanan yang terlampau maka kami pun mula la membuat projek apam gula hangus. Apa sudah jadi projek kek pisang..udah beku uhuhuhu. Langkah pertama pecah telur (pastikan guna telur yang original yea!!! hahahah) dan putar.... Seterusnya blah...blah..blah...Dah² jom kita layan pic nie...Thanks to Mentor kerana tunjuk ajar mu...
Adunan yang telah siap, tapi kena perap selama 3-4 jam untuk dapatkan structure sarang yang cantik (mengikut kata mentor aku laaaa..proteje ikut jer)..Owh!! gitu plak..
Tua diaaaa...berasaaaap lagiiii baru kuar dari kukusan...jadi..jadi..jadi alahai!!!
Alahai comeinyer...uhuhuh perasaaan la plak. Nak rase ker?? Jemput semua...Jemput tengok yea!!! heheheheh....
Tengok structure sarangnyer cantik ker??? Ntah la pada aku yang amatur nie itu dah dikira ok. Cantik sangat gamaknye. Seriously rasenya plak sangat la marvellous, tidak terlalu manis dan gebu memang melatopppp...Kebaboommm!!. Lembut sampai petang pun still maintain lagi. Atenya kemain suka atie teman nie bila menjadi apam gula hangus tue. Ghopanye idak ler susah mana pun membuatnye, apa kata pepatah melayu tue "di mana ada kemahuan disitu ada highway...."laju kan heheheh...Credit to Puan Halimah. And the next project is cream puff plak kan..kan..Betulkan Cik rin. Apa??? Yea le, esok gak aku ajak pak encik gi beli oven. hahahaha...Pada kengkawan yang ingin mencuba silakan. Ini resepinya ♥♥♥...

Resepi Apam Gula Hangus.
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega
* Gula digorang dengan api sederhana besar.
Bila gula dah cair masukkan air panas kemudian masukkan mentega (bab nie kena hati² sedikit krn akan meletup² sedikit). Kacau sehingga mentega cair sejukkan.

Bahan B
4 biji telur Gred AA
1 Cawan susu pekat
1 cawan tepung kek
2 sudu kecik soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanilla

Cara²nya
* Pukul telur sampai kebang + pekat
* Masukkan esen vanilla + susu pekat mix hingga sebati
* Masukkan tepung dan soda yg telah diayak terlebih dahulu
* Last sekali masukkan gula hangus yg telah sejuk tadi.
* Perap adunan ini selama3-4 jam. (bertutup)
(Ini bertujuan untuk mendapatkan structure sarang yang cantik).
* Kukus selama 1 jam di atas api sederhana.

Selamat mencuba.

Friday, April 8, 2011

Kek Pisang

Posted by Cik Sue at 2:07 PM 3 Komen Yang Terbaek
Assalammualaikum semua, bersiaran sekali lagi. Waka²!!! Diam x diam dah sampai hari segala penghulu. Apa aktiviti rakan² blogger hujung minggu nie. Wah!! Macam² ada, apa nak pi taman bawak anak² main badminton, bagus baik untuk kesihatan, Oh! nak pi jalan² carik makan jangan lupa hupdek nanti yea hehehe, Apa die!! nak pi tengok wayang cite ...dalam botol, alohaaa..hahahaha x kisah la apapun asalkan kita semua berghumbira bersama insan² tersayang. Ek eleh asyik tanya orang jer yang dia tue buat apa hujung minggu nie. Ahaksss!! Mak lum ada perancangan lagi nyah oi, cuma cam terpk nak mem'baking' (ooppss boleh ker ayat itu digunakan erk!!). Kali ni nak buat kek pisang plak selepas projek apam dot². Minggu lepas dah buat ngan mentor, memang cantik gebussss saja naiknye. Atenya suke bebenor atie awokk nie. Tapi punya ler hampa bila awokk buat sendiri idak pulak menjadi gebuz cam mentor wat arie tue! Apa ker hel la pulak cik bedah punya x menjadi, hadoyaii. Nampak macam simple tapiii. Nie mesti mentor turunkan ilmu x abis. Kedekut ilmu yea, x baik kedekut ilmu x bahagia dunia akhirat nanti!! hehehehehe...Moooh kita layan pic kek pisang minggu lepas, harap kali ini menjadi laaaa. Kepada kengkawan :Cheq, Iza, BSB and Mem Besau harap sabo menanti yea...Zaaaazzz.......
Ini versi minggu lepas, harap minggu nie lagi gebusss, cantik, menarik ko memang the boom!!Gebuzz cam mentor gak...Ahaksssss..
Guna 7 biji pisang montel dapat 14-15 biji dalam cup yang sederhana besar, tapi kalau guna acuanan lompang dapat dalam 55 biji..berbaloi²....Jom kita pi minum petang sesama.. ♥♥♥.. ahaks.

Wednesday, April 6, 2011

Contest lagi...

Posted by Cik Sue at 1:32 PM 1 Komen Yang Terbaek


Assalamualaikum rakan² blogger semua. Hari ini kena tag contest dari rakan blogger yang tegar saper lagi BSB daaah. Dia nie memang ghajin bebenor joint contest dan dah menang 16 kali...Opppss!! Bukan erk! dah tue brapa kali yea! Hahahaha, tapi yang pasti dia udah menang beberapa kali la. Aku??? X adooo pun uhuhuh...! Thanks to mummyhaza yang buat contest nie sempena ulang tahun baby tomato pada 4/4/2011..Selamat ulang tahun baby tomato ♥♥♥ ....
Korek punya korek aku jumpa ler this pic..Uniknya tido aksi yang sama, cam Tom and Jerry jer aku tengok deme 2 beranak nie. Syoknyer titun sampai x sedar hari dah tinggi yea yeopp hahhaha. Thanks again to my BFF - BSB yang tag contest nie. So apa lagi jom ghegamai kita joint contest nie..meriahhhh kan hari anda!!!
http://mummyhazasukacontest.blogspot.com/2011/03/contest-mummyhaza-ayah-anak.html

Tuesday, April 5, 2011

~Breakfast TIME~

Posted by Cik Sue at 9:35 AM 8 Komen Yang Terbaek
Assalammualaikum & salam pagi selasa, hai guy's, waka²!!!. Macam mana arini ada baik, dah cuti 2 hari mestilah ceriakan. Pada yang bekerja, kerja dengan rajin supaya kita boleh meningkatkan produktiviti dan kreativiti kita dan yang bekerja sendiri silalah rajin²kan diri anda hehehe. Apa nak dikisahkan pagi nie yea!!. Ini kisah hujung minggu daaaa...Disebabkan sabtu lepas si Kak Ngah ada joint coloring contest bekas² penuntut Tadika Capital di Jln Gurney. Pak Nil dulu pun sekolah kat sini masa dia umuq 5-6 tahun. Laaa apa motif bagi taw yg Pak Nil pun school kat sini. Ahaksss. Kita abaikan jer cite itu. After send my daughter to Tadika Capital and Arissa pun dah nagis² nak makan so we've decided go to breakfast at Kassim Mustafa. Kassim Mustafa nie kalau kat Utara memang famous. Kalau kat KL restoren nie terletak di Jln Doraisamy, yang famous ngan sup topedo, terbaek dari ladang beb!! Tapi awas yea kalau malam² yang ada anak² dibawah umur tidak digalakkan melepak di sini. Kenapa?? Kerana kat kawasan sekitarnya adalah DISKO, kan ker x berapa nak elok sekiranya anak² kita tengok. Kalau malam kawasan nie memang happening like crazy terutama Wednesday night is a lady night and Saturday night, lip lap lip lap, kat situ ada lebih kurang 8 ke 10 buah disko. Apa yang bestnya, keliling disko tapi terdapat kelas ngaji Quran yang diadakan secara percuma sponsor by 'Yayasan Al Bukhari', dan salah seorang pelajarnya adalah aku and Acik Rin hahahaha..Ada peluang nanti aku cite plak pasal kelas ngaji Quran aku yea!!!. Ek eleh panjang pulak mukadimah aku...heheheh terlajak menulis ini leh padahnya...kita zaaaazzz.....
Ane.. teh tarik 2 x mau buih wokey!!..hahahaha canme tue teh tarik x ada buih...
Amboi cik Anom Suraya makan tosei tulur bawang x hengat yea, sabo yea atek akak potong tosei nie..
Maap ler udah dimakan separuh hehehe..tosei telur bawang 'hege'nya RM 3.20, seriously the curry superb tue!!! X caya cer tanya BSB!!
Tue dia menunya..Alahai dah nama pun kedai mamak 24 jam, apa yang x ado kat papan menu tue mak & bapak jer wakakakaka....
Ini ler dia Restoren Kassim Mustafa from Kedah with love..marvelous!!!

Friday, April 1, 2011

Jujur + Tamak =??

Posted by Cik Sue at 3:10 PM 8 Komen Yang Terbaek
Salam hujung minggu rakan² blogger semua. Harap hari ini lebih baik dari hari² semalam. Arini nak share tentang satu artikel hari khamis lepas dalam mega keluaran Utusan Malaysia bertajuk " Rakyat Malaysia tidak jujur"...Macam mana nak cakap yea! Sebab saya nie rakyat Malaysia. Benarkan kah kita sebagai rakyat Malaysia begitu?..Hilang sudahkah sifat kejujuran kita sebagai manusia?..Tentunya sebagai manusia kita punya alasan tersendiri mengapa kita jadi begitukan? Dengan keadaan tekanan ekonomi masa sekarang tidak mustahil kita jadi begitu. Lihat saje hari ini minyak Ron 97 naik 20 sen menjadi RM 2.70. Mungkin bagi mereka yang berpendapatan tinggi tidak merasai tekanan ini, tetapi pada yang berpendapatan rendah, itu tidak dicampur lagi dengan tenkanan² luaran yang lain. Uhuhuhuh..Minyak naik 20 sen tapi barang² keperluan lain naik macam train nak pi KLIA lajunya. Express!!! Kerajaan kata harga barang di Malaysia masih rendah berbanding negara² lain. Betulkah macam tue? Ayam sekarang lah nie pun sekilo dah cecah gege 8.00 hengget. Itu belum dikira barang² lain lagi, ini baru cite bab pasar. Jadi sekiranya rakyat Malaysia tidak jujur dan semakin tamak siapa yang harus dipersalahkan?? Bukan niat untuk menunding jari kepada sesiapa pun. Cuma ada sedikit rasa terkilan. Tetapi rasanya tidak semua rakyat Malaysia bersifat sedemikian, tamak dan tidak jujur. Sebenarnya masih ramai lagi yang bersifat mulia berhati suci di luar sana. Masih punya kejujuran yang tinggi, saling bantu membantu antara satu sama lain, tidak mementingkan diri. Mungkin hanya segelintir saja yang bersikap sedemikian, ibarat seperti kata pepatah "Sebab nila setitik rosak susu sebelanga"...
Beginikah sikap kita sebagai rakyat Malaysia?. Moga kita semua dilindungi olehNYA daripada sifat² yang sedemikian. Bersederhana dalam semua perkara agar kita selalu berada dalam keberkatan dan rahmat dariNya. Amin.
 

HidUp KeNA sLamBer Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei