Wednesday, March 17, 2010

SELAMAT ULANGTAHUN

Posted by Cik Sue at 3:53 PM
Minggu lepas semasa balik kampung, kami sempat meraikan majlis ulang tahun perkahwinan Hanif dan Nadia yang kebetulan jatuh pada hari Ahad (14/03/2010). Rasanya cam baru semalam dorang
kawen. Rupanya dah setahun berlalu. Teringat balik kenangan tahun lalu, masa tue aku le yang bertungkus lumus menyiapkan semua perkara. Dari sekecil2 hal sampai la sebesar2nya. Bukan mudah menguruskan hal2 perkahwinan ini. Tapi aku seronok melalui frasa baru dalam kehidupan aku. Satu pengalaman yang begitu menguja dan menyeronokkan. Kepada Hanif dan Nadia, Mak su mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan yang pertama. Moga kalian tabah menghadapi hari2 yang mendatang. Terus bersama walau apa pun rintangannya. Sabar sentiasa. Sayang awak berdua...Terima kasih kepada Nadia Latipah kerana sudi menjadi sebahagian daripada keluarga besar
kami...Mari kita layazzz gambar2 yang dirakamkan.....
Hanif dan Nadia bersedia untuk memotong kek ulang tahun yang PERTAMA...
Kek Ulang tahun perkahwinan Hanif & Nadia
memotong kek perkahwinan yang pertama. Moga anak-anak M.Sue terus berbahagia dan sentiasa tabah menghadapi segala ujian alam rumahtangga..Amin
Kejutan dari Anom, Alliya, Farah & Fatin..Alamak terharunya...Alliya membuat kad ucapan utk Abg Hanif & Kak Nadia..Alahai anak2 sekarang nie cukup peka dgn keadaan sekeliling mereka kan...Terutama Alliya nampak jer keras tapi hatinya cepat tersentuh..


0 Komen Yang Terbaek:

 

HidUp KeNA sLamBer Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei