Friday, April 1, 2011

Jujur + Tamak =??

Posted by Cik Sue at 3:10 PM
Salam hujung minggu rakan² blogger semua. Harap hari ini lebih baik dari hari² semalam. Arini nak share tentang satu artikel hari khamis lepas dalam mega keluaran Utusan Malaysia bertajuk " Rakyat Malaysia tidak jujur"...Macam mana nak cakap yea! Sebab saya nie rakyat Malaysia. Benarkan kah kita sebagai rakyat Malaysia begitu?..Hilang sudahkah sifat kejujuran kita sebagai manusia?..Tentunya sebagai manusia kita punya alasan tersendiri mengapa kita jadi begitukan? Dengan keadaan tekanan ekonomi masa sekarang tidak mustahil kita jadi begitu. Lihat saje hari ini minyak Ron 97 naik 20 sen menjadi RM 2.70. Mungkin bagi mereka yang berpendapatan tinggi tidak merasai tekanan ini, tetapi pada yang berpendapatan rendah, itu tidak dicampur lagi dengan tenkanan² luaran yang lain. Uhuhuhuh..Minyak naik 20 sen tapi barang² keperluan lain naik macam train nak pi KLIA lajunya. Express!!! Kerajaan kata harga barang di Malaysia masih rendah berbanding negara² lain. Betulkah macam tue? Ayam sekarang lah nie pun sekilo dah cecah gege 8.00 hengget. Itu belum dikira barang² lain lagi, ini baru cite bab pasar. Jadi sekiranya rakyat Malaysia tidak jujur dan semakin tamak siapa yang harus dipersalahkan?? Bukan niat untuk menunding jari kepada sesiapa pun. Cuma ada sedikit rasa terkilan. Tetapi rasanya tidak semua rakyat Malaysia bersifat sedemikian, tamak dan tidak jujur. Sebenarnya masih ramai lagi yang bersifat mulia berhati suci di luar sana. Masih punya kejujuran yang tinggi, saling bantu membantu antara satu sama lain, tidak mementingkan diri. Mungkin hanya segelintir saja yang bersikap sedemikian, ibarat seperti kata pepatah "Sebab nila setitik rosak susu sebelanga"...
Beginikah sikap kita sebagai rakyat Malaysia?. Moga kita semua dilindungi olehNYA daripada sifat² yang sedemikian. Bersederhana dalam semua perkara agar kita selalu berada dalam keberkatan dan rahmat dariNya. Amin.

8 Komen Yang Terbaek:

abang bro EL on April 2, 2011 at 9:04 PM said...

tajuk artikel suratkhabar paling bangang sekali aku pernah baca...

aku nak tulis kenapa "Reporter Malaysia sekarang semakin Bangang dan Tak Sensitif?"

Be Simple Beb(BSB) - threeQ on April 2, 2011 at 10:56 PM said...

bulan nie ko kan dpt durian runtuh... bersyukur dgn apa yg ada.

Azian Elias on April 3, 2011 at 11:19 AM said...

sanggup ye diarang kuit duit syiling yg berterabur tu.. diaranga tau tak apa yang diarang buat tu sama dengan mencuri?

Cik Sue on April 4, 2011 at 8:07 AM said...

Salam guy..
En El Mariachi, memang btul tue aku setuju ngan ko punya opinion, dah mcm x ada cite lain nak cover..

BSB..
Alhamdulillah rezeki dariNYA tapi bukan aku punya pun..dpt tumpang jer heheheh...Syukran..syukran

Kak Yan..
2 la pasalnya..Jgn kata duit, apa benda free pun org Malaysia nie sume nak kaut terutama sekali kaum dot..dot..dot..kalau x caya tengok jer la masa mc'd buat breakfast free ari tue..uhuhuhu

MulutPayau on April 4, 2011 at 4:31 PM said...

Assalamualikum Cik Sue....

Kalau pribhasa dulu..Orang tamak sllu rugi..

Tapi sekarang ni...orang tamak sllu untung...semuanya nak disapu...sifat ni dah smakin mnjadi2 pulak..

Semoga kita dijauhkan dri sifat yang tidak elok ni...

Cik Sue on April 5, 2011 at 8:10 AM said...

Wa'alaikummussalam PM..

Setuju sangat ngan PM...

Azian Elias on April 5, 2011 at 5:38 PM said...

kaum dot..dot .. tu.. yg cepet tu ke..hee..Diarang mmg cam tu..

Cik Sue on April 5, 2011 at 6:16 PM said...

hahaha..akak mmg tererrrrr...deme ler tue..udah leh x mandi pagi masa beratur bau masam jerrr...

 

HidUp KeNA sLamBer Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei