Assalammualaikum rakan² blogger yang cantik manis. Seperti yang dijanjikan arini aku sambung cite semalan and share pic di PBAKL PWTC hujung minggu lepas. Saban tahun aku sekeluarga adalah antara ribuan mungkin jugak jutaan pengunjung ke pesta buku. Pesta Buku nie berlangsung dari 22hb April 2011 - 01 Mei 2011. So kepada yang belum berkunjung lapang²kan masa anda..Heheheh..Kita layan pic yang sempat dirakamkan...Cer tengok cer tengok!!!

Akhirnya kami sampai juga ke sini dengan pewot yang sendat...Uhuhuhuhu.

Tempat pertama yang aku terjah tentunya booth alaf 21...Meriah! Ooppss!!! pose dulu sambil pegang novel yang mama beli...

Pengunjung di booth alaf 21... Memang terbaiklah alaf 21...

Trinovel April, apalagi rembat ar di booth alaf 21...Hegenya masa PBAKL cuma 67.00 hengget untuk 4 buah novel...

Aisyah Sofea aku suka sangat baca buku² tulisan beliau. Buku pertama beliau bertajuk JAUH...
i like....Tapi malangnya semasa di PBAKL 2011 dia x ada keluarkan buku baru
so aku pun malas nak beli buku dia sebab semua buku tulisan dia aku dah ada dan dah baca, petang tue aku curi
snap gambar dia jer...hehehe. Hasil tulisan beliau memang
superb...cer bace...cer bace..buku² tulisan beliau ..

Penat ker dik, alahai ciannya ...bagusnya dari kecil dah dididik membaca....
Charlies Angles Cik Senah sedang buat bayaran di kaunter PTS...

Al Quran Tajwid kalau kat luar hegenye lebih kurang 80 hengget tapi kat PBAKL dijual pada hege 60 hengget jer..Berbaloi²

Kemudian aku singgah plak kat booth Jemari Seni, rembat 2 buah buku lagi disebabkan ada penulisnya di booth Jemari Seni aku pun apa lagi hulur laaa..Ini penulis buku mencari- suami@JS.com - Normaslina Masri, ini buku pertama tulisannya. Baru jer abis baca semalam....hhhmmmm
best tapi ada yang x
'best'nye...Alah korang bace lah sendiri yea!!!

Singgah pulak di booth Popular, alih² nampak buku nie sedang di promosi. Penulis kesukaan aku nie, semua buku dia aku bace, first buku tajuk "Andai itu takdirnya.."seronok sangat cite tue..Ada yang baca sampai menangis²...' Weiii tolong laaa yang menangis tue bukan aku ar, orang lain terlebih
touching! hehehe'. Buku kedua hasil tulisannya ialah "Lafazkan kalimah cintamu" best gak...Yang nie aku lum
start baca lagi harap leh mulakan hujung minggu nanti...X saboooo Cik Senah nak baca.

Kata² dari penulis Siti Rosmizah...Walaupun belum lagi setaraf
Melissa Rosenberg or J.K Rowling tapi aku bangga dengan keupayaan anak bangsa aku menghasilkan buku² yang menarik dan terbaik. Seronok tahap
32gb weiiii dapat autograf dari penulisnya rase cam nak melompat² sungguh ghumbira!!!...heheheh

Cakkkk....nak gak interframe , bersama Siti Rosmizah penulis buku '7 hari mencintaiku...'

Jalan lagi singgah pulak di booth creative enterprise...Waduuuhhh dah lama x ada buku baru keluaran creative dan kebetulan ada plak buku baru tulisan Haslinda Ismail. Ini merupakan buku ke 4 tulisan Haslinda Ismail. Baru abis baca.
Cite nie
slow sikit tapi layanzzzz gak...

Haslinda Ismail sedang mencoret kata² buat Cik Senah...hehehehe

Tinta daripada Haslinda Ismail.....

Terjah ke sini pulak tapi malangnya x sempat nak sambar kerana masa nie si kecik dah buat hal, penat jalan dia sibuk ajak balik daaaahh...Uhuhuhu, sempat tinjau² jer adohaiiiii.....

Inilah koleksi novel yang sempat aku rembat di PBAKL...rasa cam x cukup jer uhuhuhuhu

Ini plak, buku anak² dan yang bertajuk 'Biar orang Cina Pimpin Islam' itu
pak encik punya dah....

Buku² yang sempat dibeli di PBAKL 2011.....
Consulsion'nya' kat mana lagi aku nak sumbat buku² yang baru dibeli ituuuuu...Aku bukannya dok banglo, udah la umah pun sekangkang kera . Oh! Masa beli seronok x hengat nak menyimpannya, orang cina makan pengat sendiri mau hengattt arrr..Huahuahua.
Cuma terselit sedikit rasa terkilan kerana x berjaya untuk berjumpa dengan penulis kesayangan aku iaitu Hezzy Azra dan nasz. Walaupun kami ada membuat 'appointments' secara x rasmi di blog masing². Juga beberapa orang penulis lain seperti Kak Mean, Anis Ayuni dan Dhiya Zafira. Mungkin x ada jodoh lagi untuk bertemu. Nampak gayanya aku kena tunggu pesta buku tahun 2012 la pulak. Hadoyaii tunggu lagi!! Sekarang nie aku tengah dok tunggu buku dari Hezzy Azra ngan nasz keluar, x sabar nak baca...Pada yang berminat apalagi moh ler kita terjah ke PBAKL. Membaca itu jambatan ilmu...